Tiada salahnya untuk memakan buah nenas semasa mengandung namun anda perlu mengehadkan pengambilannya. Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui mengenai tempoh gugur makan nanas.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Tiada salahnya untuk memakan buah nenas semasa mengandung namun anda perlu mengehadkan pengambilannya. Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui mengenai tempoh gugur makan nanas.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Sebelum bercakap mengenai tempoh gugur makan nanas, jom kita fahami secara ringkas boleh atau tidak untuk ibu hamil memakan buah nanas ini.
Pengambilan buah-buahan semasa tempoh kehamilan amat disarankan kerana ia menawarkan manfaat kesihatan secara keseluruhan, bukan sahaja buat bakal ibu tetapi juga bayi dalam kandungan.
Pun begitu, seperti mana kita disarankan untuk tidak makan secara berlebihan, pengambilan buah-buahan juga perlu ada hadnya. Antara buah yang perlu dikawal pengambilannya adalah buah nanas.
Banyak andaian mengenai buah ini yang sering diperkatakan, seperti makan nanas boleh gugur ke?
Secara amnya, pengambilan nenas semasa mengandung adalah selamat dan risiko untuk mengalami keguguran adalah rendah.
Pun begitu, bakal ibu dinasihatkan untuk mengurangkan kadar pengambilannya, khususnya pada trimester pertama.
Nenas gugurkan kandungan? Nenas boleh menyebabkan keguguran?
Di sebalik mitos mengenai keburukan nanas yang sering diperkatakan, ternyata buah ini mempunyai banyak vitamin yang baik di dalamnya.
Bermula dengan vitamin A, B1, B2, B3, B6, asid folik serta kandungan vitamin C yang tinggi, buah ini juga rendah kalori. Nanas turut kaya mineral seperti zat besi, zink, kalium, kalsium, magnesium dan fosforus.
Nanas juga mengandungi enzim yang dikenali sebagai bromelain. Dalam jumlah yang tinggi, enzim ini boleh mengakibatkan kontraksi.
Fungsi enzim ini adalah untuk memecahkan protein sehingga boleh mengakibatkan berlakunya pendarahan tidak normal. Mungkin kerana ini ia dikaitkan dengan tempoh gugur makan nanas. Ini kerana janin itu sendiri terdiri daripada protein.
Pun begitu, untuk kontraksi berlaku daripada pengambilan buah nanas, seorang wanita hamil perlu memakan tujuh biji buah nanas yang besar!
Memakan nanas dalam jumlah yang begitu banyak, sudah tentu boleh mendatangkan komplikasi kesihatan seperti sakit perut, cirit-birit dan masalah penghadaman lain.
Ini bermakna, kandungan bromelain dalam nanas adalah kecil dan pengambilannya dalam kuantiti yang sedikit tidak mungkin akan mempengaruhi kehamilan.
Tetapi apakah simptom yang perlu ibu perhatikan untuk mengetahui sama ada boleh menyebabkan keguguran atau tidak?
Jika anda menggemari buah nanas, berikut beberapa kesan yang boleh berlaku:
Keguguran berlaku apabila janin keluar sebelum tarikh anggaran bersalin atau pada usia kehamilan kurang daripada 20 minggu.
Keguguran itu sebenarnya boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor seperti:
Pengambilan nanas secara berlebihan juga boleh menjadi antara punca berlakunya keguguran.
Selepas pengambilan nanas, adakah anda merasakan faraj mengeluarkan lendir yang luar biasa dan tidak pernah dialami sebelum ini? Jika ia berlaku, itu mungkin tanda keguguran yang perlu anda awasi.
Jika dimakan secara berlebihan, enzim bromelain boleh menyebabkan serviks lembut. Enzim pemecah protein ini boleh terkumpul dalam kuantiti yang banyak pada tubuh dan merangsang serviks.
Selain menjadi penyumbang keguguran, ia juga boleh mengakibatkan kelahiran pramatang.
Selain boleh meningkatkan risiko bahaya kepada janin, bakal ibu yang makan nenas semasa mengandung secara berlebihan juga boleh mengakibatkan ketidakselesaan perut.
Anda berisiko mengalami gangguan pencernaan seperti pedih ulu hati dan meningkatkan pengeluaran asid perut kerana kandungan asid dalam nanas.
Bakal ibu perlu berhati-hati dengan pengambilan nanas, terutamanya jika anda tidak pernah memakannya sebelum ini.
Anda boleh mengalami alahan kerana pada batang nanas terdapat kandungan lateks punca kegatalan, mulut bengkak, asma atau hidung tersumbat.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen