backup og meta

Lagi Kerap Onani, Lagi Rendah Tahap Testosteron Lelaki - Hipotesis Yang Benar?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/12/2022

    Lagi Kerap Onani, Lagi Rendah Tahap Testosteron Lelaki - Hipotesis Yang Benar?

    Tiada siapa yang dapat menafikan kenyataan bahawa majoriti individu terutama lelaki pernah melancap untuk puaskan nafu sendiri.

    Lebih mengejutkan, bukan sahaja kaum lelaki malahan wanita juga tidak akan terkecuali daripada melakukan tabiat buruk ini.

    Kenapa kami kata ia adalah tabiat buruk? Bukan sahaja ia akan menyebabkan pelbagai mudarat terhadap kesihatan malahan juga mendatangkan dosa besar kepada individu beragama Islam!

    Dalam pada itu, perbuatan ini dikatakan berisiko menyebabkan kadar hormon testosteron lelaki menurun.

    Untuk mengetahui kaitan antara kedua-duanya, jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi.

    Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Lelaki di sini.

    Lelaki melancap & testosteron

    Sebelum pergi dengan lebih lanjut, wajarlah untuk kita faham definisi melancap dan testosreron ini terlebih dahulu.

    Buat anda yang mungkin belum tahu, melancap atau beronani adalah satu perbuatan merangsang alat kemaluan sendiri sehingga mengeluarkan air mani.

    Ia adalah satu perbuatan yang dilakukan oleh hampir setiap orang tanpa mengira jantina namun mungkin lebih biasa dalam kalangan remaja lelaki.

    lelaki melancap

    Ketahuilah bahawa ia adalah satu tabiat buruk dan wajar dihentikan segera sebelum timbul masalah lain akibat daripadanya seperti mati pucuk dan lain-lain.

    Manakala testosteron (T) pula adalah sejenis hormon yang dihasilkan dalam testis lelaki dan sangat diperlukan oleh tubuh badan terutamanya untuk fungsi seksual.

    Selain itu, hormon ini juga sangat penting untuk menguatkan fungsi dan aspek tubuh badan yang berikut:

    • Penghasilan sel darah merah
    • Ketumpatan tulang
    • Kesihatan jantung
    • Pembakaran lemak
    • Pembinaan otot

    Adalah disarankan untuk individu khususnya lelaki mempunyai kadar hormon testosteron yang ideal; tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.

    Dikatakan bahawa terlalu banyak melancap akan kurangkan kadar hormon ini. Benarkah?

    Benarkah beronani akan kurangkan kadar hormon ini?

    Ini adalah satu persoalan yang sering berlegar-legar serta bermain di fikiran lelaki dan perlu dijawab sekarang juga.

    Jawapan ringkas untuk soalan ini adalah tidak, lelaki melancap dan berejakulasi mungkin tidak akan memberi sebarang kesan negatif terhadap hormon testosteron mereka.

    lelaki melancap

    Kadar hormon ini akan meningkat dengan mendadak semasa melancap dan bersenggama bersama pasangan dan akan turun ke paras yang normal semula selepas ejakulasi.

    Ini bermakna kadar hormon testosteron ini tidak akan turun ke tahap yang rendah biarpun anda kerap melakukan aktiviti seksual sama ada secara solo ataupun bersama pasangan.

    Menurut sebuah kajian yang diterbitkan dalam Jurnal National Library of Medicine pada tahun 2001, lelaki yang tidak melakukan onani atau aktiviti seksual selama 3 minggu didapati akan meningkatkan kadar hormon ini.

    Baca lagi artikel berkaitan:

    Dalam erti kata yang lebih mudah, lelaki melancap tidak akan menurunankan kadar hormon testosteron dalam tubuh badan.

    Pun begitu, kadar hormon ini mungkin akan sedikit meningkat sekiranya lelaki mengelak daripada melancap buat beberapa ketika.

    Apa akan jadi jika rendah kadar hormon testosteron?

    Baiklah, sekarang kita sudah tahu bahawa perbuatan beronani mungkin sama sekali tidak akan mengurangkan kadar hormon testosteron dalam tubuh badan.

    Namun itu tidak bermakna kami menggalakkan anda melakukan tabiat buruk ini ya? Banyak mudaratnya!

    Dalam pada itu, pernahkah kalian terfikir bahawa apa yang akan terjadi sekiranya seorang lelaki itu kurang hormon ini dalam tubuh badan mereka?

    lelaki melancap

    Untuk pengetahuan anda, kurang hormon T dalam tubuh badan lelaki akan mengakibatkan simptom-simptom seperti berikut:

    • Nafsu syahwat berkurangan
    • Masalah ereksi tidak kuat
    • Masalah ejakulasi tidak banyak
    • Mati pucuk
    • Penghasilan sperma tidak normal
    • Hilang rambut pada kepala, muka dan badan
    • Cepat penat
    • Kurang tenaga
    • Kemerosotan otot tubuh badan
    • Ketumpatan tulang berkurangan
    • Kegemukan
    • Perubahan mood secara tiba-tiba

    Anda juga harus tahu bahawa simptom-simptom yang kami nyatakan di atas ini bukan sahaja didasari oleh kadar hormon testosteron yang rendah sahaja.

    Malahan gaya hidup tidak sihat seperti menghisap rokok, meminum alkohol atau menyalahgunakan dadah juga akan membuatkan ia menjadi lebih teruk.

    Lebih membimbangkan, kekurangan hormon T dalam badan mungkin akan menyebabkan penyakit berbahaya termasuklah:

    • Kencing manis
    • Kondisi tiroid
    • Tekanan darah tinggi

    Konklusinya, lelaki melancap mungkin tidak akan sebabkan kadar hormon testosteron dalam tubuh badan menurun secara mendadak.

    Pun begitu, ia tidak wajar dijadikan alasan untuk anda teruskan tabiat buruk itu ya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan