Sesetengah individu mungkin tidak menyedari bahawa diri mereka sedang mengalami masalah kencing kotor atau UTI. Apakah sebenarnya kencing kotor ini dan berapa lama kencing kotor sembuh?
Ikuti soal jawab yang kami sediakan di bawah ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Masalah Urologi, sila dapatkannya di sini.
Apa itu kencing kotor?
Dalam dunia perubatan, masalah kencing kotor dikenali sebagai jangkitan saluran kencing atau ringkasnya UTI.
Jangkitan ini berlaku apabila bakteria memasuki saluran kencing.
Ia boleh berlaku di mana-mana bahagian sistem kencing termasuklah pundi kencing, uretra, buah pinggang dan ureter.
UTI adalah salah satu jangkitan yang paling kerap berlaku dan boleh menyebabkan gejala seperti sakit semasa kencing, kekerapan kencing yang meningkat dan rasa terbakar semasa kencing.
Berapa lama kencing kotor sembuh?
Berapa lama kencing kotor sembuh? Kebiasaannya, kes-kes UTI ringan boleh sembuh dalam masa 2 hingga 3 hari sahaja.
Walau bagaimanapun, jika jangkitan yang berlaku itu lebih serius atau melibatkan buah pinggang, ia mungkin memerlukan masa yang lebih lama untuk sembuh.
Oleh sebab itu, amat penting untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan secepat mungkin bagi mengelakkan sebarang komplikasi.
Makanan yang perlu dielakkan ketika kencing kotor
Jika anda menghidap UTI, cuba elakkan pengambilan makanan dan minuman yang boleh menyebabkan pundi kencing mengalami iritasi atau keradangan.
Ini termasuklah kopi, minuman beralkohol, minuman berkarbonat dan makanan yang pedas.
Selain itu, pengambilan gula secara berlebihan juga boleh menyebabkan pertumbuhan bakteria dan memburukkan lagi keadaan UTI.
Elakkan juga makanan yang tinggi kandungan lemak terutamanya lemak tepu, kerana ia boleh meningkatkan keradangan dan menyebabkan kesakitan.
Produk tenusu juga perlu dikurangkan kerana ia boleh meningkatkan penghasilan kalsium dalam air kencing, yang seterusnya boleh menyebabkan iritasi dan keradangan.
Selain itu, anda turut disarankan untuk tidak mengambil minuman lain yang tinggi kafein seperti coklat dan teh.
Anda disarankan untuk minum banyak air kosong bagi membantu membersihkan sistem perkumuhan daripada jangkitan bakteria.
Amalan diet yang seimbang dan pemilihan makanan yang tepat adalah kunci untuk mengurangkan risiko dan kesan jangkitan saluran kencing.
Cara hilangkan kencing kotor dengan cepat
Terdapat beberapa cara tradisional merawat kencing kotor yang telah terbukti secara saintifik boleh melegakan UTI.
Antaranya menerusi pengambilan jus kranberi.
Kajian telah menunjukkan bahawa, kranberi mengandungi bahan yang boleh menghalang keupayaan bakteria untuk berfungsi dalam pundi kencing.
Minum jus kranberi atau mengambil pil kranberi mungkin bermanfaat untuk wanita yang mengalami UTI berulang.
Namun, masih tiada bukti kukuh bahawa ia benar-benar boleh merawat UTI dalam kalangan mereka yang belum pernah mengalaminya. Kajian lanjutan masih diperlukan dalam hal ini.
Selain itu, makanan yang mengandungi probiotik seperti yogurt juga boleh membantu mengimbangkan bakteria baik dalam tubuh dan mencegah jangkitan.
Oleh itu, bagi menjawab persoalan berapa lama kencing kotor sembuh, ia bergantung kepada jenis rawatan yang anda ambil.
Bolehkah minum air kelapa untuk kencing kotor?
Air kelapa sering dikaitkan dengan pelbagai faedah kesihatan. Ini termasuklah sebagai rawatan untuk masalah UTI.
Walaupun ada bukti anekdot yang menyokong dakwaan ini, namun kajian saintifik lanjut masih diperlukan untuk mengesahkan keberkesanannya.
Walau bagaimanapun, air kelapa adalah diuretik semula jadi yang boleh membantu meningkatkan pengeluaran air kencing.
Kaedah ini mungkin boleh membantu membersihkan bakteria daripada sistem kencing atau perkumuhan anda.
Kesimpulan
UTI adalah jangkitan yang boleh menyebabkan ketidakselesaan yang ketara kepada individu yang mengalaminya.
Akan tetapi dengan rawatan yang betul, ia boleh sembuh dengan cepat.
Justeru, adalah penting untuk kita sama-sama memahami gejala, mendapatkan rawatan secepat mungkin, dan mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan jangkitan pada masa hadapan.
Teruslah berjumpa dengan doktor atau pakar urologi untuk mengetahui apakah rawatan terbaik bagi punca jangkitan UTI anda.
Kini anda telah mengetahui berapa lama kencing kotor sembuh dan remedi yang boleh dilakukan.