backup og meta

Jangan Kerap Sangat Melancap! Jika Tidak, Sindrom GENGGAMAN MAUT Menanti Anda!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 29/11/2023

    Jangan Kerap Sangat Melancap! Jika Tidak, Sindrom GENGGAMAN MAUT Menanti Anda!

    Pernahkah anda dengar mengenai sindrom genggaman maut ataupun ‘death grip’? Sindrom yang dikatakan ‘mitos’ ini merupakan salah satu kesan lancap terhadap kaum lelaki. Walau bagaimanapun, sejauh manakah kebenarannya?

    Sebenarnya, sindrom genggaman maut ini bukanlah satu kondisi kesihatan.

    Namun, terma ini dikatakan berasal daripada individu yang bernama Dan Savage, seorang kolumnis yang banyak menulis mengenai kesihatan seksual lelaki.  

    Tetapi, apakah maksud sebenar sindrom genggaman maut dan kesannya terhadap lelaki yang gemar melakukan onani? Jom sama-sama ikuti kupasannya di bawah.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan kesihatan lelaki, anda boleh klik di sini.

    Sindrom genggaman maut, kesan lancap terlalu banyak

    kesan lancap

    Sindrom genggaman maut merupakan satu kondisi yang menyebabkan zakar lelaki jadi tidak sensitif disebabkan stimulasi yang berlebihan.

    Kondisi ini akan menjadi semakin teruk jika lelaki tersebut melakukan onani dengan genggaman yang terlalu ketat.

    Lama-kelamaan, lelaki tersebut akan mengalami masalah untuk orgasma bersama pasangan.

    Dalam masa yang sama, mereka juga tidak dapat mengekalkan ereksi masing-masing dan terpaksa melakukan seks dalam tempoh yang terlalu panjang.

    Namun, mereka yang terkesan dengan death grip syndrome akan klimaks dengan sangat pantas ketika beronani.

    Tetapi, klimaks amat sukar untuk dicapai ketika melakukan hubungan seks dengan pasangan. Malah, ada juga yang terpaksa beronani selepas seks untuk mencapai ejakulasi!

    Lelaki muda yang gemar beronani dan suka menonton pornografi merupakan golongan yang paling berisiko untuk mengalami death grip.

    Sindrom genggaman maut bukan sahaja boleh menyebabkan masalah rumah tangga, malah ia juga boleh menyebabkan lelaki rasa rendah diri dengan prestasi mereka di ranjang.  

    Bilakah kesan lancap dikira membawa mudarat untuk lelaki?

    kesan lancap

    Sebenarnya, aktiviti masturbasi merupakan perkara yang selamat walaupun ada banyak mitos mengenai risikonya.

    Malah, onani juga merupakan salah satu alternatif kepada seks yang selamat tanpa sebarang risiko penyakit kelamin.

    Walau bagaimanapun, itu tidak bermaksud perlakuan onani ini tidak akan mendatangkan kesan yang negatif terhadap kehidupan seseorang. Amalan ini juga merupakan sesuatu yang ditegah di dalam agama Islam.

    Malah, masturbasi juga boleh menimbulkan masalah di dalam kehidupan seharian jika dibiarkan tanpa kawalan. 

    Sebagai contoh, mereka yang terlalu banyak beronani akan mengalami perubahan tingkah laku yang seakan-akan ketagihan seperti menghabiskan terlalu banyak masa dan juga duit untuk amalan masturbasi.

    Sindrom genggaman maut bukanlah satu kondisi kesihatan.

    Walau bagaimanapun, ia merupakan satu kejadian yang lazim berlaku dan boleh mencetuskan masalah lebih-lebih lagi dalam kalangan mereka yang sudah berkahwin.

    Kondisi yang paling dekat dengan sindrom ini ialah ejakulasi lambat atau delayed ejaculation.

    Kondisi ini menyebabkan lelaki tidak mampu mencapai orgasma atau terpaksa melakukan hubungan seks yang lama untuk klimaks.

    Kesan lancap: sindrom genggaman maut menyerupai ejakulasi lambat

    Sama seperti kesan lancap sindrom genggaman maut, mereka yang mengalami ejakulasi lambat turut mempunyai masalah untuk mencapai klimaks.

    Malah, ada juga di antara mereka yang tidak boleh klimaks langsung walaupun ereksi mereka normal.

    Untuk pengetahuan anda, lelaki yang mengambil masa selama 30-60 minit untuk ejakulasi dikatakan mengalami masalah ejakulasi lambat.

    Sama jugalah dengan lelaki yang tidak mampu untuk klimaks sekurang-kurangnya 50% ketika melakukan hubungan kelamin dengan pasangan.

    Masalah ejakulasi lambat boleh berlaku disebabkan beberapa perkara. Ia boleh terjadi disebabkan penyakit kronik, ubat-ubatan tertentu ataupun kesan pembedahan.

    Malah, penyakit ini juga boleh berlaku disebabkan kegelisahan, depresi atau stres. Dalam kebanyakan kes, ejakulasi lambat berlaku disebabkan kombinasi faktor fizikal dan juga mental.

    Punca psikologi yang boleh menyebabkan masalah ejakulasi lambat ialah:

    1. Depresi, kegelisahan atau masalah mental lain.
    2. Masalah dalam perhubungan disebabkan stres, masalah komunikasi dan sebagainya.
    3. Gelisah mengenai kemampuan diri ketika melakukan hubungan seks.
    4. Rasa rendah diri terhadap imej diri.
    5. Perbezaan antara realiti dan juga fantasi.

    Ejakulasi lambat juga boleh berlaku disebabkan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti:

    1. Ubat antidepresi.
    2. Ubat tekanan darah tinggi.
    3. Ubat diuretik.
    4. Ubat antisawan.
    5. Ketagihan alkohol.

    Bukan itu sahaja, penyakit ini juga boleh berlaku kepada lelaki yang mempunyai kecacatan pada organ reproduktif mereka. Jangkitan seperti jangkitan saluran kencing (UTI) juga boleh menyebabkan ejakulasi lambat.

    Kesimpulan

    Lelaki yang ingin mengurangkan kesan genggaman maut akibat kesan lancap yang keterlaluan tidak mempunyai pilihan lain selain berhenti ataupun mengubah cara melakukan masturbasi.

    Walau bagaimanapun, cara ini tidaklah semudah yang disangka.

    Cuba berhenti daripada melakukan apa-apa bentuk onani selama seminggu. Sebaiknya, gunakan masa ini untuk melakukan hubungan intim bersama isteri.

    Jika anda ingin melakukan onani, pastikan anda tidak lagi menggenggam zakar terlalu kuat.

    Untuk mengelakkan sindrom genggaman maut, cuba lakukan onani dengan perlahan. Gunakan cecair pelincir untuk membantu anda mencapai orgasma.

    Elakkan menonton terlalu banyak filem porno. Lama-kelamaan, pasti anda dapat melihat perubahan di dalam kehidupan seksual anda.

    Walau bagaimanapun, jika anda telah melakukan semua perkara di atas namun masih mengalami masalah yang sama, anda perlulah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

    Masalah yang anda alami mungkin berlaku disebabkan penyakit yang belum dikenal pasti.

     Kini anda telah tahu apa itu kesan lancap.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 29/11/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan