home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Tip Untuk Menghadapi Masalah Inkontinen Urin, Orang Tua Kena Baca Ini!

Tip Untuk Menghadapi Masalah Inkontinen Urin, Orang Tua Kena Baca Ini!

Masalah inkontinen urin atau ketidakupayaan untuk mengawal air kencing dari keluar boleh berlaku disebabkan oleh beberapa perkara.

Antaranya penuaan, menopaus, kelahiran anak dan keadaan kesihatan lain.

Keadaan ini sudah pasti menganggu setiap individu lebih-lebih lagi warga emas tertutamanya apabila melakukan aktiviti diluar rumah.

#1. Seimbangkan pengambilan air

Kebanyakan orang yang mengalami inkontinens menganggap mereka perlu mengurangkan pengambilan air bagi mengurangkan risiko masalah inkontinen.

Tetapi ia suatu yang salah kerana apabila minum terlalu banyak air boleh menyebabkan kebocoran pundi kencing dan pengambilan air yang tidak mencukupi juga boleh menyebabkan masalah kebocoran dan masalah pundi kencing.

Ini kerana apabila anda tidak minum air secukupnya, air kencing menjadi lebih pekat, menjengkelkan pundi kencing dan meningkatkan rasa ingin kencing segera.

#2. Tidak tahan/tangguh kencing

Pergi ke tandas secara berkala iaitu setiap dua hingga tiga jam adalah idea yang baik bagi orang yang menghidapi masalah inkontinen.

masalah inkontinen

Kebanyakan orang menunggu sehingga pundi kencing terasa penuh, tetapi kaedah ini tidak berfungsi untuk orang yang mengalami inkontinen.

Kosongkan pundi kencing sebelum meninggalkan rumah, pejabat atau restoran walaupun anda fikir ia tidak perlu, tetapi sebenarnya penting untuk mencegah keadaan yang tidak diingini.

#3. Mengawal berat badan

Risiko inkontinen boleh diturunkan dengan mengurangkan berat badan.

Obesiti dan inkontinen urinsering dikaitkan, ia mungkin kerana semakin bertambah berat badan meningkatkan tekanan perut yang boleh menyebabkan masalah tersebut.

Penyelidikan mendapati bahawa jika wanita yang obes kehilangan hanya 10 peratus daripada jisim badan mereka, ia dapat mengurangkan risiko kondisi ini sebanyak 50 peratus.

Tip menghadapi masalah inkontinen urin #4. Kurangkan merokok

Orang yang mengalami inkontinen perlu menghentikan tabiat merokok. Kajian mendapati bahawa orang yang merokok lebih cenderung mengalami masalah inkontinen.

Ini kerana merokok merosakkan saluran darah yang sangat kecil di dalam badan kita dan menyebabkan tisu menjadi lemah.

Selain itu, rokok juga boleh menyebabkan batuk yang mana boleh menyebabkan kebocoran air kencing pada orang yang mengalami inkontinen tekanan.

Merokok juga dikaitkan dengan kanser pundi kencing!

masalah inkontinen

Tip menghadapi masalah inkontinen urin#5. Banyakkan bersenam

Ia adalah bentuk senaman otot pinggul yang sangat berguna bagi orang yang mengalami inkontinen urin.

Senaman ini sangat baik untuk melatih ketahanan dan kontraksi otot yang berfungsi apabila anda menahan dan membuang air kecil.

#6. Pengambilan ubat-ubatan

Ubat-ubatan tertentu seperti diuretik, tekanan darah dan antidepresan boleh menyebabkan masalah sukar mengawal kencing.

Sebaiknya berbincang dengan doktor mengenai masalah inkontinen yang dihidapi supaya doktor boleh mengenalpasti jenis inkontinen serta faktornya sebelum memberikan ubat-ubatan tertentu.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 01/10/2021
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor