home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Jaga-Jaga Beronani Boleh Menyebabkan Lelaki Kurang Subur, Jangan Ketagih Sangat Ya!

Jaga-Jaga Beronani Boleh Menyebabkan Lelaki Kurang Subur, Jangan Ketagih Sangat Ya!

Melancap bukanlah perkara yang pelik apabila ia berkaitan dengan keinginan seksual. Namun, dikatakan ketagihannya akan menyebabkan masalah kesuburan, penurunan jumlah sperma serta risiko kemandulan.

Adakah fakta itu benar atau tidak? Artikel ini akan menjawab beberapa persoalan sukar dan memberikan jawapan yang diperlukan.

Kaitan melancap dan risiko kemandulan

Ada yang kata beri kesan, ada juga yang tidak

risiko kemandulan

Pakar perubatan telah melakukan banyak kajian dan eksperimen untuk menentukan sama ada terdapat hubungan antara melancap dan ketidaksuburan dalam kalangan lelaki. Hasil kajian mengelirukan kerana disebabkan kesimpulan yang bercampur.

Dalam beberapa kajian, penyelidik memberitahu bahawa lelaki yang ketagihan melancap mungkin mengurangkan jumlah sperma, yang membuatkan ia sukar dan lebih mencabar untuk wanita menjadi hamil daripada hubungan seks.

Malah apabila lelaki yang cenderung melancap tetapi berhenti melakukannya dalam usaha untuk menjadi ibu bapa, mereka lebih cenderung untuk meningkatkan jumlah sperma mereka dan menjadikan kehamilan lebih mudah.

Namun terdapat kajian lain yang menyatakan melancap tidak menyebabkan kemudaratan kepada kesuburan.

Tiada kaitan antara melancap dengan kesannya keatas kesuburan lelaki

Bergantung kepada majoriti kajian, kebanyakan pakar dan penyelidik bersetuju bahawa tiada akibat langsung antara perbuatan melancap dengan jumlah sperma yang berkurang atau ketidaksuburan.

Oleh itu anda tidak perlu risau atau terlalu tertekan tentang perkara ini.

Kebanyakan lelaki boleh menghasilkan sperma pada jumlah yang besar, jadi ia bukan satu masalah untuk menambah bekalan spermanya.

Untuk meningkatkan peluang hamil, anda boleh memberikan perhatian kepada proses ovulasi dan hubungan seks.

Walau bagaimanapun, jika anda bimbang dan dihantui pemikiran bahawa perbuatan ini akan menyebabkan kesan negatif ke atas keupayaan anda untuk hamil, anda boleh meminta pasangan anda untuk tidak melakukannya selama beberapa hari sebelum ovulasi anda.

Ini hanya untuk membuatkan anda tenang dan tidak risau mengenai perkara ini.

Jangan risau, namun jangan kerap lakukannya

risiko kemandulan

Tidak ada bukti kukuh untuk membuktikan kemandulan yang disebabkan ketagihan melancap. Jadi anda tidak mempunyai sebab untuk bimbang tentang perkara ini.

Perlu diingatkan bahawa tubuh lelaki dapat menghasilkan sperma yang hilang semasa proses melancap dengan cepat.

Sebaliknya, anda harus mempersiapkan diri untuk menjadi ibu bapa yang baik dengan menghilangkan tabiat buruk, mengamalkan tabiat yang baik, mengambil nutrien yang baik untuk meningkatkan kebarangkalian untuk hamil, dan pilih waktu ovulasi terbaik untuk hubungan seks yang berkesan.

 

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/male-infertility/expert-answers/male-masturbation/faq-20058426

https://www.nichd.nih.gov/health/topics/infertility/conditioninfo/common

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/getting-pregnant/in-depth/fertility/art-20047584

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 09/10/2020
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor