What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

BAHAYA! Benarkah 'SOCMED' Itu Punca Ramai Lelaki Lebih Kerap Melancap?

BAHAYA! Benarkah 'SOCMED' Itu Punca Ramai Lelaki Lebih Kerap Melancap?

Pernahkah anda terfikir lelaki melancap kerana media sosial? Jika anda tidak pernah terbayangkan perkara ini boleh terjadi, jom baca artikel kami dengan lebih lanjut!

Kami akan merungkaikan kenapa dan bagaimana media sosial boleh mendorong lelaki melancap.

Kemudahan media sosial & sikap lelaki melancap

Di seluruh dunia, kira-kira sekitar 40% individu mempunyai dan menggunakan media sosial.

Menurut kajian , kita akan menghabiskan masa kira-kira 2 jam dalam sehari berada di platform media sosial untuk upload, like, share, tweet, update atau bermain apa-apa sahaja fitur yang terdapat di dalamnya.

Tidak dinafikan, ia memang menyeronokkan.

Dalam erti kata yang lain, kita semua mungkin sudah menjadi ‘hamba’ kepada media sosial dan kebanyakan kita akan menggunakannya untuk bersosial.

Tidak mengejutkan, remaja adalah golongan yang paling gemar menggunakan platform ini untuk mengisi masa lapang mereka.

Tidak salah untuk menggunakannya, cuma kita perlu tahu batasnya terlebih dahulu.

Hakikatnya, media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram adalah sesuatu yang akan memudahkan individu.

Dengannya, kita tidak lagi perlu membayar untuk text atau call orang tersayang, bukan? Dengannya juga, kita boleh berkenalan dengan ramai orang!

Jadi, tidak perlu lagi pergi blind date namun di sebalik banyak manfaatnya, terdapat banyak lagi mudaratnya.

lelaki melancap

Mudarat media sosial, punca lelaki melancap?

Pendek kata, memang banyak mudarat menggunakan media sosial. Ia mungkin akan mendorong kita terhadap beberapa perkara termasuklah:

  • Ketagih perhatian dari rakan alam maya
  • Mengabaikan individu di sekeliling alam realiti
  • Membandingkan diri kita dengan orang lain yang lebih dari kita
  • Menjadi orang yang narsisistik
  • Tidak dapat tidur dengan cukup dan lena kerana terlalu leka bermain media sosial
  • Terlibat di dalam buli atau jenayah siber

Selain itu, akan timbul satu lagi isu yang sangat membimbangkan iaitu media sosial berkemungkinan akan membuat individu lebih kerap melancap. Benarkah?

Mudarat media sosial yang perlu dihindari!

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh laman sesawang WebMD, hampir 95% lelaki dan 89 wanita pernah melancap!

Melancap atau beronani adalah satu perbuatan memuaskan nafsu secara sendiri.

Ia dilakukan dengan perbuatan menyentuh, mengurut atau menggosok alat kemaluan sehingga mencapai klimaks lalu mengeluarkan air mani.

Individu mungkin akan melancap untuk melegakan keinginan seksual mereka akibat nafsu syahwat yang terlalu terangsang.

Persoalannya, adakah media sosial turut menyumbang kepada kekerapan individu itu melakukan onani? Jawapannya adalah mungkin ya!

Menurut soal selidik yang dijalankan oleh laman sesawang Sugarcookie.com terhadap 2,000 pengunjungnya, didapati bahawa 39% lelaki dan 42% wanita daripada jumlah itu mengaku pernah melancap sambil melihat gambar atau video seksi kenalan pejabat mereka di media sosial seperti Instagram, Twitter dan Facebook.

Angka ini sangat mengejutkan. Pun begitu, ia hanya satu kajian yang hanya menggambarkan permukaan tapi bukan keseluruhan.

Ya, memang benar ia mungkin sedikit sebanyak menjadi punca permasalahan ini.

Akan tetapi, tidak adil untuk kita menyimpulkan bahawa media sosial adalah punca utama kerana segalanya terletak kepada individu itu sendiri.

Namun, anda juga perlu tahu bahawa media sosial bukan satu-satunya punca yang menyebabkan remaja gemar beronani.

Punca permasalahan ini mungkin harus dipandang dari aspek yang lebih umum daripada itu iaitu pornografi dan internet.

Pengaruh internet & pornografi

lelaki melancap

Jika tidak wujud media sosial sekalipun, remaja zaman kini kesemuanya mungkin akan mempunyai akses terhadap internet.

Untuk pengetahuan anda, itu sudah cukup untuk membuatkan gejala melancap dalam kalangan remaja semakin berleluasa.

Selain gambar seksi dalam media sosial, pornografi adalah punca utama individu beronani.

Ditambah pula dengan kemajuan jaringan sosial kini yang membolehkan video lucah ini tersebar secara meluas dan lebih mudah diakses, individu kini lebih gemar mencari pornografi di media sosial sahaja.

Apa yang mereka mungkin tidak tahu, menonton video lucah ini mungkin akan memberikan beberapa kemudaratan terhadap kesihatan.

Berikut adalah mudarat yang diperkatakan:

lelaki melancap

#1. Menghilangkan keghairahan seksual

Disebabkan pornografi juga, remaja kini ramai yang mengalami kondisi anoreksia seksual atau lemah libido.

Ini seterusnya akan mengakibatkan individu yang mengalaminya akan berasa takut atau malu pada diri sendiri lantas menyebabkan mereka melambatkan perkahwinan dan cenderung memilih perbuatan beronani untuk memuaskan nafsu syahwat mereka.

#2. Menjejaskan kerjaya dan hidup

Bukan itu sahaja, perbuatan menonton video lucah juga akan merosakkan sahsiah individu.

Mereka ini kebiasaannya akan cenderung mempunyai minda yang kotor kerana terlalu asyik berfantasi mengenai seks lantas mengganggu fokus ketika melakukan apa-apa pekerjaan.

Akibatnya, ia sudah pasti akan menjejaskan kerjaya dan pengurusan hidup anda.

#3. Lelaki mati pucuk!

Mati pucuk adalah kondisi yang sangat ditakuti oleh kaum Adam.

Buat anda yang belum tahu, ketagihan menonton video lucah akan meninggikan risiko seorang lelaki itu mengalami disfungsi erektil.

Menurut Profesor Carlo Foresta yang merupakan seorang profesor urologi di University of Padua, Itali, kira-kira 70% pemuda yang mencari bantuan klinikal untuk masalah seksual adalah disebabkan oleh masalah ketagihan pornografi di internet.

Jadi, anda masih tidak mahu insaf?


Jangan bimbang. Ikuti topik hangat dan bertukar cerita dengan bakal ibu yang lain. Sertai Komuniti Kehamilan!

Jangan bimbang. Ikuti topik hangat dan bertukar cerita dengan bakal ibu yang lain. Sertai Komuniti Kehamilan!


Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Is It Normal to Masturbate?, https://kidshealth.org/en/teens/normal.html, Accessed Jul 2 2020.
  2. Pornography Affects Health, https://rewardfoundation.org/pornography-affects-health/, Accessed Jul 2 2020.
  3. Masturbation and Health: The Effects of Masturbation on Your Health, https://flo.health/menstrual-cycle/sex/masturbation/masturbation-effects, Accessed Jul 2 2020.
  4. What is the “normal” frequency of masturbation?, https://www.issm.info/sexual-health-qa/what-is-the-normal-frequency-of-masturbation/, Accessed Jul 2 2020.
  5. Social media benefits and risks: children and teenagers, https://raisingchildren.net.au/teens/entertainment-technology/digital-life/social-media, Accessed Jul 2 2020.
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 31/12/2021
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor