home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Tip Menghadapi Masalah Inkontinens

Tip Menghadapi Masalah Inkontinens

Inkontinens atau ketidakupayaan mengawal kencing boleh berlaku disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya penuaan, menopaus, kelahiran anak dan keadaan kesihatan lain. Keadaan ini sudah pasti menganggu setiap warga emas tertutamanya apabila melakukan aktiviti diluar rumah.

  • Seimbangkan pengambilan air

Kebanyakan orang yang mengalami inkontinens menganggap mereka perlu mengurangkan pengambilan air bagi mengurangkan risiko inkontinens. Tetapi ia suatu yang salah kerana apabila minum terlalu banyak air boleh menyebabkan kebocoran pundi kencing dan pengmbilan air yang tidak mencukupi juga boleh menyebabkan masalah kebocoran dan masalah pundi kencing.

Ini kerana apabila anda tidak minum air secukupnya, air kencing menjadi lebih pekat, menjengkelkan pundi kencing dan meningkatkan rasa ingin kencing segera.

  • Tidak tahan/tangguh

Pergi ke tandas secara berkala iaitu setiap dua hingga tiga jam adalah idea yang baik bagi orang yang mengidap inkontinens. Kebanyakan orang menunggu sehingga pundi kencing terasa penuh, tetapi kaedah ini tidak berfungsi untuk orang yang mengalami inkontinens. Kosongkan pundi kencing sebelum meninggalkan rumah, pejabat atau restoran walaupun anda fikir ia tidak perlu, tetapi sebenarnya penting untuk mencegah keadaan yang tidak diingini.

  • Mengawal berat badan

Risiko inkontinens boleh diturunkan dengan mengurangkan berat badan. Obesiti dan inkontinens sering dikaitkan, ia mungkin kerana semakin bertambah berat badan meningkatkan tekanan perut yang boleh menyebabkan inkontinens. Penyelidikan mendapati bahawa jika wanita yang obes kehilangan hanya 10 peratus daripada jisim badan mereka, ia dapat mengurangkan risiko berlaku inkontinens sebanyak 50 peratus.

  • Berhenti merokok

Orang yang mengalami inkontinens perlu menghentikan tabiat merokok. Kajian mendapati bahawa orang yang merokok lebih cenderung mengalami inkontinens. Ini kerana merokok merosakkan saluran darah yang sangat kecil di dalam badan kita dan menyebabkan tisu menjadi lemah.

Selain itu, rokok juga boleh menyebabkan batuk yang mana boleh menyebabkan kebocoran air kencing pada orang yang mengalami inkontinens tekanan. Merokok juga dikaitkan dengan kanser pundi kencing.

  • Senaman pelvis

Ia adalah bentuk senaman otot pinggul yang sangat berguna bagi orang yang mengalami masalah inkontinens. Senaman ini sangat baik untuk melatih ketahanan dan kontraksi otot yang berfungsi apabila anda menahan dan membuang air kecil.

  • Pengambilan ubat-ubatan

Ubat-ubatan tertentu seperti diuretik, tekanan darah dan antidepresan boleh menyebabkan inkontinens. Sebaiknya berbincang dengan doktor mengenai masalah inkontinens yang dihidapi supaya doktor boleh mengenalpasti jenis inkontinens serta faktornya sebelum memberikan ubat-ubatan tertentu.

Baca juga:

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Managing Urinary Incontinence https://www.everydayhealth.com/urinary-incontinence-photos/living-well-with-urinary-incontinence.aspx#11 Accessed on Aug 9, 2018.

Tips to Help You Manage Urinary Incontinence https://www.webmd.com/urinary-incontinence-oab/features/oab-tips#1 Accessed on Aug 9, 2018.

 

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Farah Aziz
Disemak pada 09/08/2018
x