Kita ingin melakukan sesuatu yang boleh memberikan kebaikan kesihatan namun tidak mahu terlebih ‘goncang’ sehingga menyebabkan masalah kelak.
Hakikatnya, tiada nilai yang dianggap normal apabila ia berkaitan dengan berapa kali lelaki perlu pancut dalam satu tempoh masa tertentu.
Kekerapan ejakulasi secara purata bergantung kepada faktor seperti:
- Usia
- Tahap kesihatan
- Status hubungan
Menurut kajian yang telah diterbitkan pada tahun 2015 di Amerika, hubungan seks dan jumlah ejakulasi berada di kemuncak semasa lelaki berusia di antara 25 hingga 29 tahun (68.9% melakukan hubungan seks dalam masa sebulan).
Nilai tersebut akan berkurang apabila lelaki mencecah usia 30 (sekitar 63.2%) dan akan terus menurun apabila usia mereka meningkat kelak.
Masturbasi juga lazim dilakukan oleh lelaki pada semua peringkat usia. Walau bagaimanapun, kaedah masturbasi (berpasangan atau solo) berbeza mengikut peringkat usia.
Sebagai contoh lelaki yang berusia 70 tahun ke atas dan dalam lingkungan usia remaja lebih cenderung untuk melakukan masturbasi solo.
Keadaan ini berbeza dengan lelaki yang berusia di antara 30 hingga 39 tahun yang sering melakukan masturbasi berpasangan.
Berapa kali pancut yang dikira selamat?

Masih tiada lagi panduan yang menyatakan, secara spesifiknya, berapa kali lelaki perlu pancut dalam sebulan bagi mendapatkan manfaat kesihatan yang optimum.
Adakah selamat untuk anda mengalami ejakulasi setiap hari atau anda perlu memberikan masa kepada badan untuk mengisi semula stok air mani yang telah dipancut keluar?
Kajian pada tahun 2015 menunjukkan lelaki yang mengalami ejakulasi setiap hari selama 14 hari mempunyai jumlah sperma yang sedikit di dalam air mani mereka.
Namun, jumlah tersebut masih dalam lingkungan nilai normal. Ciri-ciri sperma lain seperti motiliti (pergerakan) dan morfologi (rupa bentuk) juga tidak terkesan.
Pancutan air mani yang turut dikira sebagai kekerapan melakukan hubungan seks dengan pasangan juga menunjukkan manfaat dalam hubungan romantik.
Kajian yang diterbitkan di laman jurnal Sains Personaliti dan Psikologi Sosial menunjukkan mereka yang melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya sekali seminggu lebih bahagia dalam hubungan mereka berbanding dengan subjek yang jarang.
Terdapat juga kebaikan lain yang berkait dengan langkah pencegahan kanser seperti yang dibuktikan melalui kajian di Amerika Syarikat pada tahun 2016.
Menurutnya, lelaki yang berusia di antara 40 hingga 49 tahun mempunyai risiko kanser prostat yang rendah jika mereka pancut banyak kali dalam masa sebulan.
Individu yang pancut sekurang-kurangnya 21 kali sebulan mempunyai risiko yang jauh lebih rendah berbanding dengan subjek lain.
Pun begitu, tiada bukti yang menunjukkan lelaki yang berusia 40 tahun ke bawah boleh menikmati penurunan risiko yang sama jika mereka pancut banyak kali.
Konklusi
Tiada bukti yang menunjukkan lelaki yang pancut banyak kali boleh mendapat keburukan kesihatan.
Kajian saintifik setakat ini menyokong bahawa masturbasi adalah aktiviti yang sihat, namun kita perlu mengawalnya agar kita tidak ketagih.
Lelaki yang pancut 21 kali atau lebih sebulan terhindar daripada kanser prostat namun perkara ini tidak terbukti pada mereka yang berusia di bawah 40 tahun.
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan mengenainya, ajukan kepada doktor perubatan bertauliah sekarang untuk khidmat nasihat kesihatan.