backup og meta

Kurangkan Sakit Belakang Sewaktu Tidur Dengan 7 Jenama Tilam Terbaik Ini!

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

Mencari jenis tilam terbaik bukan lagi hanya soal kemewahan, tetapi ia juga amat penting untuk keselesaan tidur dan kesihatan tulang belakang anda. Ini kerana, tilam yang baik mampu menyokong tulang belakang sewaktu tidur tanpa menjejaskan keselesaan tidur anda. Apakah jenama tilam terbaik Malaysia pada masa ini? Lihat rekomendasi kami di bawah ini. 

Kurangkan Sakit Belakang Sewaktu Tidur Dengan 7 Jenama Tilam Terbaik Ini!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Tidur, anda juga boleh klik di sini.

Mengapa kita perlukan tilam yang baik?

Tidur yang berkualiti adalah asas kepada kesihatan yang baik.

Tilam yang baik bukan sahaja menjamin keselesaan tidur malam anda tetapi juga menyokong tulang belakang, mengurangkan tekanan pada sendi, dan membantu dalam mengelakkan sakit belakang.

Pemilihan tilam yang tepat boleh memberi impak besar kepada kualiti tidur dan secara tidak langsung, kepada kesihatan anda secara keseluruhan.

7 Jenama tilam terbaik

Walaupun jenama-jenama ini mungkin bukan jenama tilam terbaik di malaysia , namun ia masih lagi antara jenis tilam yang bersesuaian untuk anda.

Mari lihat jenama tilam berkualiti di bawah ini:

1. Getha Sunny 5 Eco-Natural Latex

Getha Sunny 5 Eco-Natural Latex menggunakan 100% lateks semula jadi, menjadikannya pilihan yang mesra alam dan mampu menyokong badan anda ketika sedang berehat.

Jenis tilam ini mempunyai ciri menarik seperti:

  • Anti-hama dan anti-bakteria
  • Pengudaraan baik (tidak panas)
  • Tahan lama dan tidak mudah mendap

Tilam ini sangat sesuai untuk individu yang sensitif terhadap alahan atau mahukan produk berasaskan bahan semula jadi.

2. Cuckoo HUGZ Mattress 

Tilam ini direka tanpa spring dan menggunakan teknologi moden yang menekankan keseimbangan antara kelembutan dan sokongan badan. Cuckoo menggunakan 100% lateks asli, 100 bebas aniline dan menggunakan sokongan rangka 7-Zon dan menyerapan getaran buat penggunanya.

Jenis tilam ini telah diuji secara klinikal untuk menjadi lembut dan selamat untuk semua jenis kulit, termasuklah bayi!

Tilam ini sangat sesuai untuk mereka yang mencari keselesaan premium dengan sentuhan moden.

3. Jenama tilam terbaik: The Joey Mattress

Anda mungkin pernah ternampak iklan tilam ini di mana-mana media sosial.

The Joey Mattress, yang diperbuat dengan J-Foam™ eksklusif, menawarkan kombinasi unik antara sokongan dan juga keselesaan badan.

Tilam ini direka dengan memastikan berat badan yang ditampung dapat menyebar secara merata pada tilam dan mengurangkan pergerakan semasa anda tidur.

Ini bagi memastikan tidur anda menjadi lebih tenang.

Ia juga mempunyai ciri-ciri kawalan suhu, menjadikan tidur anda lebih sejuk dan menyenangkan walaupun pada musim panas.

4. Dunlopillo Orthorest Basic Easy Dream

Dunlopillo Orthorest Basic Easy Dream Premium Mattress terkenal dengan sokongan ortopedik yang diyakini. Ia direka khas untuk membantu mengekalkan kedudukan tulang belakang yang betul sepanjang tidur.

Ciri utama:

  • Tahap kekerasan tilam dari sederhana ke keras
  • Sesuai untuk individu yang mengalami sakit belakang
  • Memberi sokongan stabil tanpa tenggelam terlalu dalam

Oleh itu, ia amat berbaloi untuk mereka yang mencari jenama tilam terbaik untuk tulang belakang.

5. Vono Cozy Mattress

Jika anda mencari jenis tilam yang lebih mampu milik, Vono Cozy Mattress adalah pilihan yang praktikal. Walaupun harganya lebih rendah, ia masih menawarkan sistem spring Orthomax yang mampu memberi keselesaan asas ketika tidur, keadaan tulang belakang, mengurangkan sakit kepala dan mengingkatkan kualiti tidur.

Antara kelebihan Vono Cozy Mattress:

  • Harga berpatutan
  • Reka bentuk ringkas dan ringan
  • Sesuai untuk bilik tetamu atau kegunaan sementara

6. Jenama tilam terbaik, Slumberland TempSmart™ 5.0 Regina 1 Mattress

Tahukah anda, tilam Slumberland TempSmart™ 5.0 Regina 1 Mattress menggunakan fabrik TemptSmart™  tencel yang membuatkan tilam ini mampu mengawal suhu? Ia akan membuatkan anda dapat tidur yang lena dan sejuk walaupun ketika cuaca panas !

Tilam ini menawarkan sokongan yang unggul dengan sistem spring pocket. Ditambah lagi dengan menggunakan teknologi Kikoo dan bebas mengudaraan, tilam ini meningkatkan peredaran udara dan pelesapan haba. Ia juga dirawat dengan Hycare, teknologi anti-mikrob,anti-kulat dan hama habuk, memastikan persekitaran tidur anda kekal bersih!

7. KingKoil Prince Collection Ruby Mattress

KingKoil Prince Collection Ruby Mattress antara jenis tilam yang sering dikaitkan dengan standard hotel mewah. Tilam ini menawarkan lapisan keselesaan tambahan seperti sistem Super X-Spring, sistem Tri-Zon dan anti-habuk membuatkan anda seperti tidur di atas awan.

Kelebihan KingKoil Prince Collection Ruby:

  • Rasa empuk tetapi masih menyokong badan
  • Mengurangkan gangguan pergerakan pasangan
  • Sesuai untuk penggunaan jangka panjang
  • Mendapat waranti 15 tahun dari KingKoil Malaysia

Jika anda mahukan pengalaman tidur seperti di hotel, tilam ini adalah pilihan yang tepat!

Kesimpulan

Memilih jenama tilam terbaik untuk tulang belakang adalah pelaburan untuk kesihatan anda.

Dengan pelbagai pilihan yang ada daripada jenama yang premium hingga ke yang menyokong tulang belakang,

pastikan anda memilih tilam yang sesuai dengan keperluan tidur dan kesihatan anda.

Ingat, tidur yang baik bermula dengan tilam yang baik!

Kalkulator BMI

health-tool-icon

tahun

Anda berminat dengan rawatan/sokongan turun berat badan?

Adakah anda terbuka kepada rawatan perubatan untuk membantu turunkan berat badan?

Teruskan bersama kami dan turunkan berat badan: Dapatkan kemas kini pakar tentang rawatan & sokongan penurunan berat badan terus ke (peti masuk > inbox) anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

How to Choose a Mattress: Finding Your Perfect Match. https://www.sleepfoundation.org/best-mattress/how-to-choose-a-mattress#:~:text=A%20mattress%20is%20a%20huge,your%20ability%20to%20sleep%20better. Diakses pada November 21, 2023. 

Choosing the Right Mattress: Making a Smart Investment. https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/choosing-the-right-mattress-making-a-smart-investment. Diakses pada November 21, 2023.

Mattresses. https://www.consumerreports.org/home-garden/mattresses/buying-guide/. Diakses pada November 21, 2023.

Decide Which Mattress to Take to Bed. https://bettersleep.org/mattress-education/mattress-types/. Diakses pada November 21, 2023.

How To Choose a Mattress in 8 Easy Steps. https://www.sleepadvisor.org/how-to-choose-a-mattress/. Diakses pada November 21, 2023.

Versi Terbaru

04/05/2026

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Norhanan Abdul Latip


Artikel Berkaitan

Ikut 9 Langkah Pencegahan Ini Untuk Elak Tidur Berdengkur, Jangan Biarkan!

Kenapa Susah Sangat Nak Tidur? Ini 10 Perkara Anda Mungkin Buat Tanpa Sedar!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 5 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?