backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Paras Testosteron Berbeza Mengikut Usia, Jika Rendah, Anda Boleh Alami 13 Gejala Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 25/07/2021

    Paras Testosteron Berbeza Mengikut Usia, Jika Rendah, Anda Boleh Alami 13 Gejala Ini!

    Seperti yang anda sedia maklum, testosteron (hormon androgen) ada pada kedua-dua lelaki dan wanita. Ia bukanlah hormon lelaki eksklusif.

    Walau bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa lelaki mempunyai paras hormon testosteron yang tinggi.

    Sama seperti wanita yang tinggi dengan estrogen manakala lelaki mempunyai paras estrogen yang rendah.

    Fungsi testosteron adalah untuk mengawal nafsu seks, menghasilkan sperma, menggalakkan tumbesaran otot dan meningkatkan tenaga.

    Paras hormon testosteron mempunyai variasi mengikut usia. Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Paras hormon normal bagi lelaki dan wanita

    Oleh sebab paras testosteron turut bergantung kepada faktor lain seperti fungsi tiroid, status protein dan sebagainya, agak sukar untuk kita menentukan nilai normal baginya.

    Menurut panduan yang telah dikeluarkan oleh Persatuan Urologi Amerika, lelaki perlu mempunyai paras testosteron sekurang-kurangnya 300 nanogram per deciliter (ng/dL).

    Jika kurang daripada nilai tersebut, mereka boleh didiagnosis dengan masalah hormon testosteron rendah.

    Lelaki akan mengalami peningkatan pada paras testosteron sehingga ia mencapai kemuncak pada usia sekitar 18 hingga 19 tahun.

    Paras hormon lelaki itu akan beransur-ansur menurun apabila anda meningkat dewasa.

    Bagi wanita yang berusia 19 tahun dan ke atas pula, paras normal testosteron berada pada angka 8 hingga 60 ng/dL.

    Paras hormon testosteron mengikut peringkat usia

    hormon lelaki

    Hormon testosteron sudah pun mula dihasilkan ketika janin sedang berkembang di dalam perut ibu (ketika hamil).

    Ia merupakan hormon penting yang membentuk sistem reproduktif lelaki.

    Menurut kajian yang melibatkan 60 subjek kanak-kanak, hormon testosteron juga penting dalam perkembangan otak si manja

    Ia boleh mempengaruhi fungsi kedua-dua belah hemisfera otak mereka.

    Paras hormon tersebut tidak boleh terlalu tinggi pada peringkat usia ini memandangkan terdapat kajian yang mengaitkan fenomena tersebut dengan masalah autisme.

    Apabila seseorang lelaki itu mencapai usia akil baligh, paras testosteron mereka berapa pada tahap yang tinggi.

    Ia akan menduduki paras kemuncak ketika mereka mencapai usia dewasa awal.

    Hormon tersebut menyebabkan perubahan badan semasa mereka mencapai usia matang seperti:

    1. Perubahan suara. 
    2. Bahu menjadi lebih lebar. 
    3. Struktur muka menjadi lebih maskulin. 

    Paras testosteron lelaki akan mula turun pada kadar 1% setahun apabila mereka mencapai usia 30 tahun.

    Bagi wanita pula, paras testosteron mereka akan menurun selepas menopaus pada sekitar usia 45 hingga 55 tahun.

    Hormon androgen pada wanita, bagaimana jika terlebih?

    Wanita juga memerlukan paras testosteron normal bagi mengekalkan fungsi badan yang sihat.

    Lumrahnya, paras testosteron pada wanita adalah lebih rendah berbanding lelaki. Ia juga seharusnya lebih rendah daripada estrogen.

    Namun dalam situasi tertentu, paras hormon lelaki tersebut boleh mengatasi estrogen sehingga menyebabkan simptom seperti:

    1. Rambut gugur. 
    2. Jerawat. 
    3. Haid tidak teratur / tiada haid. 
    4. Tumbuh misai, janggut dan sebagainya. 
    5. Tidak subur. 

    Perkara ini boleh berlaku selepas wanita mencapai usia menopaus berikutan penurunan mendadak estrogen.

    Ia juga boleh terjadi akibat masalah kesihatan seperti sindrom ovari polisistik (PCOS).

    Jika paras hormon tersebut terlalu rendah pula, ia boleh menyebabkan masalah kesuburan, hilang nafsu seks dan tulang rapuh.

    Apa terjadi sekiranya paras hormon androgen rendah pada lelaki?

    hormon androgen

    Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan jumlah penghasilan hormon lelaki rendah berbanding normal.

    Ia boleh berpunca daripada penyakit yang mempengaruhi fungsi testis atau individu tersebut lahir dengan kecacatan genetik yang merencatkan proses penghasilan testosteron di dalam badan.

    Dalam keadaan yang menyebabkan paras testosteron menjadi rendah, ia boleh menyebabkan perubahan pada fungsi seksual seperti:

    1. Nafsu seks rendah. 
    2. Masalah untuk mendapatkan ereksi. 
    3. Mandul. 
    4. Mati pucuk. 
    5. Ketidaksuburan. 

    Terdapat juga tanda lain seperti:

    1. Perubahan pada paten tidur. 
    2. Kurang motivasi. 
    3. Sukar menumpukan perhatian.
    4. Kurang otot dan kekuatan. 
    5. Tulang rapuh. 
    6. Payudara menjadi besar. 
    7. Kemurungan. 
    8. Kelesuan. 

    Konklusi

    Jika anda mengalami sebarang simptom yang mungkin berkaitan dengan masalah testosteron rendah, sila berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat kesihatan.

    Jangan pula ambil produk yang tidak dipreskripsikan kepada anda tanpa mengetahui punca sebenar hormon anda rendah.

    Tanpa pantauan doktor, dikhuatiri masalah tersebut akan menjadi bertambah teruk.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 25/07/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan