home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Gout dan Artritis Reumatoid: Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Gout dan Artritis Reumatoid: Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Sakit gout adalah jenis artritis yang sangat menyakitkan dan berlaku terutamanya dalam sendi jari kaki.

Ia juga boleh menyerang bahagian atas kaki dan buku lali. Kadang-kadang, ia boleh juga menyebabkan rasa sakit sendi lain di dalam badan.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Tulang/Otot, sila dapatkannya di sini.

sakit gout

Sakit gout dikaitkan dengan pengambilan secara berlebihan makanan dan minuman tertentu yang menyebabkan muncul rasa sakit.

Apa itu artritis reumatoid?

Artritis reumatoid (RA) adalah penyakit auto imun yang menyebabkan sendi di seluruh badan menjadi radang, kaku, menyakitkan dan bengkak. Ia boleh menyebabkan kerosakan, lumpuh dan kekal sebegitu.

Menurut American College of Rheumatology, sekitar 1.3 juta rakyat Amerika mempunyai Artritis reumatoid (RA).

RA juga merupakan penyakit sistemik. Ini bermakna ia boleh menjejaskan bahagian tubuh yang lain, seperti organ.

Akibatnya, orang yang mengalami RA mempunyai risiko penyakit jantung yang lebih tinggi daripada mereka yang tidak mengalaminya.

Perbezaan sakit gout dan artritis reumatoid

sakit gout

Penyakit ini mungkin kelihatan dan dirasakan sama tetapi ia mempunyai sebab dan kecenderungan yang berbeza.

Akibat perbezaan ini, orang yang mempunyai RA juga boleh mengalami gout dan sebaliknya.

Berat berlebihan boleh menekan sendi pinggul, lutut dan pergelangan kaki hingga menyebabkan RA menjadi teruk.

Sebaiknya, kekalkan berat badan anda di bawah kawalan dengan pengambilan makanan seimbang dan sihat setiap hari.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Rheumatoid Arthritis vs. Gout: How to Know What You Have https://www.healthline.com/health/rheumatoid-arthritis-vs-gout Accessed Jun 1, 2018.
  2. https://www.medicalnewstoday.com/articles/323421
  3. https://specials.verywellhealth.com/verywell-informed/using-telehealth-for-rheumatoid-arthritis
  4. https://www.tristatearthritis.com/arthritis/what-is-osteoarthritis-rheumatoid-arthritis-and-gout-and-how-can-they-be-treated-see-diagram-and-video/
  5. https://www.arthritis.org/diseases/more-about/is-it-rheumatoid-arthritis-or-gout
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Farah Aziz Disemak pada 3 minggu lalu
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel