backup og meta

5 Penyakit Yang Biasa Terjadi Pada Pundi Kencing, Ramai Orang Alami #4 Tanpa Sedar!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 25/01/2023

    5 Penyakit Yang Biasa Terjadi Pada Pundi Kencing, Ramai Orang Alami #4 Tanpa Sedar!

    Ia merupakan salah satu daripada organ penting dalam tubuh badan kita, namun masih ramai yang kurang prihatin terhadap penyakit pundi kencing.

    Sebenarnya, terdapat beberapa jenis penyakit pundi kencing biasa berlaku pada organ ini meskipun kebanyakan individu mengalaminya tanpa sedar mengenainya.

    Dalam usaha mencegah penyakit dan jangkitan pundi kencing, mari kita semua menambah ilmu berkaitan organ ini dengan lebih mendalam lagi.

    Organ yang penting untuk sistem perkumuhan!

    Setiap makanan dan minuman yang masuk ke dalam tubuh badan kita perlu melalui dua sistem utama iaitu penghadaman dan perkumuhan.

    Sebagaimana yang kita tahu, makanan dan minuman ini akan berubah menjadi najis dan air kencing yang akan dibuang setelah diproses.

    Khususnya, sistem pembuangan air kencing terdiri daripada 3 komponen yang penting iaitu buah pinggang, pundi kencing serta salur kencing.

    Sekiranya anda ada mengalami sebarang masalah untuk membuang air kecil, ini bermakna ada sesuatu yang tidak kena di antara ketiga-tiga organ ini.

    Menerusi artikel ini, kami akan membahaskan kondisi-kondisi yang mungkin boleh berlaku pada pundi kencing anda.

    Apa penyakit pundi kencing yang biasa berlaku?

    Pundi kencing berfungsi untuk menyimpan air kencing yang telah diproses oleh buah pinggang sebelum dibuang melalui salur kencing.

    Sama seperti organ lain dalam tubuh badan kita, organ ini juga boleh terkena penyakit lantas menjejaskan sistem dan fungsi utamanya.

    Berikut adalah beberapa penyakit pundi kencing yang biasa berlaku:

    #1. Jangkitan pundi kencing

    penyakit pundi kencing

    Jangkitan ini berlaku berpunca daripada kehadiran bakteria di dalam pundi kencing lazimnya Escherichia coli (E. Coli).

    Selain itu, ia juga boleh terjadi akibat tindak balas pengambilan sesetengah jenis ubat, terapi radiasi atau komplikasi penyakit yang lain.

    Individu yang kerap mengalaminya adalah dalam kalangan jantina wanita terutamanya buat mereka yang telah lanjut usia.

    Jika menghidap kondisi ini, berikut adalah simptom-simptom penyakit pundi kencing yang biasa dialami:

    • Kerap kencing
    • Sakit ketika kencing
    • Sukar kawal kencing
    • Kencing berbau
    • Kencing berdarah
    • Sakit belakang
    • Sakit sisi
    • Loya
    • Muntah
    • Demam

    Untuk merawatnya, pengambilan antibiotik untuk membunuh bakteria penyebab jangkitan mungkin akan disarankan oleh doktor.

    #2. Sistitis intertisial (IC)

    Buat anda yang mungkin belum tahu, ia adalah kondisi yang menyebabkan kesakitan dan keperluan untuk kencing dengan kerap.

    Gejala penyakit ini adalah lebih kurang sama seperti jangkitan pundi kencing namun ia bukanlah disebabkan oleh bakteria.

    Meskipun punca sebenarnya masih belum dapat dipastikan, diagnosis doktor sangat diperlukan untuk pengesahan dan perubatan.

    Sekiranya ia berlanjutan dengan teruk, pesakit mungkin perlu melakukan pembedahan memasang implan elektronik pada pundi kencing.

    #3. Inkontinens urin (UI)

    Inkontinens urin atau UI ini adalah satu kondisi di mana pundi kencing hilang keupayaan untuk mengawal pembuangan air kecil.

    Masalah ini biasanya berlaku apabila otot dan saraf – berperanan membantu pundi kencing menahan dan membuang air kecil menjadi lemah atau tidak berfungsi sebaiknya.

    Terdapat beberapa jenis UI yang utama iaitu:

    • Inkontinens stres – mudah terkencing apabila terdapat tekanan pada pundi kencing
    • Inkontinens fungsi – limitasi dari segi fizikal ataupun mental yang buat sukar kencing
    • Inkontinens terdesak – rasa ingin terkencing secara tiba-tiba
    • Inkontinens melimpah – air kencing menitis secara berterusan
    • Kombinasi inkontinens – gabungan lebih daripada 1 jenis inkontinens

    Untuk merawatnya, senaman pelvis atau senaman kegel mungkin boleh membantu selain mendapatkan rawatan lanjut daripada doktor.

    #4. Penyakit pundi kencing aktif (OAB)

    penyakit pundi kencing

    Merupakan komplikasi daripada jenis inkontinens urin terdesak, ia akan menyebabkan kalian terlalu kerap membuang air kecil.

    Air kencing yang keluar itu pula mungkin adalah sedikit namun kerap ekoran pundi kencing pesakit sebenarnya belum lagi penuh.

    Dalam usaha mengelakkan ia berlaku dan berulang, kalian perlu mengawal pengambilan makanan dan minuman terutamanya yang boleh merengsakan organ ini.

    Dapatkan panduan, rawatan dan ubatan daripada doktor sekiranya kondisi ini masih berlanjutan ya?

    #5. Kanser pundi kencing

    Akhir sekali, kondisi yang biasa berlaku pada organ ini tanpa sedar adalah kanser dan ia merupakan antara jenis kanser yang jarang terjadi.

    Antara faktor risiko terjadinya penyakit ini adalah merokok, terdedah pada bahan kimia ataupun mempunyai sejarah keluarga yang menghidapinya.

    Sama seperti jenis kanser yang lain, kaedah untuk merawat dan mengawal penyakit ini daripada terus memburuk adalah melalui pelbagai jenis terapi.

    Keaedah pembedahan juga mungkin diperlukan untuk membuang sel kanser yang wujud.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 25/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan