backup og meta

Rawatan Dan Diagnosis Untuk Penyakit Batu Karang

Rawatan Dan Diagnosis Untuk Penyakit Batu Karang

Penyakit batu karang mempunyai rawatan dan diagnosis yang tersendiri. Selalunya, pesakit yang mempunyai penyakit ini akan dirawat berdasarkan jenis, lokasi dan juga saiz batu karang yang mereka alami. Diharap penawar batu karang yang kami kongsikan ini boleh membantu anda. 

Mari ketahui informasi mengenai penyakit dan penawar batu karang dalam artikel di bawah.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Batu Karang, sila dapatkannya di sini. 

Diagnosis dan penawar batu karang

penawar batu karang

1. Pemeriksaan

Sebelum melakukan sebarang rawatan, doktor akan melakukan beberapa pemeriksaan seperti ujian darah, ujian air kencing, pengimejan menggunakan X-ray dan CT scan, serta analisis batu karang untuk membantu diagnosis.

Ujian darah boleh mengesan sama ada pesakit mempunyai kalsium atau asid urik yang berlebihan di dalam darah. Selain itu, ujian yang sama juga membolehkan doktor menilai kesihatan buah pinggang pesakit.

Selain itu, pesakit yang mengalami batu karang untuk pertama kali amat digalakkan untuk melakukan analisis batu karang.

Disebabkan pesakit batu karang berisiko untuk membentuk batu karang lagi pada masa hadapan, penting untuk pesakit melakukan analisis batu karang untuk mengenal pasti jenis batu karang tersebut.

Selepas mengenal pasti jenis batu karang, doktor boleh mencadangkan langkah intervensi yang sesuai seperti perubahan dari segi diet dan sebagainya untuk menjadi penawar batu karang dan mengelakkan penyakit ini daripada berulang semula pada masa hadapan. 

2. Diagnosis batu karang menggunakan CT scan

Ujian pengimejan menggunakan CT scan merupakan satu cara yang efektif untuk mengesan kehadiran batu karang di dalam tubuh pesakit, lebih-lebih lagi batu karang yang bersaiz kecil.

Jika pesakit mempunyai kondisi lain atau penyakit lain yang menyebabkan mereka mengalami batu karang, ujian CT juga boleh digunakan untuk mengesan penyakit tersebut.

Oleh sebab itu, imbasan CT digunakan secara lebih kerap berbanding X-ray yang hanya mampu mengesan batu karang yang bersaiz besar.

3. Diagnosis batu karang dengan imbasan ultrasound (Ultrasonography)

Walaupun CT scan merupakan langkah yang terbaik untuk mengesan batu karang, kadangkala doktor akan menggunakan alternatif lain seperti imbasan ultrasound yang lebih murah dan tidak melibatkan sebarang radiasi.

Sama seperti imbasan CT, imbasan ultrasound juga boleh digunakan untuk menentukan saiz dan lokasi batu karang di dalam buah pinggang atau pundi kencing.

Selain itu, kondisi seperti obesiti atau gas di dalam usus (intestinal gas) mungkin boleh mengganggu keputusan ujian.

Baca juga:

4. Diagnosis batu karang dengan imbasan X-ray

Seperti yang dibincangkan sebelum ini, imbasan X-ray juga boleh digunakan untuk mengesan batu karang. 

Walau bagaimanapun, imbasan ini kurang efektif jika dibandingkan dengan imbasan CT atau imbasan ultrasound.

5. Excretory urography 

Urography merupakan sejenis kaedah pengimejan yang digunakan untuk mengesan kehadiran darah di dalam urin atau batu karang di dalam pundi kencing dan buah pinggang. 

Urography selalunya dilakukan bersama imbasan CT (computed tomography) atau MRI (magnetic resonance imaging). Kaedah ini sangat efektif untuk mengesan sebarang masalah pada saluran urinari. 

6. Ujian air kencing

penawar batu karang

Ujian air kencing dilakukan untuk mengenal pasti sama ada pesakit mengkumuhkan terlalu banyak mineral yang boleh menggalakkan pembentukan batu karang. Untuk ujian ini, doktor mungkin akan minta pesakit melakukan ujian yang sama sebanyak dua kali.

Selain itu, ujian urin juga boleh mengesan jangkitan saluran kencing (UTI) yang boleh menyebabkan atau disebabkan oleh batu karang.

7. Analisis yang bersesuaian untuk mengetahui penawar batu karang

Doktor juga akan melakukan analisis terhadap air kencing untuk mengesan sel darah merah, sel darah putih atau nitrit di dalam urin pesakit.

Jika ada sebarang sel darah putih atau nitrit dikesan di dalam air kencing, ini mungkin menandakan kewujudan jangkitan bakteria. Darah merah pula menunjukkan kehadiran batu karang di dalam saluran air kencing pesakit.

Selain itu, pH air kencing pesakit juga akan diuji. Bacaan pH yang lebih daripada 7 menunjukkan kewujudan organisma seperti Proteus spp yang berkemungkinan menunjukkan pesakit menghidap jangkitan saluran kencing (UTI).

Proteus spp boleh menguraikan urea kepada ammonia dan karbon dioksida melalui proses hidrolisis. Ini akan menyebabkan pH air kencing pesakit untuk menjadi lebih alkali. Bacaan pH yang lebih rendah daripada 5 pula menunjukkan kehadiran batu karang jenis asid urik.

8.Rawatan batu karang dengan pemberian ubat tahan sakit

Setelah didiagnosis dengan batu karang, doktor mungkin akan memberikan preskripsi ubat tahan sakit untuk kegunaan pesakit lebih-lebih lagi jika mereka menghidap kolik renal.

9. Merangka strategi untuk mengeluarkan batu karang

Jika batu karang boleh dikeluarkan dengan sendirinya, pesakit mungkin tidak memerlukan sebarang rawatan lain. 

Oleh sebab itu, kadangkala doktor akan mencadangkan agar pesakit minum air dengan banyak sebagai penawar untuk bantu mengeluarkan batu karang daripada sistem urinari pesakit. Minum air dengan banyak merupakan penawar batu karang yang sangat mujarab. 

Jika boleh, pesakit digalakkan untuk membuang air kecil di dalam penapis teh supaya sebarang batu karang yang keluar boleh disimpan untuk analisis.

Ubat-ubatan juga akan diberikan kepada pesakit bergantung kepada jenis batu karang yang dialami. 

Penawar batu karang 10: Prosedur stone-bypass

Kadangkala, apabila batu karang tersumbat pada saluran kencing, doktor akan masukkan tiub kecil (stent) secara sementara ke dalam ureter. 

Kemudiannya, tiub tersebut akan dibiarkan di posisi tersebut sehinggalah batu karang boleh dibuang dengan cara pembedahan.

Penawar batu karang 11: Shock wave lithotripsy (SWL)

Batu karang boleh dipecahkan menggunakan gelombang bunyi dengan prosedur yang dikenali dengan nama shock wave lithotripsy. Prosedur ini dapat memecahkan batu karang kepada cebisan yang lebih kecil.

Selalunya, prosedur ini dilakukan untuk membuang batu karang yang menyebabkan: 

Dengan melakukan prosedur ini, cebisan batu karang yang lebih kecil akan mudah untuk keluar melalui saluran kencing pesakit. Selalunya, prosedur ini akan mengambil masa selama 45 minit hingga 1 jam.

Penawar batu karang 12: Pembedahan batu karang 

penawar batu karang

Ada batu karang yang mempunyai saiz yang besar dan sukar untuk dikumuhkan secara semula jadi. Jika ini yang berlaku, doktor akan membuang batu karang tersebut dengan cara pembedahan.

Ureteroscopy merupakan salah satu prosedur yang boleh digunakan untuk membuang batu karang. Doktor akan menggunakan skop yang halus dan nipis untuk mencari dan mengeluarkan batu tersebut. 

Semasa prosedur ini dilakukan, pesakit akan berada di bawah anastesia. Skop tersebut akan dimasukkan melalui pundi kencing dan ureter hingga ke bahagian buah pinggang. 

Selain itu, untuk pesakit yang menghidap hipertiroidsme pula, mereka mungkin perlu melakukan pembedahan untuk membuang kelenjar paratiroid.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Proteus species. http://www.antimicrobe.org/b226.asp. Accessed December 14, 2020.
  2. Ultrasound vs. CT as Initial Test for Kidney Stones. https://www.kidneynews.org/kidney-news/findings/ultrasound-vs-ct-initial-test-for-kidney-stones. Accessed December 14, 2020.
  3. Kidney stones – Diagnosis. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/kidney-stones/diagnosis-treatment/drc-20355759. Accessed December 14, 2020.
  4. Lithotripsy. https://medlineplus.gov/ency/article/007113.htm. Accessed December 14, 2020.
  5. Treatment. https://www.nhs.uk/conditions/bladder-stones/treatment/. Accessed December 14, 2020.
  6.  Diagnosis of Kidney Stones. https://www.niddk.nih.gov/health-information/urologic-diseases/kidney-stones/diagnosis. Accessed December 14, 2020.
  7. Treatment for Kidney Stones. https://www.niddk.nih.gov/health-information/urologic-diseases/kidney-stones/treatment. Accessed December 14, 2020.

Versi Terbaru

09/01/2023

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

10 Punca & Faktor Risiko Penyakit Batu Karang, Sila Alert Dengan Penyebab Ini

Jangan Ambil Ringan Jika Kencing Warna Pink & Berbau Busuk. Ini Adalah Tanda Batu Karang!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 09/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan