backup og meta

Apa Yang Anda Tahu Tentang Kegelisahan?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 27/11/2019

    Apa Yang Anda Tahu Tentang Kegelisahan?

    Kegelisahan adalah tindak balas semula jadi yang wujud timbul rasa gelisah dan bimbang terhadap bahaya, terancam atau berada dalam situasi yang tertekan.

    Jenis kegelisahan

    Gangguan kegelisahan umum (GAD). Individu merasa gelisah sepanjang hari, bimbang tentang pelbagai perkara yang berbeza, untuk tempoh 6 bulan dan lebih.

    Fobia sosial. Mempunyai ketakutan untuk dikritik atau dimalukan, walaupun dalam situasi seharian, seperti pengucapan awam, makan di tempat awam, tegas di tempat kerja atau berbual.

    Fobia spesifik. Individu yang merasa takut tentang objek atau situasi tertentu dan sanggup menghindarinya, sebagai contoh, mendapatkan suntikan atau melancong dengan pesawat. Terdapat pelbagai jenis fobia.

    Gangguan obsesif -kompulsif (OCD). individu mempunyai pemikiran tidak diingini dan ketakutan yang menyebabkan kegelisahan. Sebagai contoh, takut kepada kuman dan pencemaran yang menyebabkan mereka kerap membasuh tangan dan pakaian.

    Gangguan tekanan selepas trauma (PTSD). Berlaku apabila individu mengalami peristiwa trauma, contohnya; perang, kemalangan, bencana. Simptom ini merangkumi kesukaran untuk bertenang, mimpi atau teringat peristiwa yang berlaku, dan mengelakkan sebarang perkara yang mempunyai kaitan dengan peristiwa tersebut.

    Gangguan panik. Individu yang mengalami serangan panik, yang tegang, kerap berlaku dan perasaan gelisah yang tidak terkawal bersama pelbagai simptom fizikal.

    Simptom

    Walaupun wujud dalam pelbagai bentuk, semua gangguan kegelisahan mempunyai satu simptom utama; ketakutan atau kebimbangan berterusan pada situasi yang pada individu lain tidak dianggap sebagai satu ancaman.

    Simptom kegelisahan emosi

    Merupakan tambahan kepada simptom utama, ketakutan dan kebimbangan yang berlebihan, simptom berkaitan emosi lain adalah;

    • Merasa takut dan bimbang
    • Sukar untuk fokus
    • Rasa ketegangan
    • Menjangkakan perkara yang buruk
    • Sengsara
    • Kurang rehat
    • Melihat tanda bahaya
    • Fikiran kosong

    Simptom kegelisahan fizikal

    Antara simptom yang boleh dilihat, seperti;

    • Jantung berdebar
    • Berpeluh
    • Sakit perut atau pening
    • Kerap kencing atau cirit-birit
    • Nafas pendek
    • Ketegangan otot
    • Menggigil
    • Sakit kepala
    • Keletihan
    • Insomnia

    Punca

    Mungkin terdapat lebih daripada satu faktor yang menyebabkan masalah ini;

    Disebabkan faktor alam sekitar dan luaran

    Faktor alam sekitar yang menyebabkan beberapa jenis kebimbangan termasuk:

    • Trauma kepada peristiwa seperti penderaan, pengorbanan, atau kematian individu tersayang
    • Tertekan berkaitan perhubungan peribadi, perkahwinan, persahabatan atau penceraian
    • Tekanan di tempat kerja
    • Tekanan di rumah
    • Tekanan tentang masalah kewangan
    • Tekanan berkaitan bencana alam
    • Kekurangan oksigen ketika berada di kawasan tinggi

    Disebabkan faktor perubatan

    Berkaitan dengan faktor perubatan seperti anemia, asma, jangkitan dan beberapa maslaah berkaitan jantung. Beberapa keadaan perubatan yang menyebabkan kegelisahan adalah seperti;

    • Tekanan daripada masalah kesihatan yang serius
    • Kesan sampingan daripada ubatan
    • Simptom daripada masalah kesihatan
    • Kekurangan oksigen kerana emfisema, atau embolisme pulmonari (darah beku dalam paru-paru)

    Disebabkan penggunaan dan penyalahgunaan bahan tertentu

    Umumnya, kegelisahan muncul disebabkan:

    • Toksik dari dadah haram, seperti kokain dan amphetamine
    • Bahan yang keluar dari dadah haram seperti heroin atau dari ubat preskripsi seperi Vicodin®, benzodiazepin, atau barbiturat.

    Kerana faktor genetik

    Ia dicadangkan oleh sesetengah penyelidik bahawa keluarga yang mempunyai masalah kegelisahan meningkatkan kemungkinan untuk seseorang individu turut mengalaminya.

    Disebabkan kimia otak

    Penyelidikan menunjukkan bahawa individu yang mempunyai tahap neurotransmiter tertentu yang tidak normal di dalam otak cenderung mengalami gangguan kebimbangan umum.

    Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 27/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan