Tahukah anda bahawa jenis penyakit hepatitis C yang tidak dirawat boleh mendatangkan kesan kepada tubuh? Tak percaya? Dalam artikel ini, Hello Doktor kongsikan 12 keadaan yang boleh berlaku kepada tubuh anda akibat penyakit hati.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Tahukah anda bahawa jenis penyakit hepatitis C yang tidak dirawat boleh mendatangkan kesan kepada tubuh? Tak percaya? Dalam artikel ini, Hello Doktor kongsikan 12 keadaan yang boleh berlaku kepada tubuh anda akibat penyakit hati.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.
Seorang individu dengan jenis penyakit hepatitis C boleh mengalami keadaan tersebut tanpa anda mengetahuinya.
Selepas dijangkiti, hepatitis C kronik boleh merosakkan tubuh secara senyap.
Jangkitan yang dialami mungkin mengambil masa beberapa tahun atau dekad untuk mengembangkan gejalanya.
Malangnya, apabila anda menyedari jangkitan yang berlaku, virus tersebut mungkin telah menjejaskan fungsi tubuh anda.
Mendapatkan rawatan sewajarnya untuk penyakit ini dapat menghentikan virus, sebelum ia boleh menyebabkan kesakitan.
Akibat daripada hepatitis yang tidak dirawat ini, ia boleh menyebabkan komplikasi kesihatan serius!
Antaranya:
Sudah tentu jangkitan ini akan menjejaskan fungsi hati. Virus akan mengakibatkan organ ini bengkak.
Tanpa rawatan yang betul, ia boleh berkembang menjadi masalah hepatitis C kronik.
Untuk jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan:
Mereka dengan penyakit hati ini boleh mendapat keadaan yang dikenali sebagai cryoglobulinemia.
Ia berlaku apabila protein tertentu dalam darah melekat bersama dalam cuaca sejuk. Keadaan itu mengakibatkan pengumpulan darah pada saluran yang boleh menyekat aliran darah.
Kesannya? Berlaku pembengkakan dan kerosakan. Keadaan ini boleh menjejaskan kulit, organ, saraf dan sendi.
Masalah lain yang boleh timbul adalah kurang penghasilan sel darah putih untuk melawan jangkitan atau platelet – membantu pembekuan darah.
Wujud juga risiko untuk individu tersebut mudah mengalami lebam atau bintik merah/ungu di bawah kulit – tanda gangguan pendarahan yang dikenali sebagai purpura thrombocytopenic imun.
Penyakit hati ini juga meningkatkan risiko anda untuk mendapat limfoma bukan Hodgkin – barah berkembang pada sistem imun.
Virus ini juga meningkatkan kemungkinan untuk menghidap barah hati dan saluran hempedu.
Baca juga:
Jangkitan hepatitis C boleh menyukarkan sel-sel tubuh untuk menyerap gula daripada makanan yang dimakan.
Ia mengakibatkan pankreas mengeluarkan lebih banyak insulin – hormon berfungsi memindahkan gula ke dalam sel.
Kesannya kandungan gula yang tertinggal dalam darah akan meningkat. Jika berlanjutan, tubuh boleh berhenti bertindak balas terhadap kesan insulin.
Akibatnya anda boleh menghidap diabetes jenis 2.
Arthralgia adalah sakit sendi yang biasa terjadi kepada mereka dengan penyakit hati hepatitis C.
Masalah arthritis berkaitan dengan hepatitis C juga boleh terjadi.
Selain itu, wujud risiko untuk mengalami fibromyalgia – punca sakit badan dan otot – bagi mereka dengan hepatitis jenis ini.
Risiko pesakit dengan penyakit hati ini untuk mendapat masalah buah pinggang jangka panjang adalah 40% lebih tinggi berbanding mereka yang tidak dijangkiti.
Jika tidak mendapatkan rawatan sewajarnya, ia akan meningkatkan risiko keperluan menjalani rawatan dialisis berkala pada masa hadapan.
Masalah hati ini juga dikaitkan dengan pengerasan arteri – aterosklerosis.
Ia cenderung menyebabkan anda mengalami strok, serangan jantung dan masalah jantung lain.
Kesihatan mental turut boleh terjejas di mana anda boleh berdepan kesukaran mengingati sesuatu atau untuk fokus.
Keadaan lain yang boleh dialami adalah mudah berasa letih dan penat.
Risiko mengalami masalah kerosakan saraf – neuropati periferi – menyebabkan sensasi menyucuk, kebas atau terbakar pada kaki mahupun tangan.
Keadaan lain – paresthesia – rasa kesemutan atau kebas pada kulit.
Jarang berlaku tetapi menyakitkan.
Ia menyebabkan pembentukan tulang baharu lebih cepat daripada yang dapat diserap tubuh, terutama pada kaki.
Jangkitan jenis penyakit hepatitis C akan mengaktifkan sistem imun untuk melawan virus.
Disebabkan virus ini membiak dalam darah dan hati, sistem kekebalan tubuh akan sentiasa berjaga.
Kesannya mengakibatkan diagnosis artritis reumatoid bersama penyakit reumatik lain.
Masalah kulit berkaitan hepatitis ini adalah kulit melecet, bertompok, lebam, keguguran rambut, dan kegatalan.
Vitiligo antara keadaan biasa terjadi – menyebabkan kehilangan warna pada wajah, siku, lutut dan pergelangan tangan.
Mendapatkan rawatan untuk jenis penyakit hepatitis C ini boleh mencegah masalah kesihatan, memulihkan atau mengelakkannya menjadi semakin teruk.
Ia juga penting bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan kerana penyakit hati ini boleh merebak melalui darah seperti luka atau perkongsian barangan peribadi tanpa sengaja.
Melakukan pemeriksaan doktor adalah antara cara terbaik untuk menentukan sama ada anda menghidap hepatitis C atau tidak.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen