- Kelesuan yang berlebihan.
- Lemah badan tanpa punca yang jelas.
- Hilang berat badan tanpa mencuba.
- Perubahan najis yang berlaku melebihi sebulan.
- Rasa seperti perut tidak kosong sepenuhnya selepas buang air besar.
- Loya dan muntah.

Sekiranya masalah ini tidak dirawat dan perubahan kanser usus terus berlaku, ia boleh menyebabkan komplikasi sistemik sehingga muncul simptom seperti:
- Jaundis.
- Tangan dan kaki bengkak.
- Kesukaran bernafas.
- Sakit kepala kronik.
- Penglihatan kabur.
- Tulang mudah retak.
Rawatan pada peringkat ini lebih tertumpu kepada pembedahan bagi membuang ketumbuhan dan kelenjar limfa yang terkesan daripada perubahan patologi kanser tersebut.
Pesakit juga mungkin perlu mendapatkan rawatan terapi kemo dan terapi radio sebelum atau selepas pembedahan.
Konklusi
Kanser usus tahap 3 merupakan kanser peringkat lewat yang boleh mengancam nyawa sekiranya ia masih lagi tidak dikesan atau dirawat dengan protokol rawatan yang sepatutnya.
Kanser usus adalah antara kanser terlazim didiagnosis dalam kalangan pesakit di seluruh dunia.
Jika anda mengalami sebarang simptom kanser, pastikan anda membuat pemeriksaan dan mendapatkan rawatan dengan kadar segera.