Apabila muncul tompokan gelap atau lebih dikenali sebagai jeragat, pastinya anda akan mula mencari produk hilangkan jeragat, betul tak?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Apabila muncul tompokan gelap atau lebih dikenali sebagai jeragat, pastinya anda akan mula mencari produk hilangkan jeragat, betul tak?
Tetapi adakah terdapat sebarang produk yang efektif untuk membantu menangani masalah anda itu?
Tidak dinafikan terdapat banyak jenis produk penjagaan muka yang ditawarkan di pasaran, namun tidak semuanya berkesan
Sebenarnya, perkara penting ketika membeli produk adalah untuk melihat kandungan di dalamnya.
Dalam perkongsian artikel ini anda akan mengetahui kandungan bahan perlu ada dalam produk untuk hilangkan jeragat yang ingin dibeli.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.
Sebelum terus ke kaunter farmasi dan membeli produk hilangkan jeragat, eloklah sekiranya anda mengetahui puncanya terlebih dahulu.
Jeragat adalah satu keadaan di mana munculnya tompok-tompok kecil berwarna coklat atau perang pada kulit anda.
Ia tidak semestinya muncul pada wajah sahaja kerana ia boleh juga berlaku pada mana-mana kawasan kulit yang terdedah kepada cahaya matahari.
Ia juga kebiasaannya kelihatan lebih gelap berbanding warna kulit yang asal. Kesannya akan mengakibatkan tona wajah anda menjadi tidak sekata.
Kadangkala, saiz jeragat yang kecil boleh menjadi besar dan bercantum dengan yang lain. Akibatnya, ia mungkin boleh memenuhi setiap ruang pada wajah anda.
Melanin bertanggungjawab dalam proses pigmentasi atau penghasilan warna pada kulit dan juga rambut.
Mengetahui punca kemunculan jeragat juga penting sebelum menentukan produk untuk hilangkan jeragat yang bersesuaian.
Terdapat 2 keadaan di mana ia menjadi punca jeragat iaitu:
Ia disebabkan oleh pendedahan kulit kepada cahaya matahari dan juga kesan terbakar daripada cahaya tersebut.
Ia boleh terjadi pada sesiapa sahaja yang tidak melindungi diri daripada sinar UV. Masalah ini lebih kerap berlaku pada mereka yang mempunyai kulit berwarna cerah.
Jeragat ini biasanya muncul pada bahagian badan yang terdedah kepada matahari seperti:
Individu yang lebih berisiko untuk mengalami jeragat jenis ini adalah mereka berusia antara 20 hingga 40 tahun.
Jenis jeragat ini biasanya muncul disebabkan faktor penuaan – khususnya pada mereka yang berusia 40 tahun ke atas.
Pendedahan berulang kepada sinaran matahari menjadi antara faktor mendasari kemunculan jeragat ini, terutamanya pada bahagian kulit terdedah seperti:
Setiap produk krim jeragat pastinya mempunyai ramuan yang berbeza. Namun untuk menjadikan ia berkesan, sesuatu produk itu perlu mengandungi komponen seperti:
Bahan aktif hydroquinone akan menyerap sinaran UV sambil menghalang kulit daripada menghasilkan terlalu banyak melanin. Ia juga berperanan untuk memutihkan kulit bagi mengekalkan tona sekata.
Merupakan agen pengelupasan yang hebat dengan menyingkirkan zarah kulit lama dan kusam.
Kesannya, lapisan kulit lebih muda dan berseri akan kelihatan – kulit tampak lebih cerah dan bercahaya.
Baca juga:
Merupakan kelas sebatian kimia yang berkait rapat dengan vitamin A. Ia membantu memudarkan hiperpigmentasi dan jeragat.
Dalam masa yang sama bahan ini juga membantu mengurangkan perkembangan melanin, mengembalikan ketegangan kulit sambil menghilangkan garis-garis halus dan kedutan pada wajah.
Antioksidan adalah bahan yang membantu melindungi permukaan kulit daripada kerosakan oksidatif disebabkan oleh radikal bebas dan pencemaran.
Vitamin C merupakan agen pencerahan kulit yang sangat membantu dalam memudarkan bintik gelap dan merawat jeragat.
BHA (asid salisilik) berfungsi memperbaiki penampilan liang pori yang membesar. Komponen pengelupasan ini boleh melarutkan zarah kulit mati dan kusam serta membersihkan pori tersumbat.
Gabungan niacinamide dan vitamin C dapat mencegah pembentukan pigmen, penting dalam mencegah punca jeragat.
Komponen ini berfungsi sama seperti hidrokuinon, niacinamide dan vitamin C, iaitu menghentikan pembentukan pigmen.
Memilih menggunakan produk seperti krim bukanlah penyelesaian pantas seperti pengelupasan kulit kimia dan rawatan laser. Tetapi dengan krim anda tidak memerlukan masa pemulihan selepas rawatan.
Penggunaan krim untuk hilangkan jeragat ini biasanya akan menampakkan perbezaan selepas 2 minggu atau lebih.
Tetapi paling penting pastikan ia bebas warna, pewangi, paraben, sulfat, phthalates, SLS (sodium lauryl sulfate), PEG (polyethylene glycols) dan gluten.
Jangan lupa untuk membeli dan gunakan produk yang terbukti selamat dan telah diuji secara klinikal yang boleh didapati di farmasi.
Elakkan penggunaan sebarang produk hilangkan jeragat tidak berdaftar dan tidak diuji jika tidak mahu kulit muka anda berubah dengan kesan yang tidak diingini.
Sebagai langkah pencegahan pula, pemakaian krim pelindung matahari (sunblock) 30 SPF ke atas juga amat digalakkan!
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen