Bangun sahaja tidur, anda rasa mata bengkak dan sakit? Eh, apa punca mata bengkak secara tiba-tiba. Pasti anda terfikir, apakah yang menyebabkan bengkak pada mata ini tiba-tiba terjadi.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mata sila dapatkannya di sini.
10 punca mata bengkak secara tiba-tiba
Tahukah anda, ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan bengkak pada mata terjadi. Kami senaraikan 10 perkara yang boleh menyebabkan bengkak pada mata anda.
#1. Pengambilan garam terlalu banyak
Terlalu banyak kandungan garam atau natrium dalam makanan sememangnya tidak elok untuk tubuh atau penampilan anda.
Garam tambahan boleh menjadikan badan anda mengekalkan kandungan air.
Lebihan air dalam tubuh ini kemudiannya menyebabkan bengkak pada wajah dan badan anda.
Ini biasa berlaku pada waktu pagi selepas anda makan makanan yang masin pada malam harinya.
#2. Menangis punca mata bengkak secara tiba-tiba
Tangisan menyebabkan cecair terkumpul di sekitar mata anda, yang kemudiannya menyebabkan bengkak dalam waktu yang singkat.
Pembengkakan bawah mata yang berlaku sekali-sekala disebabkan tangisan mungkin akan hilang dengan sendirinya.
#3. Tidur yang tidak cukup
Kajian mendapati bahawa tidak cukup tidur boleh menyebabkan pembengkakan pada bawah mata.
Ia juga boleh menyebabkan kelopak mata terkulai, mata yang merah, dan lingkaran hitam di bawah mata. Tanda-tanda lain adalah kulit yang pucat dan mulut terkulai.
Kurang tidur boleh melemahkan otot di sekitar mata anda. Ia juga boleh menyebabkan kehilangan kolagen iaitu tisu elastik yang terletak pada bawah mata.
Ini menyebabkan cecair terkumpul di kawasan tersebut lalu menjadikan kawasan pada bawah mata anda membengkak.
#4. Alahan punca di sebalik punca mata bengkak secara tiba-tiba
Alahan boleh menyebabkan cairan berkumpul dalam sinus dan di sekitar mata anda. Ini boleh menyebabkan pembengkakan di bawah mata.
Reaksi alahan juga boleh menjadikan mata anda menjadi merah, gatal, dan berair. Alahan adalah penyebab biasa mata bengkak.
Ia berlaku kerana sel pelindung yang berada pada mata anda, yang disebut sel mast, mengeluarkan protein imun yang disebut histamin untuk melawan alergen.
Ini menjadikan mata anda menjadi sensitif dan berair. Mata anda juga akan mengeluarkan air mata untuk membersihkannya daripada sebarang habuk atau alergen lain.
#5. Punca mata bengkak secara tiba-tiba disebabkan merokok
Menghisap rokok, shisha, atau cerut boleh menyebabkan iritasi pada mata anda.
Anda juga mungkin akan mengalami reaksi alahan jika anda merupakan perokok pasif. Ini boleh menjadikan air mata anda menjadi punca pembengkakan pada bawah mata.
#6. Jangkitan pada mata
Jangkitan pada mata boleh menyebabkan mata bengkak pada satu atau kedua-dua belah mata. Anda juga boleh mengalami jangkitan pada bebola mata atau kelopak mata.
Jangkitan dan pembengkakan biasanya akan terjadi pada sebelah mata terlebih dahulu, tetapi boleh merebak dengan cepat ke sebelah mata yang lain.
Elakkan daripada menyentuh atau menggosok mata anda jika mengalami jangkitan.
Jangkitan mata biasanya akan hilang dalam tempoh seminggu. Anda mungkin memerlukan rawatan antibiotik untuk merawat jangkitan pada mata anda.
Baca juga: