Sesiapa sahaja boleh mengalami masalah hidung tersumbat. Jangan risau! Ada beberapa jenis ubat farmasi dan petua-petua yang boleh membantu mengatasi masalah hidung tersumbat.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Sesiapa sahaja boleh mengalami masalah hidung tersumbat. Jangan risau! Ada beberapa jenis ubat farmasi dan petua-petua yang boleh membantu mengatasi masalah hidung tersumbat.
Hidung tersumbat ialah rasa sesak dan ketidakselesaan di dalam hidung. Masalah ini boleh berlaku untuk seketika atau berpanjangan, bergantung kepada puncanya 1.
Jangkitan seperti selesema, flu, sinusitis atau alahan merupakan antara faktor-faktor utama masalah hidung tersumbat berlaku. Perengsa seperti asap rokok atau asap kenderaan turut menjadi punca kepada masalah ini. Hidung tersumbat yang diakibatkan oleh perengsa boleh menyebabkan rinitis alahan atau rinitis bukan alahan 2.
Kesesakan hidung ialah tanda pertama yang menunjukkan badan sedang melawan jangkitan virus atau bakteria. Apabila masalah hidung tersumbat terjadi, anda boleh mengalami gejala-gejala lain seperti 3:
Hidung tersumbat boleh terjadi akibat rinitis alahan atau rinitis bukan alahan.
Maksud alergi ialah apabila badan bertindak balas terhadap alergen – bahan yang boleh menyebabkan alahan. Contoh-contoh alergen ialah 4:
Kondisi ini berlaku apabila cecair terkumpul di dalam hidung dan menyebabkan keradangan seterusnya menjadi punca hidung tersumbat.
Keradangan juga boleh berlaku jika anda dijangkiti virus atau terdedah kepada 3,5:
Kualiti hidup terjejas kesan daripada hidung tersumbat
Masalah rinitis bukan sesuatu yang serius. Meskipun begitu, rinitis akan menjejaskan kualiti hidup anda.
Hidung yang tersumbat boleh mengganggu tidur dan menyebabkan keletihan di siang hari 6.
Kanak-kanak pula boleh mengalami pernafasan tidak teratur, dengkuran dan apnea tidur obstruktif.
Secara tidak langsung, masalah ini akan menjejaskan prestasi pembelajaran atau produktiviti di tempat kerja.
Terdapat beberapa petua dan rawatan bagi masalah ini 1, 3, 7 . Pastikan saluran hidung dan sinus kekal lembap.
Ramai yang tersalah anggap bahawa udara kering membantu mengatasi masalah hidung berair. Namun yang demikian, udara kering sebenarnya memburukkan lagi keadaan ini.
Untuk memastikan saluran hidung sentiasa lembap, lakukan perkara-perkara berikut:
Terdapat beberapa jenis ubat tanpa preskripsi atau over-the-counter (OTC) yang dapat membantu meringankan gejala, seperti:
Anda sudah mengetahui maksud alergi yang menjadi punca hidung tersumbat. Jika ketidakselesaan hidung ini disebabkan oleh alahan, antihistamina ialah penawarnya.
Sesetengah antihistamina boleh membuatkan anda mengantuk. Oleh yang demikian, pastikan anda mengambilnya dengan berhati-hati. Jangan memandu setelah mengambil ubat ini.
Salap yang mengandungi kapur barus boleh melancarkan pernafasan. Sapu pada bahagian dada atau atas bibir. Terdapat juga jenis yang boleh dicampur dengan air suam dan disedut wapnya.
Alat semburan hidung dapat membantu mengurangkan bengkak dan sumbatan di dalam hidung 8. Alat ini juga boleh mengekalkan kelembapan di dalam hidung dan mencegah jangkitan virus serta alahan.
Terdapat alat semburan hidung yang mampu mencegah dan mengurangkan tindak balas alahan, terutamanya yang disebabkan oleh debunga bawaan udara, hama atau bulu haiwan.
Selain itu, di dalam pasaran, terdapat alat semburan hidung yang tidak mengandungi bahan aktif atau pengawet. Alat ini juga dapat membantu mengekalkan kelembapan saluran hidung.
Alat semburan hidung yang memberi perlindungan sekurang-kurangnya 3 jam pastinya bermanfaat untuk melegakan gejala dan melindungi pengguna bagi tempoh yang lebih lama. Pastikan anda hanya membeli alat dengan ciri tersebut.
Kini anda sudah mengetahui maksud alergi, punca-punca ketidakselesaan hidung dan rawatan yang bersesuaian. Jika petua di atas tidak berkesan bagi mengatasi masalah hidung tersumbat, anda disarankan untuk mendapatkan konsultasi dan pemeriksaan lanjut daripada doktor yang bertauliah. Terus ke klinik atau hospital yang berhampiran sekiranya keadaan anda bertambah teruk sehingga menjejaskan aktiviti harian!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen