Bayi Berisiko Mati Sebelum Usia Setahun Akibat Membesar Dalam Udara Tercemar – Kajian

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 22/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Berdasarkan kajian terbaru yang dilakukan di UK, membesar dalam udara tercemar meningkatkan risiko kematian bayi dalam tahun pertama kehidupan. Walaupun saintis telah lama memberi amaran tentang bahaya pencemaran udara terhadap kesihatan, kajian terbaru ini membuka mata semua pihak tentang keterukan kesannya yang tidak diketahui atau disedari selama ini. 

Data hampir 8 juta bayi merentas tempoh sedekad

UK cukup terkenal sebagai negara yang teruk dalam menguruskan pencemaran udara, dengan 37 bandar terus-menerus mencatatkan paras pencemaran yang tinggi dan salah di sisi undang-undang negara tersebut. Untuk itu, pasukan pengkaji daripada Cardiff University School of Medicine, berminat untuk melihat kesan kesihatan akibat pencemaran udara, daripada sudut yang lain. Memandangkan amat jarang bagi kajian melihat kesan membesar dalam udara tercemar dalam tempoh tahun pertama bayi, para pengkaji telah memilih sudut ini untuk analisa mereka.

Pasukan pengkaji menganalisa data yang diperoleh daripada Pejabat Statistik Kebangsaan UK yang melibatkan maklumat 7,984,366 kelahiran dan kematian bayi di England dan Wales dari tahun 2001 sehingga 2012. Mereka kemudiannya membahagi taburan data tersebut kepada 35,000 kawasan kecil, dengan setiap kawasan mempunyai populasi yang sama (1500 penduduk atau 650 isi rumah). Seterusnya, purata pencemaran tahunan yang diperolehi daripada Pejabat Persekitaran, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar, dikira untuk setiap kawasan tersebut. Mereka turut melaraskan analisis data setelah mengambil kira faktor-faktor lain seperti kemiskinan, malnutrisi, kelahiran berganda, berat bayi dan juga umur ibu. 

Bahan pencemaran lazim yang berbahaya

Mereka menemui 3 jenis bahan pencemaran utama yang, dengan sendirinya, mampu meningkatkan risiko kematian bayi. Bahan tersebut adalah nitrogen dioksida (NO2), asbut berasap atau lebih dikenali sebagai PM10 dan sulfur dioksida (SO2). Kesemua bahan pencemaran ini bukanlah sesuatu yang asing dalam negara-negara industri. NO2 dan PM10 dilepaskan oleh kenderaan manakala SO2 pula dihasilkan oleh pembakaran arang, gas dan minyak.

Menurut ketua kajian, Dr Sarah Kotecha, terdapat peningkatan risiko sebanyak 20 hingga 40% untuk kematian dalam tempoh neonatal bagi bayi yang tinggal di kawasan tercemar. Selain itu, terdapat juga peningkatan sebanyak 30 hingga 50% risiko kematian bagi bayi yang lahir selepas tempoh neonatal di dalam kawasan yang sama. Kemungkinan untuk seorang bayi bawah usia setahun untuk mati adalah 7% lebih tinggi dalam kawasan yang tinggi NO2, 4% untuk PM10 dan 19% untuk SO2.Mereka juga mendapati kematian dalam tempoh 28 hari (tempoh neonatal) pertama selepas lahir meningkat sebanyak 21% dalam kawasan yang dicemari oleh SO2. Dapatan ini walau bagaimanapun, tidak signifikan untuk kawasan yang dicemari oleh NO2 atau PM10.

Tempoh pasca neonatal pula menyaksikan peningkatan risiko kematian sebanyak 11% untuk kawasan tinggi NO2, 12% untuk kawasan tinggi PM10, dan 15% untuk kawasan tinggi SO2. Purata paras bahan toksik yang ditemui di kawasan yang paling teruk tercemar adalah 34ug/m3 (NO2), 22ug/m3 (PM10) dan 6ug/m3 (SO2). Kesemuan bacaan ini adalah jauh lebih tinggi daripada paras selamat yang dinyatakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Kesedaran buat semua

Penemuan yang telah dibentangkan di Kongres Persatuan Respiratori Eropah Antarabangsa di Madrid, Sepanyol, merumuskan bahawa bahan seperti NO2, PM10 dan SO2 meningkatkan risiko kematian bayi bayi pada kadar yang signifikan. Walaupun kajian ini tidak menyatakan bagaimana bayi cenderung untuk mati awal apabila membesar dalam kawasan udara tercemar, ia mungkin disebabkan oleh zarah toksik dalam udara yang masuk ke badan mereka. Zarah mikroskopik yang dilepaskan oleh kenderaan dan kilang-kilang disedut ke dalam paru-paru sebelum diserap ke dalam saluran darah. Bahan-bahan ini kemudiannya mampu untuk menyebabkan kesan kesihatan yang berbahaya.

Selain kanak-kanak, orang dewasa juga turut menderita akibat daripada hidup dalam udara yang tercemar. Kesan jangka panjangnya membabitkan pembentukan pelbagai jenis penyakit seperti kanser dan penyakit jantung. Buat masa kini, sekitar 36,000 rakyat Britain mati setiap tahun akibat daripada kesan pencemaran udara. Kos yang terpaksa ditanggung oleh pihak kerajaan akibat daripada rawatan berkaitan masalah pencemaran udara mencecah £2 billion setiap tahun. Setiap pihak harus menggembleng tenaga bagi memastikan keadaan kesihatan sejagat dipelihara. Jika anda hidup atau membesar dalam udara tercemar, pastikan anda menggunakan alat perlindungan yang sesuai seperti topeng muka N95.

Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan ataupun rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Si Kecil Asyik Jelir Lidah Bukan Mahu Mengejek, Ibu Bapa Kena Tahu 7 Sebab Ini, Ada Yang Bahaya!

    Si kecil anda kerap menjulurkan lidah seakan mengejek dan mengajuk anda? Ibu bapa kena tahu 7 sebab bayi julur lidah ini! Jom klik untuk baca.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Tahun Pertama Bayi 11/09/2020 . 3 minit bacaan

    Bayi Baru Lahir Ada Satu Bau Yang Buat Ibu Rasa Ketagih, Dari Mana Datangnya Bau Ini?

    Mengapa ya bayi yang baru lahir mempunyai bau yang wangi? Apa punca serta mengapa bayi berbau wangi sehinggakan kita rasa macam nak gigit?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Keibubapaan, Tahun-tahun pertama 10/09/2020 . 3 minit bacaan

    Bukan Orang Dewasa Sahaja, Si Kecil Anda Pun Berisiko Alami Gangguan Tidur Apnea!

    Mungkin ramai yang belum cakna mengenai apa itu sleep apnea. Benarkah gangguan tidur apnea juga boleh berlaku kepada bayi? Jom klik artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 01/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Sejenis Bahan Kimia DALAM MAKANAN Punca TIDAK SUBUR? Nak Zuriat, Anda Patut Ambil Tahu!

    Bahan kimia yang dimaksudkan adalah Phthalate. Mesti di antara anda yang tidak pernah mendengarnya. Tetapi benarkah ia faktor berlakunya masalah kesuburan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 14/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    puting kosong

    Puting Kosong, Objek Ajaib Menenangkan Si Manja! Tapi Ia Boleh Buat Gigi Bayi Jongang?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 13/10/2020 . 3 minit bacaan
    melawat bayi

    Ramai Ibu Bersalin Tahun 2020, Sebelum Melawat Baby Baru Lahir, Ambil Tahu 6 Perkara Ini Dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    jantina bayi

    Risiko Wanita PCOS Hamil, Boleh Membahayakan Bayi? Ada Kesan Juga Pada Jantina Si Manja?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 17/09/2020 . 3 minit bacaan
    penghawa dingin

    Selamat Ke Penyaman Udara Untuk Si Manja? Sebelum Buka Aircond Dalam Bilik Bayi, Baca Ini Dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan