backup og meta

Kena Baca Artikel Ini Kalau Nak Tahu Tanda Hati Bermasalah Atau Tidak!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/01/2022

    Kena Baca Artikel Ini Kalau Nak Tahu Tanda Hati Bermasalah Atau Tidak!

    Hati mempunyai fungsi penting dalam tubuh. Jika ia tidak dapat berfungsi dengan baik, wujud risiko masalah kesihatan. Jadi bagaimana untuk mengetahui gejala hati bermasalah?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

    Gejala hati bermasalah

    Hati adalah organ berwarna coklat kemerahan, berbentuk seakan kon yang berada pada bahagian kanan atas abdomen.

    Ia merupakan organ yang mempunyai pelbagai peranan penting di dalam tubuh.

    Antaranya seperti:

    Hati yang berfungsi dengan baik dapat menyembuhkan dirinya sendiri apabila rosak, hebatkan?

    gejala hati bermasalah

    Namun, jika anda mengalami kesakitan hati, ia mungkin merupakan tanda keadaan kesihatan lebih serius.

    Ia mungkin tanda masalah hati yang berbahaya dan boleh mengancam nyawa anda!

    Tanda masalah hati

    Tanda masalah hati pada bahagian atas perut adalah salah satu gejala utama yang berpotensi serius.

    Faktor risiko berikut boleh meningkatkan peluang anda untuk menghidap masalah kesihatan berkaitan hati.

    • Pendedahan toksin – Sebilangan bahan kimia isi rumah boleh masuk ke dalam aliran darah dan merosakkan hati anda. Toksin juga boleh berasal daripada racun perosak yang digunakan pada makanan atau sebatian di persekitaran tempat kerja
    • Makanan tambahan – Pelbagai ramuan dan makanan tambahan boleh menyebabkan gejala hati bermasalah
    • Pengambilan alkohol – Meminum alkohol terlalu banyak boleh menyebabkan hati anda  membengkak, mengakibatkan parut dan kerosakan kekal mungkin boleh terjadi
    • Keadaan kesihatan lain yang boleh meningkatkan risiko masalah hati berpotensi termasuk berat badan berlebihan, diabetes atau kadar kolesterol tinggi
    • Anda juga lebih terdedah untuk mengalami masalah hati jika terdapat sejarah penyakit hati dalam keluarga

    Jenis penyakit hati

    Terdapat beberapa jenis penyakit hati yang simptomnya melibatkan kesakitan pada hati.

    #Hepatitis

    Merupakan keradangan yang disebabkan oleh jangkitan atau kecederaan.

    Beberapa virus berlainan boleh menyebabkan virus hepatitis A,B,C, D dan E.

    Anda juga boleh dijangkiti hepatitis kesan pengambilan alkohol secara berlebihan atau memakan sesuatu yang mengandungi toksin.

    Terdapat juga keadaan di mana seseorang individu mengalami hepatitis autoimun, iaitu sistem kekebalan tubuh menyerang hati mereka. 

    Gejala hepatitis yang biasa termasuk:

    • Keletihan
    • Sakit perut
    • Air kencing gelap
    • Sakit sendi
    • Kurang selera makan
    • Demam
    • Kulit dan putih mata kekuningan

    gejala hati bermasalah

    Gejala hati bermasalah #Sirosis

    Sirosis hati adalah keadaan perubatan di mana hati akan berparut dan mengalami kerosakan kekal.

    Ini mengakibatkan tisu parut mengatasi tisu hati yang sihat.

    Tisu berparut boleh menyekat aliran darah yang normal. Hati juga mungkin tidak lagi mampu melakukan fungsi rutin seperti memproses nutrien dan menghasilkan protein penting.

    Sirosis hati yang berterusan boleh menyebabkan kegagalan hati.

    Baca juga:

    #Kanser hati

    Kanser hati primer adalah jenis barah yang bermula di hati. Beberapa jenis barah dapat menghasilkan simptom kesakitan pada hati 

    Hepatoselular karsinoma (HCC) 

    HCC adalah jenis barah hati yang biasa dijumpai pada individu dewasa. Ia boleh bermula sebagai tumor di hati dan terus berkembang.

    Jenis HCC lain boleh menghasilkan nodul kecil pada pelbagai bahagian di hati. 

    Kanser hati jenis ini biasanya berkembang pada mereka yang mengalami sirosis tahap lanjut.

    Kanser saluran hempedu

    Barah ini mula terbentuk di sel saluran hempedu yang terdapat di dalam dan di luar hati.

    Angiosarcoma

    Antara jenis barah hati yang jarang berlaku.

    Ia terbentuk di lapisan dalam saluran darah dan saluran limfa daripada pelbagai organ, termasuk hati.

    Hepatoblastoma

    Merupakan barah hati yang jarang berlaku. 

    Gejala hati bermasalah ini boleh berkembang pada kanak-kanak berusia 4 tahun dan ke bawah.

    Kanser hati metastatik

    Jenis barah ini merebak ke hati daripada kanser yang pada awalnya berkembang di bahagian tubuh lain.

    Melakukan diagnosis

    Anda harus membuat temu janji dengan doktor untuk mengetahui punca kesakitan hati yang berterusan.

    gejala hati bermasalah

    Mereka akan berkemungkinan melakukan pemeriksaan penuh kepada anda.

    Selain itu, anda juga mungkin diarahkan untuk menjalani ujian diagnostik tambahan bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai keadaan diri, termasuklah:

    • Imbasan tomografi abdomen (CT)
    • Ultrabunyi abdomen
    • Elastography
    • Ujian Gamma-glutamyl transferase (GGT)

    Rawatan untuk gejala hati bermasalah

    Rawatan yang akan dilakukan adalah bergantung kepada penyebab dan tanda masalah hati yang dialami.

    Contohnya, jika minum berlebihan menyebabkan kerosakan hati yang membawa kepada sirosis, doktor mungkin akan mengesyorkan agar anda berhenti mengambil minuman alkohol.

    Gejala hati bermasalah juga dapat diatasi dengan menurunkan berat badan atau melalui pengurusan diabetes yang betul.

    Sekiranya didiagnosis menghidap barah hati, rawatan anda mungkin terdiri daripada kemoterapi, radiasi atau pembedahan untuk menguruskan sel barah.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/01/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan