backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Bukan Sahaja Teh Tapi Kopi Hijau Pun Bawa Banyak Manfaat, #4 Paling Best!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 21/02/2023

Bukan Sahaja Teh Tapi Kopi Hijau Pun Bawa Banyak Manfaat, #4 Paling Best!

Mungkin ramai yang pernah minum teh hijau kerana ia sarat dengan manfaat kesihatan. Namun, bagaimana pula dengan kopi hijau?  Adakah khasiat kopi hijau juga sama dengan minuman yang sangat popular ini? Jom baca artikel untuk tahu lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Apa itu kopi hijau?

Untuk pengetahuan anda semua, kopi hijau atau green coffee merupakan minuman yang diproses daripada biji kopi yang belum dipanggang dan memiliki warna sedikit unik iaitu hijau.

Berbeza dengan kopi jenis lain, ia mempunyai rasa yang ringan serta sederhana seakan minuman teh herba. Disebabkan itu juga, mungkin ramai keliru kalau ia minuman teh atau kopi.

Apa yang membuat kopi hijau popular selain warnanya adalah minuman ini kaya dengan kandungan asid klorogenat berbanding kopi lain sekali gus bermanfaat bagi kesihatan tubuh badan.

khasiat kopi hijau

Biasa dijadikan minuman untuk minum petang kerana rasa serta manfaat yang bagus, kopi hijau juga mungkin boleh dikategorikan sebagai minuman kesihatan. Namun, adakah kenyataan ini benar?

Apa khasiat kopi hijau?

Ramai yang percaya bahawa terdapat banyak manfaat kopi hijau bagus untuk kesihatan termasuk:

#1. Meningkatkan fokus dan konsentrasi

Menurut kepercayaan masyarakat dahulu, minum kopi boleh menghilangkan rasa mengantuk dan ia mungkin benar! Bagi kopi hijau pula, ia boleh meningkatkan fokus dan konsentrasi.

Alasannya, kopi jenis ini akan bertindak dan berfungsi sebagai stimulasi kepada sistem saraf pusat yakni otak. Kesannya, anda tidak lagi mudah menguap dan mengantuk di tempat kerja.

Khasiat kopi hijau #2. Menambahkan tenaga

Jika anda seorang yang mudah penat, lemah dan lesu sepanjang hari, apa kata mulakan hari anda dengan kopi hijau? Berkat kafein di dalam minuman ini, ia bakal membuat kalian lebih bertenaga,  cergas serta cerdas untuk menjalani kehidupan seharian.

Khasiat kopi hijau #3. Menstabilkan darah

Kopi jenis ini turut mengandungi sebatian antioksidan yang boleh melawan hormon kortisol aktif iaitu pemicu masalah tekanan darah tinggi. Jika hormon ini berjaya dikawal, maka tekanan darah anda juga dapat diturunkan dan distabilkan dengan baik.

#4. Menurunkan berat badan berlebihan

khasiat kopi hijau

Pertama dan paling penting, kopi hijau dipercayai baik diambil oleh orang yang ada masalah berat badan berlebihan dan obesiti kerana ia amat diyakini boleh membuat anda lebih kurus.

Menurut kajian terbitan Asian Pacific Journal of Tropical Medicine, kopi hijau mampu membantu menghapus dan menghambat lemak tubuh badan gara-gara asid klorogenat yang tinggi.

Manfaat kopi hijau #5. Melawan penuaan

Wah, wujud juga minuman kesihatan awet muda ya? Kopi hijau ini tinggi dengan antioksidan yang menawarkan efek anti penuaan ekoran ia mampu memperbaiki sel dan struktur kulit rosak.

Menurut kajian terbitan Bioscience, Biotechnology, and Biochemistry, pengambilan makanan atau minuman yang tinggi asid klorogenat bagus untuk menghidrasikan dan meremajakan kulit.

Namun, jangan minum dengan berlebihan?

Ya, memang ada pelbagai kelebihan serta kebaikan kopi jenis ini dan yang paling menarik adalah kopi hijau untuk kurus. Namun, jangan minum dengan terlalu kerap dan banyak.

Hal ini penting untuk dipertimbangkan kerana kopi bersama minuman berkafein yang lain boleh mendatangkan masalah ketagihan lantas mengakibatkan ketergantungan berbahaya.

khasiat kopi hijau

Akibat daripada pengambilan yang berlebihan, kopi hijau mungkin boleh menyebabkan simptom:

  • Ketagihan
  • Insomnia
  • Anemia
  • Pening kepala
  • Sakit perut
  • Mual-mual
  • Muntah-muntah
  • Telinga berdesing
  • Sukar bernafas
  • Rasa gugup dan gelisah

Sekiranya diambil secara berlebihan dan berterusan, minuman ini mungkin boleh mengakibatkan:

  • Diarrhea
  • Diabetes
  • Glaukoma
  • Masalah kolesterol tinggi
  • Sindrom iritasi usus
  • Osteoporosis
  • Gangguan kecemasan

Konklusinya, memang benar ada banyak khasiat kopi hijau terutama untuk kesihatan mental serta fizikal tetapi masih wujud bahaya yang tersembunyi. Mungkin tidak salah untuk anda minum kopi jenis ini, cuma pastikan ia pada kuantiti dan kualiti yang bersesuaian!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 21/02/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan