Hati-hati bagi Wanita Menopaus, Anda Mungkin Terdedah Kepada Penyakit Jantung!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 16/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Selama bertahun-tahun kita dimaklumkan bahawa kenaikan berat badan atau obesiti menyumbang kepada berlakunya penyakit jantung. Hal ini sememangnya tepat dan menurut satu penyelidikan baharu, mengetahui lokasi lemak yang berada dalam tubuh kita adalah yang paling penting apabila menilai risiko penyakit jantung atau dengan lebih tepat, penyakit arteri koronari. Berpandukan hasil laporan kajian terbabit, lemak di bahagian perut memberikan ramalan atau anggaran yang lebih tepat bagi penyakit arteri koronari berbanding daripada indeks jisim badan (BMI).

Kajian tersebut telah menyiasat perkaitan antara jenis obesiti dan penyakit arteri obstruktif dalam kalangan wanita semasa dan selepas menopaus. Untuk pengetahuan anda, hormon estrogen melindungi sistem kardiovaskular wanita sebelum berlakunya menopaus. Walau bagaimanapun, hormon estrogen ini akan mula berkurangan apabila seseorang wanita mula memasuki fasa menopaus dan selepas menopaus. Ini menjelaskan mengapa kejadian penyakit jantung kurang menyerang wanita sebelum fasa menopaus berbanding lelaki dan kadarnya kembali meningkat semasa dan selepas menopaus. 

Lemak perut dan risiko penyakit jantung

Kajian terbabit telah dilaksanakan terhadap wanita Korea yang berjumlah 700 orang. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa kewujudan penyakit jantung atau penyakit arteri koronari adalah tinggi secara signifikan dalam kalangan wanita yang mempunyai central obesity atau dengan kata lain, lemak yang terkumpul di bahagian tengah tubuh iaitu perut. Apa yang mengejutkan, tidak terdapat sebarang perbezaan yang siginifikan yang dikenalpasti melalui pengiraan BMI individu yang terbabit. Ini jelas menunjukkan bahawa pengiraan obesiti secara keseluruhan bukanlah satu faktor risiko bagi penyakit arteri koronari obstruktif. Hasil kajian ini adalah relevan bagi wanita menopaus memandangkan fasa menopaus menyebabkan perubahan dalam pengedaran lemak tubuh terutamanya di bahagian perut.

Menurut Dr. Stephanie Faubion, pengarah perubatan di The North American Menopause Society (NAMS), hasil kajian yang ditemukan ini adalah konsisten dengan apa yang diketahui mengenai kesan buruk lemak di bahagian perut. Menurut beliau lagi, tidak kesemua jenis lemak adalah sama dan lemak perut adalah berbahaya memandangkan ia berkait rapat  dengan risiko penyakit jantung. 

Obesiti sebagai faktor risiko penyakit jantung

Obesiti telah menjadi antara faktor risiko bagi penyakit arteri koronari memandangkan ia menyebabkan pelbagai komplikasi kepada tubuh seperti disfungsi sel endothelial, rintangan insulin, dan aterosklerosis koronari. Ia turut menyebabkaan faktor risiko kardiovaskular yang lain seperti hipertensi atau tekanan darah tinggi dan diabetes. 

Apakah faktor risiko lain bagi penyakit arteri koronari?

Untuk pengetahuan anda, penyakit arteri koronari terjadi apabila plak kolesterol yang terdapat di dalam saluran darah telah menjadikan saluran darah menjadi sempit dan keras. Kesannya? Ia akan menyebabkan aliran darah ke bahagian jantung menjadi berkurangan dan menyebabkan seseorang individu mengalami kesakitan di bahagian dada. Sekiranya aliran darah berkurangan secara kritikal, seseorang individu tersebut akan mengalami serangan jantung. Penyakit arteri koronari ini telah menjadi antara penyebab kematian utama pesakit jantung di hospital-hospital Malaysia. Selain obesiti, terdapat juga pelbagai faktor risiko lain yang memungkinkan terjadinya pengerasan dan penyempitan saluran darah seperti merokok, tekanan darah tinggi, diabetes, sejarah keluarga dan peningkatan umur.

Cara mengelakkan obesiti

Obesiti boleh dielakkan dengan cara pengalaman gaya hidup yang sihat dan aktif secara berterusan. Berikut merupakan antara kaedah yang boleh anda ikuti:

  • Berhenti merokok sekiranya anda adalah seorang perokok. Begitu juga dengan alternatif rokok yang lain seperti vape dan shisha. 
  • Amalkan pemakanan yang seimbang. Gunakan model pinggan sihat Malaysia sebagai panduan. Ambil suku sumber protein, suku sumber karbohidrat dan separuh sumber vitamin iaitu sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Kekalkan berat badan yang ideal. Sentiasa bersenam dan terlibat dengan gaya hidup yang aktif seperti berjalan dan menaiki tangga sama ada ketika ingin ke tempat kerja atau ke rumah. 

Menjalani hidup yang sihat bukanlah satu perkara yang sukar, hanya memerlukan sedikit kerajinan dan keazaman dalam melakukannya. Adalah lebih sukar untuk anda menjalani kehidupan ketika mana anda telah mula didiagnosis dengan pelbagai penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung. Sebelum terlambat, ubah cara hidup anda dengan mencari faktor-faktor pencetus yang boleh menggalakkan anda untuk menjalani hidup yang aktif. Jom ubah mulai hari ini!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bersenam Boleh Kurangkan Sakit Senggugut- Fakta @ Auta? Ini Jawapan Kajian!

    Sakit senggugut menyerang kembali! Ia merupakan antara kesakitan disebabkan haid yang paling menjengkelkan bagi para wanita setiap bulan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 20/11/2020 . 3 minit bacaan

    Ladies, Pernah Tak Alami Bibir Faraj Membengkak? 5 Kondisi Ini Boleh Jadi Penyebabnya

    Faraj merupakan bahagian tubuh utama wanita yang mempunyai fungsi unik tersendiri. Namun, kondisi vulva bengkak boleh berlaku pada sesetengah individu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 20/11/2020 . 3 minit bacaan

    Hubungan Intim Bersama Pasangan Boleh Tingkatkan Kesihatan Jantung Anda, Betul Ke?

    Ada individu yang bertanya, adakah terdapat manfaat seks untuk kesihatan jantung? Dan, berbahaya ke untuk melakukan seks jika mempunyai penyakit jantung?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 19/11/2020 . 3 minit bacaan

    Badan Gemuk Tapi Cergas & Cukup Stamina, Masih Perlu Ke Untuk Turunkan Berat Badan?

    Adakah saya masih perlu menurunkan berat badan berlebihan kerana mempunyai obesiti, walaupun saya sentiasa aktif dan cergas? Ini jawapannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Obesiti, Pusat Kesihatan 11/11/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tidur berlebihan

    AWAS, Ada 7 Bahaya Jika Terlebih Tidur, Boleh Sampai Hilang Nyawa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan
    kesan melancap rambut gugur

    Kuat Beronani Punca Rambut Semakin Banyak Gugur, Fakta @ Auta?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/11/2020 . 3 minit bacaan
    kerap kencing

    Sering Buang Air Kecil Bukan Hanya Sebab Pundi Kencing Aktif, Ada 6 Lagi Punca Lain!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/11/2020 . 3 minit bacaan
    mitos haid wanita

    Jangan Mandi Semasa Datang Bulan Sebab Boleh Mandul, Usah Tertipu Dengan Mitos Haid Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 23/11/2020 . 3 minit bacaan