Apabila buah pinggang (ginjal) anda tidak lagi berupaya untuk menapis darah menyebabkan bahan kumuh berkumpul di dalam badan, anda sedang mengalami keadaan kesihatan yang dikenali sebagai kegagalan buah pinggang.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Apabila buah pinggang (ginjal) anda tidak lagi berupaya untuk menapis darah menyebabkan bahan kumuh berkumpul di dalam badan, anda sedang mengalami keadaan kesihatan yang dikenali sebagai kegagalan buah pinggang.
Bagi memahami kepentingan organ tersebut kepada setiap manusia, berikut merupakan fakta ringkas berkenaan dengannya:
Apabila anda mengalami masalah kegagalan buah pinggang, organ tersebut tidak lagi berfungsi seperti sediakala.
Secara umumnya, terdapat dua jenis kegagalan buah pinggang; akut dan kronik.
Apabila buah pinggang anda tidak berupaya untuk menapis bahan kumuh di dalam darah secara tiba-tiba, ia dikenali sebagai kegagalan buah pinggang akut.
Jenis kegagalan organ ini boleh berlaku pada kadar yang sangat cepat dan kebiasaannya ia terjadi pada mereka yang sudah dimasukkan ke dalam hospital.
Mereka yang mengalaminya memerlukan rawatan intensif.
Walau bagaimanapun, keadaan kesihatan ini boleh pulih terutamanya jika anda mempunyai tahap kesihatan yang sangat baik.
Seperti yang telah disebutkan tadi, kegagalan buah pinggang akut boleh berlaku dalam masa yang singkat.
Apabila kita bandingkan dengan keadaan kronik pula, buah pinggang mereka yang mengalaminya akan hilang fungsi secara perlahan-lahan.
Ramai orang mungkin tidak sedar akan gejala kegagalan buah pinggang kronik pada peringkat awal.
Mereka hanya akan mengalami simptom apabila kerosakan yang dialami berada pada tahap yang teruk.
Terdapat individu yang langsung tidak mengalami sebarang simptom terutamanya jika mereka berada di peringkat awal buah pinggang gagal berfungsi.
Pun begitu, antara simptom yang boleh dialami oleh pesakit adalah seperti berikut:
Simptom lain yang boleh dialami bersama dengan gejala kegagalan ginjal adalah:
Simptom yang anda alami boleh jadi berbeza mengikut tahap keterukan kegagalan ginjal.
Istilah kegagalan buah pinggang mempunyai konteks yang luas.
Ia boleh disebabkan oleh pelbagai jenis faktor dan keadaan kesihatan. Punca itulah yang kebiasaannya akan menentukan jenis kegagalan buah pinggang yang dialami penghidap.
Berikut merupakan antara punca yang boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang.
Anda berisiko untuk mengalami komplikasi bagi masalah kegagalan buah pinggang jika ia tidak dirawat dengan sebaiknya.
Berikut merupakan komplikasi yang boleh anda alami:
Lazimnya, fungsi buah pinggang seseorang boleh dilihat melalui ujian darah yang mengukur paras kreatinin di dalam darah.
Jika nilainya tinggi, ia bermakna buah pinggang anda tidak berfungsi dengan baik.
Keputusan ini boleh memberi petanda akan kegagalan buah pinggang walaupun pesakit tidak mengalami sebarang simptom.
Doktor anda juga mungkin akan melakukan ujian imbasan dan air kencing.
Jika keadaan begitu teruk, pengambilan sampel tisu buah pinggang (biopsi) juga boleh dilakukan.
Bergantung kepada jenis kegagalan buah pinggang, rawatan boleh berbeza mengikut keperluan pesakit.
Pada kebanyakan masa, doktor mungkin hanya mempreskripsikan rawatan bagi keadaan kesihatan kronik atau komplikasi yang anda alami.
Jika buah pinggang anda tidak berupaya untuk berfungsi seperti normal, anda mungkin memerlukan dialisis.
Ia merupakan sejenis rawatan yang lazim diberikan kepada mereka yang menghidap kegagalan buah pinggang peringkat akhir.
Pun begitu, mereka yang mengalami masalah buah pinggang akut turut memerlukan dialisis pada keadaan tertentu untuk membuang toksin di dalam badan mereka semasa organ tersebut sedang kembali pulih.
Dalam kes yang lebih serius, anda mungkin memerlukan pendekatan yang lebih ekstrem untuk merawat masalah buah pinggang anda.
Sebagai contoh, ada pesakit yang memerlukan pemindahan buah pinggang bagi memperbaharui fungsi organ.
Mereka perlu mengambil ubat seumur hidup agar badan tidak menolak buah pinggang tersebut.
Jika anda pernah mengalami sebarang simptom yang tersenarai di atas, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor.
Amalan langkah pencegahan kegagalan ginjal atau rawatan pada peringkat awal boleh menghindarkan komplikasi serius.
Walaupun sukar untuk kita meramalkan risiko buah pinggang gagal berfungsi, terdapat beberapa langkah yang boleh menurunkan kebarangkaliannya daripada berlaku.
Antaranya adalah:
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen