backup og meta

Pusat Kanser Sehenti Sunway Medical Centre Tawar Teknologi Rawatan Terkini, Bantu Pesakit

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 01/02/2024

    Pusat Kanser Sehenti Sunway Medical Centre Tawar Teknologi Rawatan Terkini, Bantu Pesakit

    Ramai yang anggap kanser adalah pengakhiran hidup individu. Sebenarnya, ia mungkin hanya satu permulaan jika si penderita penyakit ini tahu dan terima bantuan pesakit kanser yang terbaik.

    Persoalannya, apakah jenis bantuan penyakit kronik ini dalam bentuk rawatan yang wujud di negara kita kini?

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.

    Pusat kanser sehenti terkemuka di Malaysia

    Bertarikh 23 Januari 2024, Pusat Perubatan Sunway meraikan Pusat Kanser mereka (SMC) yang tercanggih bagi memaknakan anjakan dalam kemajuan rawatan dan ubatan penyakit tersebut.

    Bersama misi dan komitmen demi memastikan yang terbaik, Pusat Kanser Sunway telah meletakkan sasaran untuk menjadi pusat kanser sehenti terkemuka dalam perkhidmatan rawatan dan bantuan pesakit kanser.

    Selain memiliki keluasan lebih daripada 4,000 meter persegi, ia turut merangkumi pelbagai jabatan dan pusat rawatan seperti radioterapi, kemoterapi, pemindahan sumsum tulang dan perubatan nuklear.

    Apa yang lebih penting, fasiliti ini terdiri daripada pasukan pakar dalam pelbagai bidang termasuk onkologi klinikal, hematologi dewasa dan pediatrik, perubatan pemindahan sumsum tulang serta perubatan nuklear.

    bantuan pesakit kanser
    Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perubatan Sunway, Dr Seow Vei Ken.

    “Wawasan kami adalah untuk memastikan hasil optimum melalui pendekatan yang mengintegrasikan kaedah rawatan, teknologi, perkhidmatan sokongan dan bantuan pesakit kanser terkini,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perubatan Sunway, Dr Seow Vei Ken.

    Teknologi hebat dalam mengesan & merawat kanser

    Berpegang dengan kepercayaan “satu saiz tidak sesuai untuk semua”, pusat kanser hospital kuarternari swasta terbesar ini mencatatkan kemajuan signifikan dalam pelan diagnostik, rawatan dan bantuan pesakit kanser.

    Sebagai bantuan pesakit kanser, pusat ini menyediakan teknologi termaju bagi mendiagnosis dan merawat kanser.

    Teknologi diagnostik kanser yang terkini

    Bagi mendiagnosis penyakit ini, SMC menawarkan bantuan pesakit kanser dalam bentuk teknologi seperti:

    • Teknologi CT Dos Rendah – Ujian ini membolehkan doktor mengesan kehadiran, memantau saiz dan mencari lokasi tumor selain menilai tindak balas pesakit terhadap terapi kanser
    • Profil Genomik Komprehensif (CGP) & DNA Tumor Beredar (ctDNA) – Ia membantu mendiagnosis dan mengenal pasti sekiranya berlaku proses mutasi di dalam tumor
    • Teknologi Imbasan PET/CT Digital – Ia memberikan pengimejan tepat untuk mendiagnosis, mengesan luka kecil dan membekalkan imej jelas dengan masa imbasan yang pantas
    • Pengimejan Resonans Magnetik (Imbasan MRI) – Ujian bukan invasif ini menggunakan medan magnet, frekuensi radio dan komputer untuk menghasilkan keratan rentas organ, tisu, tulang dan seluruh struktur dalaman tubuh bagi mengesan kewujudan tumor
    • Mamografi Digital – Ia menggunakan sinar-X dos rendah bagi mengesan kanser pada payudara dengan lebih awal iaitu sebelum timbul gejala lagi
    • Ultrabunyi (Ultrasound) – Kaedah bukan invasif menggunakan gelombang bunyi untuk mendapatkan imej organ serta tisu bagi melihat dan menilai keadaan berkaitan pengaliran darah
    • MRI 3 Tesla (3T) – Pengimbas MRI dengan dua kali ganda kekuatan berbanding kebanyakan yang lain. Ia amat berguna untuk mengimbas otak, tulang belakang dan sistem rangka otot
    penyakit kanser
    Cara mencegah & mengawal kanser.

    Teknologi rawatan lanjutan yang tercanggih

    Untuk merawat penyakit ini pula, SMC menawarkan bantuan pesakit kanser dalam bentuk teknologi seperti:

    • Varian TrueBeam – Kaedah terkini yang menggunakan teknologi pengimejan 3D dan Terapi Radiasi Pemecut Linear (LINAC) untuk menyasarkan tumor lebih tepat, menyesuaikan sinar radiasi dan melindungi tisu sihat
    • Leksell Gamma Knife Icon – Kaedah radiosurgeri bukan invasif untuk tengkorak di mana ia memelihara fungsi otak normal dengan pengunaan sinaran radiosurgeri stereotaktik (SRS)
    • Tomoterapi Radixact-X9 –  Kaedah radiasi dengan teknologi pintar yang memancarkan dos tinggi kepada tumor tetapi turut meminimumkan kerosakan pada tisu sihat secara automatik
    • Flexitron Brachytheraphy – Terapi yang memancarkan dos radiasi lebih tinggi ke kawasan lebih kecil dalam masa lebih singkat berbanding terapi pancaran luaran lain
    • Terapi Radiasi Intraoperatif (IORT) Intrabeam – Menggunakan radiasi tertumpu ketika pembedahan dan menawarkan dos sama dalam 1 sesi berbanding 5 sesi lantas memelihara tisu dan mencegah kesan sampingan

    Penjagaan holistik untuk pesakit dan komuniti

    Kadangkala, nasihat untuk pesakit kanser atau kata-kata semangat untuk pesakit kanser itu sahaja tidak mencukupi. Bantuan pesakit kanser perlu turut meliputi sokongan emosi dan psikologi.

    Jadi, Pusat Kanser Sunway juga telah mempelopori Program Rakan kanser yang menggandingkan survivor dengan pesakit kanser secara sukarela bagi berkongsi cerita, derita dan pengalaman diri masing-masing.

    bantuan pesakit kanser
    Pengurus Besar Pusat Kanser Sunway, Dr Heng Siew Ping.

    “Di sini, kami turut berperanan sebagai pembimbing dalam menghadapi rawatan untuk bantuan pesakit kanser. Komitmen kami tidak terbelah bahagi terhadap inovasi, libat urus pesakit, sokongan, harapan dan ketenangan masyarakat. Ini penting bagi mendefinisikan semula penjagaan kanser melalui Program Rakan Kanser,” jelas Pengurus Besar Pusat Kanser Sunway, Dr Heng Siew Ping.

    Dalam erti kata lain, usah fokus kepada persoalan seperti kenapa pesakit kanser kurus atau stigma yang lain. Ia bukan keutamaan penting selain daripada rawatan, sokongan dan bantuan penyakit kronik ini.

    Maka, kaedah dan usaha SMC ini adalah titik mula kepada perubahan penjagaan dan perubahan kanser yang jauh lebih baik. Dengannya, masa depan dan nasib pesakit mungkin akan dapat diubah lebih cerah.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 01/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan