backup og meta

Anda Perlu Buat Dialisis Buah Pinggang? Ini Proses-Proses Yang Perlu Difahami!

Anda Perlu Buat Dialisis Buah Pinggang? Ini Proses-Proses Yang Perlu Difahami!

Mungkin anda sendiri atau ada ahli keluarga mahupun kenalan yang menghidapi masalah buah pinggang dan sedang menjalani apa itu dialisis.

Tetapi adakah anda apa itu dialisis yang sebenarnya? Artikel ini mungkin dapat membantu menjawab persoalan anda itu!

Apa itu dialisis buah pinggang?

Prosedur ini dilakukan tidak lain untuk menggantikan fungsi buah pinggang.

Darah anda akan dialirkan ke dalam sebuah medium (bergantung kepada jenis) yang akan menapis bahan-bahan toksik, serta mengawal keseimbangan sesetengah bahan kimia seperti potasium, sodium dan bikarbonat dalam darah.

Kemudian, darah yang telah dicuci itu dikembalikan semula ke dalam badan.

Walau bagaimanapun, fungsi buah pinggang adalah bukan sekadar menapis toksik.

Ia juga berperanan menghasilkan sebahagian hormon serta terlibat dalam proses pembentukan vitamin D untuk kekuatan tulang.

Dialisis malangnya tidak mengambil alih tugas ini.

apa itu dialisis buah pinggang

Siapa yang harus menjalaninya?

Mereka yang mengalami penyakit buah pinggang kronik harus menjalani rawatan ini.

Kadangkala, ia mungkin dimulakan sebelum mengalami apa-apa simptom apabila ujian darah menunjukkan kadar toksik yang tinggi.

Penilaian menyeluruh perlu dilakukan untuk membuat keputusan bila harus dimulakan rawatan.

Perkara yang dilihat termasuk umur, keadaan buah pinggang, kesihatan secara am dan kesediaan untuk memberikan komitmen terhadap rawatan.

Meskipun dialisis mampu meningkatkan tahap kesihatan serta memanjangkan jangka hayat, ia memerlukan komitmen kos dan masa yang banyak.

Dua jenis – hemodialisis dan dialisis peritoneum

Kedua-duanya mempunyai tujuan dan prinsip yang sama.

Apa yang membezakan hanyalah medium yang digunakan untuk menapis darah.

Bagi hemodialisis, medium yang digunakan adalah sebuah mesin khas. Darah dicuci di luar badan. Ini lah yang biasa dilihat di pusat-pusat dialisis.

Manakala dialisis peritoneum pula menggunakan lapisan peritoneum di dalam abdomen. Melalui kaedah ini, darah dicuci di dalam badan dan boleh dijalani di rumah.

Setiap kaedah mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Sila berbincang dengan doktor tentang pilihan yang terbaik untuk keadaan anda.

apa itu dialisis buah pinggang

Berapa lama ia harus dijalani?

Kebiasaannya, satu sesi berlangsung selama 4 jam dan dilakukan sebanyak 3 kali seminggu.

Sampai bila seseorang itu perlu menjalaninya?

Kebiasaannya, apabila seseorang mula menjalani rawatan, beliau perlu meneruskannya seumur hidup melainkan buah pinggangnya diganti melalui pemindahan organ.

Namun, ada juga kes di mana keadaan buah pinggangnya boleh kembali pulih seperti sebahagian kes kegagalan buah pinggang akut.

Proses biasa untuk buah pinggang

Jadi anda sudah memahami apa itu dialisis, ia adalah rawatan untuk individu yang mengalami masalah buah pinggang.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kaedah rawatan tersebut, disyorkan untuk bertanyakan dengan lebih lanjut kepada doktor yang merawat.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Dialysis – https://www.kidney.org/atoz/content/dialysisinfo, Accessed Jul 23 2020.
  2. What Is Dialysis?, https://homedialysis.org/home-dialysis-basics/what-is-dialysis, Accessed Jul 23 2020.
  3. Dialysis, https://medlineplus.gov/dialysis.html, Accessed Jul 23 2020.
  4. Dialysis, https://www.nhs.uk/conditions/dialysis/, Accessed Jul 23 2020.
  5. What is Dialysis?, https://www.news-medical.net/health/What-is-Dialysis.aspx, Accessed Jul 23 2020.

 

Versi Terbaru

14/02/2023

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Dialisis, Rawatan Untuk Pesakit Buah Pinggang Yang Berkos Tinggi, Ada Alternatif Lain Ke?

7 Tabiat Yang Tanpa Sedar Boleh Buat Buah Pinggang Rosak! Awasi #4 Ya?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 14/02/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan