backup og meta

Ada Vitamin Khusus Rawat Kencing Kotor? Ini 7 Jenis Ubat Farmasi Untuk UTI

Ada Vitamin Khusus Rawat Kencing Kotor? Ini 7 Jenis Ubat Farmasi Untuk UTI

Anda sedang cari ubat kencing kotor di farmasi gara-gara jangkitan saluran kencing (UTI) yang masih tidak sembuh-sembuh? Jom baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut tentangnya!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Urologi, anda juga boleh klik di sini.

Apa maksud, punca & kesan kencing kotor?

Untuk pengetahuan anda semua, kencing kotor atau juga popular dengan akronim UTI biasa terjadi apabila terdapat bakteria yang merebak, membiak lantas menjejaskan kawasan tersebut.

Apabila berlaku infeksi ini, ia boleh menyebabkan individu mula rasa tidak selesa, sakit dan pedih terutama ketika membuang air kecil walapun mungkin masih lagi terasa di waktu yang lain.

Dalam pada itu, kekerapan untuk membuang air kecil juga mungkin meningkat mendadak disertai dengan perubahan warna dan bau air kencing yang menjadi lebih keruh, gelap serta busuk.

ubat kencing kotor di farmasi
Tanda kencing kotor.

Ada beberapa faktor risiko yang menjadi punca kondisi ini berlaku dan bertambah teruk, contohnya seperti di bawah:

  • Kecacatan salur kencing
  • Anatomi wanita
  • Usia menopaus
  • Aktiviti seksual tidak bersih
  • Pengambilan pil kontraseptif
  • Penggunaan alat kateter
  • Masalah pada sistem imun

Jika dibiarkan begitu sahaja, masalah ini mungkin tidak akan selesai dengan sendiri kerana ia memerlukan antibiotik ubat kencing kotor di farmasi. Jadi, segera jumpa doktor agar ia dapat diatasi dengan lebih cepat.

Ubat kencing kotor di farmasi yang terbaik

Sebenarnya, UTI mungkin mudah untuk diselesaikan yakni dengan hanya menggunakan ubat kencing kotor di farmasi bagi membunuh dan menyingkirkan bakteria yang wujud dalam sistem perkumuhan.

Pertama, individu boleh mencari dan mengambil antibiotik ubat kencing kotor di farmasi daripada jenis yang berikut:

  • Cephalexin
  • Ceftriaxone
  • Flucloxacillin
  • Fosfomycin 
  • Nitrofurantoin
  • Sulfamethoxazole 
  • Trimethoprim
ubat kencing kotor di farmasi
Ubat merawat kencing kotor di farmasi.

Kesemua jenis antibiotik di atas ada potensi yang amat baik bagi menghapuskan bakteria-bakteria punca jangkitan saluran kencing namun anda mungkin masih perlu rawatan lanjutan daripada doktor.

Dalam pada itu, penggunaan ubat antiradang seperti ibuprofen, naproxen dan lain-lain turut diperlukan supaya setiap gejala terutama ketidakselesaan ketika membuang air kecil itu akan dapat dikurangkan.

Tidak cukup dengan itu, individu juga sangat disarankan untuk mengambil suplemen khususnya vitamin C dan E bagi meningkatkan sistem imuniti agar masalah kencing kotor ini tidak berlaku dan berulang.

Pun begitu, dapatkan informasi dan nasihat daripada pakar terlebih dahulu agar tiada kesan buruk yang terjadi kelak!

Beberapa pantang larang anda kena patuh

Selain mengambil ubat dan suplemen daripada farmasi, ada beberapa pantang larang berkaitan UTI yang anda kena patuh terutama dari segi pemakanan kerana ia boleh memberi kesan positif atau negatif.

Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan ketika kencing kotor, seperti senarai berikut:

  • Gula
  • Kafein
  • Alkohol
  • Buah sitrus
  • Coklat
  • Daging
  • Makanan yang pedas

Sebaliknya, individu yang ada masalah UTI disarankan mengambil makanan baik untuk kencing kotor ini:

  • Air kosong
  • Air kelapa
  • Buah beri
  • Probiotik
ubat kencing kotor di farmasi
Banyakkan minum air untuk elak kencing kotor.

Di samping itu juga, ada beberapa langkah pencegahan yang wajar diambil bagi mengurangkan risiko jangkitan saluran kencing dan kesemuanya mempunyai kaitan sangat rapat dengan kebersihan dan kesihatan.

Selain kerap minum air, individu turut disarankan untuk lebih kerap mandi dan membersihkan diri terutama di sekitar alat kemaluan masing-masing bagi mengelakkan bakteria dapat merebak serta membiak.

Jangan biar kencing kotor ini berlarutan!

Umumnya, masalah kencing kotor atau UTI ini mungkin merupakan kondisi yang biasa berlaku kepada semua individu lantas menyebabkan masyarakat kita mungkin kurang memberikan perhatian sewajarnya.

Pun begitu, ketahuilah bahawa wujud risiko untuk ia berlaku dan berulang tanpa henti sekali gus menjejaskan kualiti kehidupan terutama dari aspek perkumuhan akibat ketidakselesaan ketika membuang air kecil.

Melalui artikel ini, kesedaran tentang betapa penting pengambilan ubat di farmasi, klinik atau hospital mungkin dapat ditingkatkan. Jika anda ada sebarang soalan berkaitan UTI, sila jumpa doktor berdekatan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Urinary Tract Infections, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/9135-urinary-tract-infections, Accessed Jan 25 2023.
  2. Urinary Tract Infection (UTI), https://www.pennmedicine.org/for-patients-and-visitors/patient-information/conditions-treated-a-to-z/urinary-tract-infection, Accessed Jan 25 2023.
  3. Urinary Tract Infections in Adults, https://www.urologyhealth.org/urology-a-z/u/urinary-tract-infections-in-adults, Accessed Jan 25 2023.
  4. Eight Ways to Prevent a Urinary Tract Infection, https://www.chla.org/blog/rn-remedies/eight-ways-prevent-urinary-tract-infection, Accessed Jan 26 2023.
  5. What to eat (and what to avoid) during a UTI, https://www.eehealth.org/blog/2019/05/what-to-eat-during-a-uti/, Accessed Jan 25 2023.

Versi Terbaru

12/12/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Zakar Tak Bersih Punca Si Isteri Dapat Kencing Kotor? Doktor Ini Terangkan Kaitan UTI Dengan Seks!

6 Cara Terbaik Untuk Elak Kencing Kotor, No. 4 Orang Dah Kahwin Wajib Amalkan!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada tadi

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan