Penyakit resdung atau rinitis alahan merupakan sesuatu yang amat lazim di seluruh dunia. Namun, adakah anda mengetahui ciri ciri resdung yang teruk sehingga memerlukan perhatian daripada doktor?
Disemak secara perubatan oleh Dr Zai Muhammad · Dokter Umum · Hello Health Group
Penyakit resdung atau rinitis alahan merupakan sesuatu yang amat lazim di seluruh dunia. Namun, adakah anda mengetahui ciri ciri resdung yang teruk sehingga memerlukan perhatian daripada doktor?
Selalunya, pesakit resdung akan mengalami simptom yang mirip dengan demam selesema seperti bersin dan hidung gatal atau berair.
Semua gejala ini akan terjadi selepas pesakit tersentuh atau terhidu alergen.
Meskipun begitu, bukan semua pesakit resdung akan mengalami simptom yang teruk.
Sebahagian daripada pesakit hanya mengalami gejala yang ringan. Pesakit resdung jenis ini boleh sembuh dengan baik setelah dirawat.
Namun begitu, wujud juga pesakit yang mengalami ciri ciri resdung yang teruk dan berpanjangan.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Alahan, sila klik di sini.
Semua orang tahu bahawa penyakit resdung jenis teruk boleh membuatkan hidung tersumbat serta menghilangkan deria bau dan menjejaskan fungsi hidung yang lain.
Sebagai contoh, hidung manusia berfungsi menapis bendasing kecil yang terdapat dalam udara sebelum masuk ke dalam paru-paru.
Jika anda cenderung untuk mengalami alahan, bendasing yang terperangkap di dalam hidung boleh menjadi pencetus kepada masalah ini.
Selepas itu, tisu di dalam hidung akan mula membengkak dan mengakibatkan keradangan. Kesannya, hidung anda akan mula berair dan menjadi gatal.
Gejala-gejala ini merupakan salah satu daripada ciri ciri resdung yang teruk dan perlu diketahui oleh anda. Usah gusar kerana masalah ini merupakan sesuatu yang lazim berlaku dan boleh dirawat.
Penyakit asma juga boleh menyebabkan resdung menjadi semakin teruk.
Malah, ada juga pesakit yang mungkin mengalami ekzema pada masa yang sama.
Jika anda mengalami penyakit resdung, gejala akan muncul beberapa jam setelah terdedah kepada sebarang jenis alergen. Masalah ini boleh mengakibatkan gejala seperti:
Setelah beberapa ketika, pesakit mungkin akan mengalami simptom yang lebih teruk. Antara ciri ciri resdung yang teruk ialah:
Pesakit rinitis alahan atau resdung perlu segera berjumpa dengan doktor jika simptom mula mengganggu aktiviti harian atau menjejaskan proses pembelajaran di sekolah.
Oleh sebab itu, penting untuk anda berjumpa dengan doktor dan mendapatkan rawatan selanjutnya.
Doktor mungkin akan melakukan ujian seperti ujian darah immunoglobulin E (IgE) untuk menguji sama ada anda mengalami alergi ataupun tidak.
Selain itu, doktor juga mungkin akan melakukan ujian skin prick untuk menentukan alergen yang menyebabkan anda mengalami rinitis alahan.
Gejala yang disebabkan oleh rinitis alahan selalunya boleh pulih dengan sendiri tetapi akan memakan masa yang lama dan mungkin tidak akan sembuh sepenuhnya.
Jika anda mengalami penyakit resdung jenis ringan, pengambilan ubat yang tersedia di farmasi boleh membantu.
Anda juga boleh membersihkan saluran pernafasan dengan menggunakan larutan air garam untuk memastikan hidung bebas daripada sebarang bahan yang akan menyebabkan iritasi.
Jangan panik jika anda kerap mengalami resdung. Kebanyakan ciri ciri resdung yang teruk akibat rinitis alahan boleh sembuh setelah dirawat.
Mereka yang mengalami penyakit dengan ciri ciri resdung yang teruk sehingga mengakibatkan ketidakselesaan serta mengganggu aktiviti harian, doktor boleh memberikan rawatan dalam bentuk suntikan.
Kanak-kanak yang mengalami alahan selalunya akan membesar dengan normal dan masalah ini tidak akan berpanjangan sehingga dewasa.
Walau bagaimanapun, mereka yang alah terhadap sesuatu bahan seperti debunga akan menghadapi kesukaran untuk sembuh daripada kondisi ini.
Malah, penyakit ini akan memberikan kesan jangka masa panjang kepada pesakit.
Resdung atau rinitis alahan boleh dirawat. Pastikan rumah anda sentiasa bersih daripada sebarang debu atau hama.
Selain itu, elakkan daripada segala bahan yang boleh menjadi punca kepada masalah alahan anda!
Terdapat satu lagi cara efektif yang anda mungkin terlepas pandang. Cara tersebut ialah penggunaan alat semburan hidung (nasal spray).
Terdapat alat yang boleh digunakan dengan cara menyembur ke dalam lubang hidung bagi mencegah masalah resdung.
Ada alat semburan hidung dalam pasaran yang bebas daripada bahan aktif dan tidak mengandungi pengawet.
Bagaimanakah alat semburan hidung boleh melegakan gejala-gejala rinitis?
Individu dengan ciri ciri resdung yang teruk boleh mencuba alat ini. Pastikan alat tersebut terbukti berkesan dan selamat, tanpa sebarang kesan sampingan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen