home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Adakah Saya Berpeluang Untuk Hamil Meskipun Berat Berlebihan? Ini Jawapannya!

Adakah Saya Berpeluang Untuk Hamil Meskipun Berat Berlebihan? Ini Jawapannya!

Ramai individu pada hari ini yang mengalami masalah berat badan berlebihan. Ini berlaku disebabkan pelbagai punca. Apatah lagi, masalah berat badan ini akan menjejaskan kesuburan pada lelaki dan wanita.

Pun begitu, terdapat beberapa cara atau tips yang boleh membantu mengatasi masalah ini.

Bagaimana untuk tahu jika seseorang itu berlebihan berat badan?

Kegemukan anda boleh dikira melalui peranti yang dipanggil indeks jisim badan (BMI). Ia dikira menggunakan berat badan dan tinggi anda. Sebelum seseorang wanita itu mencuba untuk hamil, dia perlu menggunakan kaedah ini untuk membantunya menurunkan berat badan, jika dia tergolong dalam kategori terlebih berat badan.

Kesukaran untuk hamil jika berlebihan berat badan

bacaan-gula-normal-untuk-ibu-mengandung

Kebanyakan wanita yang sedikit obes akan mudah untuk mengandung. Walau bagaimanapun, jika bacaan BMI anda 30 atau ke atas, ia mungkin memberikan kesan yang buruk pada kesuburan anda. Anda mungkin akan lebih sukar untuk hamil berbanding jika julat BMI anda berada pada paras sihat, iaitu antara 19 dan 25.

Obesiti akan membuatkan ketidakseimbangan hormon dalam tubuh anda. Masalah ini boleh menjejaskan ovulasi anda, sekali gus menyukarkan anda untuk hamil.

Selain dapat meningkatkan peluang anda untuk hamil, menepati julat BMI yang sihat juga adalah baik untuk kesihatan anda, terutama jika anda boleh menurunkan berat badan anda sebelum mengandung. Jika berat badan anda berlebihan semasa hamil, anda mungkin berisiko untuk mendapat diabetes gestasi iaitu masalah kencing manis semasa hamil.

Keguguran – Keseluruhan risiko keguguran semasa kandungan di bawah usia 12 minggu ialah satu dalam lima kes (20%); jika BMI anda melebihi 30, risikonya adalah satu dalam empat kes (25%).

Tingkatkan peluang kehamilan jika anda terlebih berat badan

Bagi meningkatkan peluang anda untuk hamil, anda perlu lakukan beberapa perkara di bawah:

Pertama, turunkan berat badan. Meskipun anda hanya berjaya menurunkan sedikit berat badan, namun percayalah bahawa ia boleh meningkatkan peluang anda untuk hamil. Dengan menurunkan berat badan 2 hingga 5 kilogram boleh memperbaiki kesuburan anda.

Catatkan kitaran haid anda dan cuba untuk hamil dengan sendiri. Menurut American Pregnancy Association, jika usia anda di bawah 30 tahun dan kitaran haid anda teratur, anda boleh mencuba sendiri untuk hamil selama enam bulan.

Selain itu, pemantauan ovulasi dan suhu badan juga dapat membantu mengenal pasti jika anda mengalami ovulasi. Anda disarankan untuk melakukan hubungan intim beberapa hari sebelum ovulasi dan pada hari ovulasi.

Bagaimanapun, jika kitaran haid anda tidak teratur, jangan bertangguh untuk berjumpa dengan pakar kesuburan.

cara cepat mengandung selepas haid
Buat temujanji dengan pakar kesuburan jika anda masih belum hamil selepas enam bulan mencuba. Ujian darah dan diagnostik boleh membantu mencari masalah yang mungkin anda alami bagi meningkatkan peluang kehamilan anda.

Ambil ubat seperti yang diarahkan oleh doktor. Ambil ubat yang diberikan oleh doktor anda untuk mengawal kitaran haid supaya ovulasi cenderung untuk berlaku.

Masalah yang sering berlaku yang mengaitkan kegemukan dengan ovulasi adalah tambahan lemak boleh menghasilkan penambahan estrogen. Jika paras estrogen dalam tubuh anda tinggi, ia tidak akan mematangkan mana-mana folikel ovari yang mengandungi telur.

Ovari mula untuk mematangkan folikel sebagai reaksi kepada paras estrogen rendah.

Sedikit kegemukan semasa kehamilan anda boleh membantu memelihara bayi dalam kandungan.

Pun begitu, menjadi obesiti sebelum atau semasa kehamilan boleh menyebabkan banyak komplikasi yang mungkin menjejaskan kesuburan atau kesihatan anda serta bayi. Oleh itu, ikutilah diet sihat yang disarankan untuk anda. Masih belum terlambat lagi untuk anda menjaga kesihatan.

health-tool-icon

Kalkulator Tarikh Bersalin

Gunakan kalkulator ini untuk menentukan tarikh akhir anda. Walau bagaimanapun, ini hanyalah anggaran semata-mata! Kebanyakan wanita akan melahirkan anak dalam masa seminggu sebelum atau selepas tarikh ini.

Panjang Kitaran

28 hari

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Overweight and pregnant, http://www.nhs.uk/conditions/pregnancy-and-baby/pages/overweight-pregnant.aspx#close. Accessed August 31, 2016.

I’m overweight. Will this affect my chances of getting pregnant?, http://www.babycentre.co.uk/x1014015/im-overweight-will-this-affect-my-chances-of-getting-pregnant. Accessed August 31, 2016.

How to Get Pregnant If You Are Fat, http://www.livestrong.com/article/72816-pregnant-fat/. Accessed August 31, 2016.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin Disemak pada 21/01/2021
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel