Buat mereka yang pertama kali hamil, anda mestilah mengetahui ciri ciri keguguran yang boleh berlaku sebagai langkah persediaan. Berikut ialah tanda keguguran yang perlu anda perhatikan.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Buat mereka yang pertama kali hamil, anda mestilah mengetahui ciri ciri keguguran yang boleh berlaku sebagai langkah persediaan. Berikut ialah tanda keguguran yang perlu anda perhatikan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Ia biasanya berlaku pada trimester pertama, atau tiga bulan pertama semasa kehamilan.
Namun, apabila anda mengetahui ciri ciri keguguran, tanda keguguran dan penyebabnya, ia dapat membantu anda memahami masalah kehamilan ini dengan lebih baik dan mendapatkan sokongan atau rawatan yang mungkin diperlukan.
Tanda keguguran boleh berlaku dalam keadaan yang berbeza-beza, bergantung pada tahap kehamilan anda.
Dalam beberapa kes, ciri ciri keguguran berlaku dengan begitu cepat sehingga anda mungkin tidak mengetahui bahawa anda sedang hamil sebelum ciri-ciri keguguran berlaku.
Kebanyakan kes keguguran berlaku sebelum minggu ke-12 kehamilan.
Antara tanda keguguran atau ciri ciri keguguran yang boleh berlaku adalah:
Berjumpa doktor dalam kadar segera sekiranya anda mengalami tanda-tanda keguguran ini semasa mengandung.
Anda juga boleh mengalami gejala seperti ini tanpa mengalami keguguran.
Untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat, doktor akan melakukan ujian dan pemeriksaan.
Perlu juga diingat bahawa kebanyakan wanita yang mengalami pendarahan faraj pada trimester pertama mengalami kehamilan yang berjaya.
Masalah keguguran yang berlaku boleh berpunca daripada dua sebab utama iaitu:
#1. Kromosom atau gen yang tidak normal
Sebilangan besar masalah keguguran berlaku kerana janin dalam kandungan tidak berkembang secara normal.
Kira-kira 50 peratus keguguran dikaitkan dengan kromosom tambahan atau kehilangan kromosom.
Kebiasaannya, masalah kromosom berpunca daripada kesilapan yang berlaku secara kebetulan ketika embrio membelah dan membesar, dan ia bukanlah masalah yang diwarisi daripada ibu bapa.
Kecacatan kromosom boleh menyebabkan beberapa perkara seperti:
Kehamilan molar separa berlaku ketika kromosom ibu tetap ada, tetapi ayah menyediakan dua set kromosom.
#2. Keadaan kesihatan ibu hamil
Selain daripada masalah berkaitan kromosom dan gen, ia juga boleh berlaku disebabkan tahap kesihatan ibu hamil itu sendiri.
Antara contoh keadaan kesihatan yang boleh menyebabkan masalah keguguran seperti jangkitan, diabetes yang tidak terkawal dan masalah hormon.
Begitu juga dengan masalah serviks dan uterus serta penyakit tiroid yang juga menyebabkan keguguran janin.
Ada beberapa aktiviti yang sering disalah anggap boleh menyebabkan keguguran.
Aktiviti-aktiviti tersebut seperti bersenam, melakukan hubungan intim dan bekerja.
Kesemua ini tidak mengakibatkan keguguran seperti yang kita sangka sebelum ini.
Terdapat pelbagai jenis keguguran yang boleh berlaku iaitu:
Anda tidak boleh mencegah keguguran daripada berlaku, namun anda boleh menjaga kesihatan diri dan kandungan dengan cara berikut:
Bagi kaedah rawatan pula, doktor mungkin akan menggunakan mesin ultrabunyi bagi mengesan kewujudan embrio sama ada ia telah mati atau tidak pernah terbentuk.
Sekiranya tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan, anda hanya perlu membiarkan keguguran berlaku secara semula jadi.
Biasanya ini berlaku dalam tempoh beberapa minggu setelah menentukan bahawa embrio telah mati.
Sekiranya anda mahu mempercepatkan prosesnya, penggunaan ubat-ubatan boleh membantu tubuh mengeluarkan tisu kehamilan dan plasenta.
Doktor mungkin mengesyorkan kemasukan ubat melalui faraj untuk meningkatkan keberkesanannya dan mengurangkan kesan sampingan seperti loya dan cirit-birit.
Rawatan ini berfungsi dalam tempoh masa 24 jam. Kaedah lain yang boleh digunakan ialah melalui prosedur pembedahan kecil yang disebut sebagai pembedahan D&C.
Pembedahan ini dilakukan sekiranya anda mengalami keguguran beserta pendarahan yang banyak atau menunjukkan tanda-tanda jangkitan.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen