backup og meta

Mana Satu Lebih Menyihatkan Lelaki? Melancap Sampai Terpancut @ Bersetubuh Hingga Klimaks?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Halifah · Disemak pada 09/12/2022

    Mana Satu Lebih Menyihatkan Lelaki? Melancap Sampai Terpancut @ Bersetubuh Hingga Klimaks?

    Tabiat melancap berseorangan ataupun melakukan hubungan seks, mana satu yang lebih baik?

    Jika dilihat dari sudut manfaat yang terbukti melalui kajian, kedua-dua perbuatan tersebut boleh memberikan kebaikan kepada setiap individu.

    Namun, jika anda sudah mempunyai pasangan, yang mana satu perlu anda beri prioriti? 

    Bagaimana pula jika anda kesuntukan masa namun bernafsu, yang mana satu lebih baik untuk anda?

    Baca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Seks dan onani, adakah kedua-duanya sama sahaja?

    Anda boleh mencapai klimaks melalui kedua-duanya. Namun adakah seks dan tabiat melancap boleh dianggap sebagai benda yang sama?

    Jika seseorang itu mempunyai pasangan dan melancap, adakah ia bermakna mereka tidak berpuas hati dengan prestasi pasangan mereka di ranjang?

    Persoalan sebeginilah yang sering menjadi dilema bagi kebanyakan pasangan di luar sana.

    Sekiranya hubungan seks dan masturbasi dianggap sebagai perkara yang sama, maka masuk akallah jika seseorang itu beronani walaupun mereka sudah mempunyai pasangan.

    Kenapa perlu kita buat bersendirian jika ia boleh dibuat bersama-sama (hubungan seks)?

    Pun begitu, corak pemikiran sedemikian tidak mengambil kira tahap kesediaan dan minat pasangan terhadap hubungan seks.

    Seperti yang kita tahu, pelbagai jenis faktor yang mempengaruhi minat seseorang untuk bersetubuh dengan pasangan.

    Bayangkan betapa kecewanya anda jika hendak melakukan hubungan seks namun pasangan anda tidak mempunyai minat.

    Pada saat tersebut, hubungan seks bukan lagi satu perkara yang menyeronokkan jika dibandingkan dengan masturbasi.

    Ia bagaikan anda memaksa diri untuk memuaskan nafsu pasangan. Jika ditolak, ada yang bermasam muka pula kan?

    Masalah ini lebih teruk sekiranya pasangan anda mempunyai nafsu seks yang lebih kuat berbanding anda.

    Bagaimana pula dengan onani? Adakah ia lebih baik daripada seks?

    tabiat melancap

    Hubungan seks yang sihat melibatkan dua orang. Apabila seseorang itu hendak melakukan hubungan seks, terdapat pelbagai faktor berkaitan dengan pasangan yang boleh menghalang persetubuhan daripada berlaku.

    Bagaimana pula dengan tabiat melancap?  

    Meskipun kedua-duanya mempunyai natijah yang sama (klimaks), adakah rasa di penghujungnya serupa?

    Jika hendak diletakkan dalam konteks aktiviti rutin, adakah makan piza berseorangan sama dengan makan malam bersama dengan pasangan romantik?

    Kedua-dua aktiviti tersebut mengenyangkan.

    Tabiat melancap, walaupun sihat, merupakan satu bentuk percanggahan dalam hubungan romantik.

    Normal untuk kita jangka bahawa setelah seseorang itu berkahwin, keinginan seksual mereka boleh disempurnakan dengan pasangan, bukannya menggunakan tangan atau alatan seks.

    Namun, sebahagian besar individu yang telah berkahwin turut melancap dan ada yang tidak memberitahu pasangan berkenaan dengannya.

    Adakah ini bermakna hubungan seksual merupakan satu aktiviti yang dianggap sama dengan melancap oleh mereka?

    Sekiranya pasangan anda tidak kisah anda tahu mereka melancap, ia bukanlah satu petanda yang merisaukan.

    Namun jika mereka malu dan cuba menyembunyikannya daripada pengetahuan anda, ia mungkin petanda kepada masalah hubungan yang menyebabkan mereka lebih cenderung untuk melancap.

    Pelbagai jenis persoalan yang boleh bermain di fikiran sekiranya seseorang itu lebih gemar melancap berbanding bersetubuh.

    Adakah isunya terletak pada kemahiran seksual atau tarikan diri pasangan?

    Jika dilakukan sebelum hubungan seks, adakah anda boleh bertahan lama?

    tabiat melancap

    Tiada jaminan perkara tersebut boleh berlaku. Namun secara teorinya, melancap sebelum hubungan seks membolehkan anda untuk bertahan lebih lama.

    Setiap lelaki akan mengalami fasa refraktori selepas klimaks. 

    Klimaks di sini tidak bermakna anda telah pancut. Ia merupakan keadaan di mana badan anda sudah di puncak kenikmatan seksual

    Rangsangan melebihi tahap tersebut boleh memberikan ketidakselesaan kepada anda.

    Apabila badan anda sudah mencapai klimaks (namun belum terpancut air mani), ia tidak akan bertindak balas dengan sebarang rangsangan untuk seketika.

    Tahap rangsangan badan akan turun sehingga ke tahap normal dan ia akan naik semula jika dirangsang.

    Durasi bagi fasa refraktori berbeza bagi setiap individu mengikut:

    • Usia
    • Jantina
    • Tahap sensitiviti

    Sebagai contoh, bagi lelaki muda, mereka mungkin memerlukan beberapa minit. 

    Bagi orang tua pula, fasa refraktori mereka lebih lama. Mungkin sekitar 12 hingga 24 jam.

    Wanita kebiasaannya mempunyai durasi refraktori yang sangat singkat. Oleh sebab itu, mereka boleh mengalami orgasme berkali-kali dalam satu sesi hubungan seks.

    Jika anda tidak berminat hendak mengadakan hubungan seks, maka tabiat melancap berpasangan boleh menjadi pilihan untuk memuaskan nafsu.

    Hubungan seks memerlukan stamina dan kekuatan. Jika anda penat di penghujung hari dan ingin melampiaskan nafsu, anda mungkin tidak berminat hendak bersetubuh.

    Dalam situasi tersebut, onani secara berpasangan boleh bantu anda untuk memuaskan keinginan seksual anda dan pasangan.

    Konklusi

    Seks dan tabiat melancap bukanlah satu perkara yang sama.

    Tahap rangsangan, keseronokan dan intimasi merupakan faktor yang memberikan kelainan kepada kedua-dua aktiviti tersebut.

    Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkenaan dengan aktiviti seksual, rujuk doktor perubatan untuk khidmat nasihat atau rujukan kesihatan sekarang.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Halifah · Disemak pada 09/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan