Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Tahap keterukan adalah daripada masalah kerap kencing wanita yang berlaku kadangkala hingga rasa kencing secara tiba-tiba dan ketidakupayaan mengawal kencing.
Ianya boleh diurus dengan mengurangkan faktor risiko. Sila bincangkan dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Masalah Urologi, sila dapatkannya di sini.
Simptom-simptom anda mengalami kerap kencing.
Simptom biasa bagi inkontinens wanita ialah;
Dengan inkontinens stress, anda mungkin akan terkucil dalam jumlah yang kecil ke sederhana semasa anda batuk, bersin, ketawa, bersenam, atau melakukan perkara yang lebih kurang sedemikian.
Dengan inkontinens desakan, anda mungkin akan terkucil dalam jumlah yang lebih banyak yang boleh membasahkan pakaian atau menitis turun ke kaki anda.
Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas.
Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom masalah kerap kencing wanita, sila berjumpa dengan doktor anda.
Sekiranya masalah kerap kencing wanita dan mengganggu kualiti kehidupan anda, adalah penting untuk mendapatkan nasihat perubatan.
Bahaya tahan kencing ya!
Punca kerap kencing bagi perempuan
Inkontinens kencing ialah simptom dan bukanlah penyakit. Ianya boleh disebabkan tabiat harian, keadaan perubatan yang lain atau masalah fizikal. Biasanya, ada dua jenis inkontinens kencing:
Situasi ini berlaku bila anda ada keinginan yang mendadak untuk kencing sehingga tidak mungkin mengawalnya sebelum sampai ke tandas. Ini boleh berlaku walaupun pundi anda hanya mempunyai air kencing dalam jumlah yang kecil.
Sesetengah wanita tanpa sengaja terkeluar air kencing tanpa sebarang amaran. Wanita lain mungkin terkeluar air kencing semasa mereka minum air atau semasa mereka menyentuh atau mendengar bunyi air yang mengalir. Pundi yang terlebih aktif adalah salah satu jenis inkontinens desakan. Tapi bukan semua mereka yang mempunyai pundi terlebih aktif akan terkucil.
Faktor-faktor meningkatkan risiko kerap kencing
Faktor yang meningkatkan risiko terbentuknya inkontinens kencing termasuklah:
Rawatan kerap kencing wanita, apa yang boleh dilakukan?
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Analisis kencing: Ini untuk menguji sebarang gejala jangkitan, darah dan abnormaliti lain.
Diari pundi kencing: Diari ini untuk merekodkan berapa banyak anda minum, bila anda kencing, jumlah kencing anda keluarkan, dan jumlah episod inkontinens.
Ukuran bagi menguji jumlah lebihan air kencing dalam pundi kencing melalui kateter atau ujian ultra-bunyi.
Bergantung kepada jenis inkontinens, doktor akan menjalankan rawatan berbeza, antaranya:
1. Teknik tingkah laku
Teknik ini adalah bagi membantu mengawal pundi kencing anda dan masalah kerap kencing wanita, termasuklah:
Latihan pundi
Pengosongan berganda
Penggunaan tandas berjadual
Pengurusan cecair dan diet
Cara hilangkan kerap kencing #2. Senaman otot lantai pelvik
Doktor anda boleh mencadangkan agar anda melakukan senaman ini selalu bagi menguatkan otot yang membantu mengawal urinasi. Untuk melakukan senaman lantai pelvik, bayangkan yang anda sedang cuba menghentikan aliran kencing anda. Kemudian:
Tegangkan otot yang anda gunakan bagi menghentikan aliran kencing dan tahan selama 5 saat, dan kemudian kendurkan selama 5 saat.
Usahakan menahan dari kontraksi selama 10 saat setiap kali.
Tetapkan matlamat sekurang-kurangnya 3 set dari 10 ulangan setiap hari.
3. Stimulasi elektrikal
Elektrod dimasukkan seketika ke dalam rektumatau vagina bagi merangsang dan menguatkan otot lantai pelvik.
Stimulasi elektrikal yang lembut boleh jadi berkesan bagi inkontinens stres dan inkontinens desakan, tetapi anda mungkin memerlukan beberapa rawatan sepanjang sekian bulan.
4. Ubatan, antara cara hilangkan kerap kencing
Ubat dalam membantu masalah kerap kencing wanita.
Ubatan yang biasa diguna merawat inkontinens termasuklah:
Antikolinergik: ubatan ini boleh menenangkan pundi yang terlebih aktif dan mungkin membantu inkontinens desakan.
Mirabegron: ubatan ini mengendurkan otot pundi dan mengingkatkan jumlah urin boleh disimpan oleh pundi kencing anda.
Estrogen topikal: ini boleh mengurangkan beberapa simptom inkontinens.
5. Alatan medikal
Ini membantu mengawal punca inkontinens dan mengelak dari kebocoran urin (terkucil).
Alatan dicipta bagi merawat masalah kerap kencing wanita seperti kemasukan urethra atau pesari.
6. Terapi pencegahan
Terapi pencegahan yang boleh membantu inkontinens termasukklah:
Injeksi bahan pukalan;
Botulinum toxin type A (Botox);
Bahan stimulasi saraf.
Cara hilangkan kerap kencing #7. Surgery
Sekiranya rawatan lain tidak berkesan, beberapa prosedur pembedahan boleh merawat masalah yang menyebabkan inkontinens pundi kencing:
Prosedur anduh;
Suspense tengkuk pundi;
Pembedahan prolapse.
Perubahan gaya hidup untuk masalah kerap kencing wanita.
Perubahan perlu dilakukan untuk cegah masalah tidak tahan untuk kencing.
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi masalah kerap kencing wanita: