backup og meta

Kalau Anda Tekad Hendak Berhenti Merokok, AMBIL 5 & ELAK 3 Jenis Makanan Ini!

Kalau Anda Tekad Hendak Berhenti Merokok, AMBIL 5 & ELAK 3 Jenis Makanan Ini!

Khas buat anda yang ketagih merokok, banyak aspek yang perlu diberi perhatian khusus untuk buang tabiat ini termasuklah makanan untuk berhenti merokok.

Jangan pula salah sangka bahawa ada makanan dan minuman yang secara ajaibnya dapat membuat anda berhenti merokok, kerana ini adalah antara ikhtiar sahaja.

Persoalannya, apakah makanan untuk berhenti merokok yang perlu anda ambil atau elak? Jom teruskan membaca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

Ketagihan merokok yang tiada sudahnya!

Tidak dinafikan bahawa merokok itu adalah satu tabiat buruk yang sangat sukar untuk dibuang, lebih-lebih lagi jika anda sudah ketagihan merokok sekian lamanya.

Meskipun terdapat banyak tip, petua dan cara untuk berhenti yang wujud di pelbagai platform kesihatan, ia mungkin masih tidak berkesan jika anda tiada tekad.

Ini kerana segala-galanya perlu bermula daripada diri anda sendiri dalam usaha untuk berhenti merokok lantas mengamalkan kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera.

Namun, ada kajian terkini yang menyatakan bahawa wujudnya beberapa jenis makanan untuk berhenti merokok dan ini sudah pasti akan menggembirakan anda.

makanan untuk berhenti merokok

Jadi, usah lagi berlengah dan teruskan membaca artikel ini untuk tahu lebih lanjut tentangnya!

Apa makanan untuk berhenti merokok?

Menurut kajian dari Duke University di Amerika Syarikat, wujud beberapa makanan untuk berhenti merokok yang boleh membantu anda untuk tujuan itu.

Berdasarkan soal selidik terhadap 200 perokok tegar di sana, ada beberapa jenis makanan yang membuat anda lebih teringin untuk merokok dan juga sebaliknya.

Oleh sebab itu, anda yang ingin untuk berhenti daripada tabiat ini harus tahu apa jenis makanan yang patut diambil serta yang perlu dielak dalam usaha anda itu.

Makanan yang perlu anda ambil

Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu anda ambil termasuklah:

#1. Produk tenusu

Produk tenusu seperti susu, keju dan yogurt boleh membuat rokok berasa kurang enak sekali gus memadam keinginan anda untuk merokok setiap kali selepas mengambilnya.

#2. Teh ginseng

Teh ginseng dipercayai mampu mengurangkan kesan negatif nikotin terhadap tubuh badan selain membantu mengurangkan ketagihan merokok, ini lantas membuat kalian lebih mudah berhenti.

#3. Semua jenis sayur dan buah

makanan untuk berhenti merokok

Semua jenis sayur dan buah akan membuat rokok berasa kurang enak dan apa yang lebih bagus adalah ia merupakan antara kumpulan makanan sihat bernutrisi yang perlu untuk anda ambil.

Selain itu juga, sayur dan buah turut kaya dengan kalsium, vitamin C dan vitamin D yang banyak hilang daripada perokok akibat nikotin yang akan menghalangnya menyerap ke tubuh badan.

Makanan untuk berhenti merokok #4. Jus

Jus buah-buahan atau sayur-sayuran yang mempunyai rasa manis adalah pilihan terbaik bagi membunuh keinginan anda untuk merokok selain bagus juga untuk tahap kesihatan anda.

#5. Gula-gula getah

Antara makanan untuk berhenti merokok paling popular, gula-gula getah memang dipercayai bagus untuk mengalih perhatian anda daripada merokok kerana ia perlu dikunyah dengan lama.

Makanan yang perlu anda elak

Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu anda elak termasuklah:

#1. Minuman beralkohol

Minuman beralkohol dan rokok adalah gabungan dua tabiat tidak sihat yang dirasakan sangat padan oleh perokok kerana ia akan membuat rokok berasa lebih enak.

Jadi, adalah wajar untuk kalian berhenti daripada melakukan kedua-dua tabiat ini kerana sudah terang lagi bersuluh bahawa ia merupakan tabiat yang tidak sihat untuk anda.

#2. Minuman berkafein

Minuman berkafein seperti teh, kopi, kola dan sebagainya juga akan membuat rokok berasa lebih enak sekali gus meningkatkan keinginan atau ketagihan merokok.

Anda mungkin tidak perlu untuk terus berhenti ambil minuman ini namun hanya disarankan untuk mengehadkannya agar anda mampu untuk lebih mudah berhenti merokok.

Makanan untuk berhenti merokok #3. Daging

makanan untuk berhenti merokok

Menerusi kajian yang sama, daging juga akan membuat rokok berasa lebih enak dan sudah menjadi tabiat untuk perokok itu merokok selepas makan berat ekoran kekenyangan.

Oleh itu, kurangkan mengambil daging terutamanya daging merah berbanding daging putih, namun tidak perlu untuk menjadi vegetarian kerana anda masih memerlukan protein dalam badan.

Sila berhenti merokok dengan bijak!

Konklusinya, terdapat beberapa jenis makanan untuk berhenti merokok yang mungkin anda perlu ambil dan elak bagi membuat keputusan yang lebih baik untuk hidup anda.

Akhir kata, sila berhenti merokok dengan bijak dan amalkan tip-tip ini serta pelbagai lagi kaedah lain di luar sana yang boleh membantu usaha anda untuk membuang tabiat buruk ini.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://tobaccofreelife.org/resources/foods-drinks-quit-smoking/
  2. https://truthinitiative.org/research-resources/quitting-smoking-vaping/4-foods-and-drinks-could-help-smokers-quit
  3. https://nutritionaustralia.org/app/uploads/2020/05/Nutrition-when-Quitting-Smoking.pdf
  4. https://blog.ochsner.org/articles/foods-that-may-help-smokers-quit
  5. https://www.nicotinell.co.uk/how-to-quit-smoking/starting-your-quit-smoking-journey/what-to-eat.html

Versi Terbaru

29/11/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Rokok Gulung Lebih Selamat Berbanding Rokok Biasa? Sebenarnya, Anda Silap!

Mahu Berhenti Merokok Maka Hisap Shisha Sebagai Alternatif? Kena Tahu Bahayanya Dulu!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 29/11/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan