backup og meta

Kulit Kering Bersisik Buatkan Anda Tak Selesa? Ini Cara Atasinya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 13/10/2023

    Kulit Kering Bersisik Buatkan Anda Tak Selesa? Ini Cara Atasinya!

    Kehilangan kelembapan kulit bergantung kepada dua keadaan samada dehidrasi atau kering. Keadaan kulit dehidrasi merujuk kepada satu keadaan dimana kulit mengalami kekurangan kandungan air manakala kulit kering bersisik merujuk kepada keadaan dimana kulit mengalami kekurangan minyak semulajadinya yang dipanggil sebum.

    Jenis-jenis kulit boleh dikategorikan kepada kulit yang normal, kering serta gabungan normal dan kering, dan kulit berminyak.

    Kebiasaannya kita dilahirkan dengan satu jenis keadaan kulit dan keadaannya boleh berbeza-beza bergantung kepada masa dan musim.

    Tanda-tanda kulit mengalami kehilangan kelembapan termasuklah kulit kering bersisik, kewujudan kepingan-kepingan putih, kemerah-merahan dan kulit kering kegatalan. Justeru itu, tahukah anda apa sebab berlakunya kulit kering bersisik ini? 

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi lanjut mengenai Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

    Sebab kulit kering #1. Faktor penuaan

    Penuaan adalah proses semulajadi untuk semua individu dan tubuh badan kita untuk mengalami penuaan walaupun kita tidak bersedia terhadapnya. Waktu ini adalah waktu dimana aktiviti kelenjar sebaceous menurun dan fungsi penghidrat kulit juga berkurangan.

    Kapasiti kulit untuk menghasilkan semula lipid yang terdiri daripada lapisan pertahanan Lipid Stratum Corneum juga berkurangan seiring dengan usia.

    Aliran darah ke kawasan kulit juga akan menurun yang mana akan mengurangkan penghasilan sebum.

    Sebab kulit kering #2. Pengaruh persekitaran dan cuaca

    sebab kulit kering

    Pendedahan dalam waktu yang panjang terhadap matahari akan menyebabkan air dan kelembapan pada kulit menyejat dengan pantas yang mana akan menyebabkan kulit kering.

    Persekitaran yang berangin,  penyaman udara yang sejuk, haba daripada pemanas air dan keadaan lain yang mempunyai suhu yang rendah juga akan membawa kepada kulit kering bersisik kerana kelembapan akan menyejat dengan cepat daripada kulit.

    Suhu yang terlalu tinggi atau rendah akan menyumbang kepada kulit kering dan gatal.

    #3. Mandian panas

    Mandian menggunakan air panas adalah pilihan terbaik terutamanya semasa musim sejuk tetapi ianya tidak perlu dalam jangka masa waktu yang lama kerana ia akan menyebabkan kulit kering.

    Gabungan penggunaan air panas dengan waktu mandian atau rendaman tubuh yang lama akan menanggalkan minyak pelindung semulajadi yang ada pada kulit.

    Sebagai pilihan lain, anda boleh menggunakan air suam untuk mandian dalam jangka masa yang lebih singkat sekitar 10 minit untuk setiap mandian.

    #4. Dehidrasi

    kebaikan minum air putih

    Anda mungkin tidak berasa haus semasa musim sejuk berbanding musim panas, tetapi tubuh badan dan kulit anda kehilangan air setiap hari melalui pembuangan air kecil, perpeluhan dan faktor luaran lain seperti suhu dan cuaca.

    Tubuh kita terdiri daripada 70% cecair atau air dan melalui jumlah air yang cukup, ia akan menggalakkan pertumbuhan dan kesihatan sel tubuh.

    Kekal hidrasi dengan meminum air untuk mengelakkan tubuh badan daripada dehidrasi kerana ia akan memberi kesan terhadap kesihatan sel tubuh badan.

    5. Tahap pH yang tidak seimbang

    Kulit kita adalah sedikit berasid disebabkan oleh fungsi perlindungannya daripada sebarang bakteria dan penyerang-penyerang semulajadi yang lain.

    Sabun biasa dengan kandungan alkali yang tinggi akan mengganggu tahap pH kulit dan menyebabkan kehilangan kelembapan kulit.

    Disarankan untuk kita menggunakan pencuci yang mempunyai tahap pH yang seimbang untuk memastikan ianya bersesuaian dengan keadaan kulit yang sedikit berasid.

    Anda juga boleh menggunakan pencuci dengan kandungan surfactant yang menghilangkan kotoran tanpa merosakkan epidermis kulit.

    kulit kering bersisik

    Kulit anda akan mengalami kegatalan, kelihatan suram, berwarna gelap dibawah mata dan kemunculan kedut atau garisan pada permukaan kulit anda sekiranya tidak mendapat kelembapan yang secukupnya.

    Cara lain yang disarankan untuk mengelakkan kulit kering bersisik termasuklah pengurangan pengambilan kopi atau mana-mana sumber berkafein, berhenti merokok, minum lebih banyak air, sentiasa bersenam, dapatkan tidur yang cukup dan makan lebih banyak buahan, sayuran dan kekacang.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 13/10/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan