backup og meta

Kerap Ejakulasi Pun Bahaya Buat Lelaki, Lagi-lagi Jika Selalu Pancut Disebabkan Onani

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 08/09/2021

    Kerap Ejakulasi Pun Bahaya Buat Lelaki, Lagi-lagi Jika Selalu Pancut Disebabkan Onani

    Lelaki kerap melancap untuk melepaskan nafsu atau mencari kepuasan diri. Namun, adakah aktiviti melancap dengan kerap akan mempengaruhi risiko terhadap keadaan kesihatan seperti kanser prostat?

    Agak-agak anda, apakah kesan melancap pada tubuh jika ia dilakukan dengan kerap? 

    Topik ini mungkin agak sensitif bagi sesetengah pihak, namun tujuannya adalah untuk mendidik dan memberikan kefahaman yang lebih baik berkenaan isu melancap agar tiada salah faham lagi.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

    Kesan sampingan kerap melancap

    Terdapat beberapa kesan sampingan atau kesan melancap yang boleh berlaku jika anda selalu melakukan onani.

    Malah, melancap juga bukan hanya memberikan beberapa kesan sampingan, tetapi juga memberi beberapa manfaat yang patut anda tahu.

    Antara kesan sampingan melancap dengan kerap adalah seperti berikut:

    Kesan melancap #1: buatkan anda ketagih

    kerap melancap

    Melancap ini adalah satu aktiviti yang juga disebut sebagai self-pleasure.

    Di sebalik kenikmatan melancap yang dilakukan itu, ia sebenarnya boleh membuatkan seseorang menjadi ketagih untuk melakukannya lagi.

    Apatah lagi jika dia sudah mengetahui kaedah dan cara yang paling memberi kesan ‘luar biasa’ terhadap teknik onani yang dilakukannya.

    Malah ketagihan melancap oleh seseorang lelaki itu sehingga boleh menyebabkannya mengabaikan beberapa perkara penting dalam hidupnya.

    Ada yang begitu ketagih melancap sehingga tidak melakukan kerja rumah, ponteng sekolah atau kerja, membatalkan sebarang perancangan atau aktiviti bersama rakan dan ahli keluarga serta tidak menghadiri acara yang sepatutnya. 

    #2. Jejaskan hubungan bersama pasangan antara salah satu kesan melancap

    Percaya atau tidak, kesan melancap yang ke-2 adalah boleh menjejaskan hubungan antara anda dan pasangan. Tetapi bagaimana?

    Apabila seseorang lelaki itu kerap melancap, dia sebenarnya telah menghilangkan suasana romantik antara diri dan pasangannya.

    Ini kerana, dia tidak lagi memberikan tumpuan yang penuh atau meluangkan lebih banyak masa bersama pasangan. Malah, melancap juga membuatkan anda tidak lagi fokus kepada hubungan bersama pasangan.

    Jika anda rasa kehidupan mula menjadi tidak teratur disebabkan ketagihan melancap, berjumpalah dengan doktor atau kaunselor bagi membantu anda mengurangkannya.

    Selain itu, anda juga boleh mengalihkan perhatian daripada melancap dengan menyibukkan diri melakukan sesuatu hobi atau aktiviti lain.

    Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti larian, melepak bersama rakan atau bersiar-siar. 

    #3. Kerap melancap boleh jejaskan sensitiviti zakar

    kerap melancap

    Tahukah anda, kerap melancap juga sebenarnya boleh menjejaskan sensitiviti zakar ketika melakukan seks bersama pasangan?

    Ini biasanya disebabkan oleh teknik yang dilakukan ketika melancap tersebut.

    Kajian ada menyatakan bahawa, genggaman yang terlalu kuat atau ketat pada batang zakar sewaktu melancap boleh mengurangkan sensitiviti alat kemaluan lelaki.

    Pakar kesihatan seksual menyarankan agar kaum lelaki untuk menukar teknik mereka ketika melancap untuk mengembalikan sensitiviti tersebut ketika melakukan hubungan seks. 

    Manfaat melancap yang mungkin anda tidak sedar

    Sebenarnya, aktiviti melancap memberikan beberapa kebaikan kepada diri seorang lelaki sama ada daripada aspek fizikal mahupun mental.

    Tidak terdapat banyak kajian yang meneroka mengenai manfaat aktiviti melancap secara langsung, namun terdapat beberapa kajian yang dilakukan berkenaan hubungan intim dan juga rangsangan.

    Kajian mendedahkan, rangsangan seks yang dilakukan melalui aktiviti melancap boleh memberikan beberapa manfaat seperti berikut:

    • Melegakan stres yang sedang dialami
    • Membuatkan tidur menjadi lebih lena
    • Meningkatkan mood 
    • Memberikan ketenangan atau relaksasi
    • Berasa puas
    • Melegakan kekejangan

    Kesan ejakulasi kepada risiko kanser prostat

    kanser prostat

    Ada beberapa kajian mendapati, jika seseorang lelaki itu kerap melakukan ejakulasi sama ada menerusi melancap atau hubungan seks, ia mungkin membantu mengurangkan risiko untuk mendapat kanser prostat.

    Kajian yang dilakukan pada tahun 2016 menunjukkan bahawa, bagi lelaki yang berejakulasi sekurang-kurangnya 21 kali dalam sebulan, mereka mempunyai risiko yang lebih sedikit untuk mendapat kanser prostat iaitu pengurangan sebanyak 20%.

    Ada pendapat yang menyamakan air mani dengan najis, iaitu kedua-duanya merupakan bahan buangan yang tidak mempunyai sebarang peranan kepada tubuh badan manusia.

    Dalam konteks najis, jika ia tidak dibuang secara kerap, bahan toksin di dalamnya boleh menyebabkan perubahan prakanser pada dinding usus besar dan rektum.

    Bagi air mani pula, kekerapan ejakulasi boleh memastikan bahan toksin dan bakteria yang terdapat di dalam prostat dibuang secara berkala dan menghindarkan proses keradangan daripada berlaku.

    Walau bagaimanapun, anda perlu ingat, ini hanyalah spekulasi yang masih lagi belum dibuktikan melalui kajian saintifik dan sebagainya.

    Anda mungkin berminat:

    Jadi, adakah kerap onani boleh beri kesan buruk kepada kesihatan saya?

    Jawapannya tidak. Anda mungkin akan mengalami beberapa kesan sampingan yang kecil seperti zakar yang kurang sensitif jika kerap melancap.

    Namun, melancap dengan kerap tidak menyebabkan sebarang kesan serius atau penyakit yang berbahaya kepada kesihatan anda.

    Anda dinasihatkan untuk berhati-hati dengan sebarang teknik melancap yang anda gunakan. Jika salah teknik, mungkin anda akan mengalami masalah lain di kemudian hari.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 08/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan