backup og meta

Nafas Terhenti Seketika Semasa Tidur? Ini Bahayanya Jika Anda Alami Apnea Tidur

Nafas Terhenti Seketika Semasa Tidur? Ini Bahayanya Jika Anda Alami Apnea Tidur

Sleep apnea atau apnea tidur adalah didiagnosis apabila anda berhenti bernafas selama 10 saat atau lebih lama semasa tidur. Ia berlaku sekurang-kurangnya 5 kali semasa tidur.

Masalah ini bukanlah perkara asing dan semakin kerap berlaku dalam kalangan masyarakat.

Persoalannya, apa itu sleep apnea dan benarkah ia dikatakan boleh membawa maut? Ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

Apa itu sleep apnea dan benarkah ia membawa maut?

Persatuan Sleep Apnea Amerika menganggarkan bahawa 38,000 orang di Amerika Syarikat mati setiap tahun akibat penyakit jantung yang berkaitan dengan masalah ini.

Individu yang mengalami sleep apnea akan mendapat kesukaran bernafas atau akan berhenti bernafas dalam jangka masa yang pendek ketika tidur.

Menurut Persatuan Jantung Amerika, 1 daripada 5 orang dewasa mengalami apnea tidur sehingga tahap tertentu.

Ia lebih biasa terjadi pada lelaki berbanding wanita, malah kanak-kanak juga boleh mengalami masalah ini.

Selain itu, ia boleh menyebabkan atau memburukkan lagi beberapa kondisi kesihatan yang berisiko untuk mengancam nyawa, termasuk:

  • Tekanan darah tinggi
  • Strok
  • Serangan jantung secara tiba-tiba
  • Asma
  • COPD (Chronic obstructive pulmonary disease)
  • Diabetes mellitus

Bahaya sleep apnea adalah…

sleep apnea adalah

Masalah apnea tidur ini mampu menyebabkan hipoksia (tahap oksigen yang rendah di dalam badan).

Apabila ia berlaku, badan anda menjadi tertekan dan bertindak balas, yang menyebabkan jantung anda berdegup lebih cepat dan arteri anda menjadi lebih sempit.

Kesan kepada jantung dan vaskular termasuk:

Kesan ini juga meningkatkan risiko masalah kardiovaskular dan kajian mendapati bahawa masalah ini dapat meningkatkan risiko anda mengalami strok sebanyak 2 atau 3 kali.

Kajian daripada tahun 2007 dari Yale School of Medicine memberi amaran bahawa sleep apnea adalah dapat meningkatkan kemungkinan serangan jantung atau kematian sebanyak 30% dalam jangka masa 4 sehingga 5 tahun.

Selain itu, menurut kajian pada tahun 2013 di Journal of the American College of Cardiology, individu yang mengalami masalah ini mempunyai risiko kematian yang lebih tinggi akibat komplikasi jantung yang berkaitan.

Perkara ini kemungkinan besar untuk berlaku sekiranya anda:

  • Berumur lebih daripada 60 tahun
  • Mempunyai 20 atau lebih episod apnea setiap jam tidur
  • Mempunyai tahap oksigen darah kurang daripada 78% semasa tidur

Isu tidur ini juga boleh menyebabkan atau memburukkan lagi kondisi jantung seseorang pesakit.

Yayasan Tidur Nasional menyatakan bahawa mereka yang mengalami apnea tidur dan fibrilasi atrium (irama jantung yang tidak teratur) hanya mempunyai peluang 40% untuk memerlukan rawatan jantung lebih lanjut jika kedua-dua keadaan itu dirawat.

Sekiranya isu ini tidak dapat dirawat, individu kemungkinan untuk memerlukan rawatan lebih lanjut dengan fibrilasi atrium akan meningkat kepada 80%.

Satu lagi kajian di Yale mengaitkan sleep apnea adalah berkaitan dengan diabetes jenis 2.

Kajian mendapati bahawa orang dewasa yang mempunyai isu ini berisiko berlipat ganda untuk terkena diabetes berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai masalah tidur ini.

Jenis apnea tidur

Terdapat 3 jenis apnea tidur utama:

  • Central sleep apnea: Jenis ini berlaku apabila otak anda tidak lagi menghantar isyarat yang betul ke otot yang mengawal pernafasan anda
  • Obstructive sleep apnea: Ini adalah jenis yang paling biasa dan berlaku apabila saluran udara anda menyempit atau tersumbat
  • Complex sleep apnea syndrom: Ini adalah gabungan daripada central sleep apnea dan obstructive sleep apnea

Ketahui simptom-simptomnya

Kajian mendapati apnea tidur memberi kesan kepada kira-kira 12 juta orang di Amerika Syarikat yang kebanyakannya belum didiagnosis.

Antara gejalanya termasuk:

  • Berdengkur kuat
  • Berhenti bernafas semasa tidur
  • Mengantuk pada waktu siang
  • Keletihan
  • Bangun dengan sesak nafas
  • Biasa bangun untuk membuang air kecil tanpa sebab yang jelas
  • Sakit dada semasa tidur

Sekiranya anda mempunyai simptom-simptom ini, penting untuk segera berbincang dengan doktor anda.

Rawatan apnea tidur

apnea tidur

Rawatan untuk apnea tidur yang obstruktif berfungsi dengan membiarkan saluran udara terbuka semasa tidur.

Alat perubatan yang memberikan tekanan saluran udara positif berterusan (CPAP) membantu merawat masalah tidur ini.

Semasa tidur, anda harus memakai topeng CPAP yang disambungkan dengan peranti yang disediakan.

Selain itu, peranti lain yang boleh dipakai untuk apnea tidur adalah alatan yang memberikan tekanan saluran udara positif bertingkat (BIPAP).

Dalam beberapa kes, doktor mungkin mengesyorkan pembedahan untuk merawat masalah tidur ini. Rawatan dan ubat-ubatan lain untuk apnea tidur termasuk:

  • Mengubah kedudukan tidur anda
  • Menggunakan dekongestan hidung
  • Menggunakan air humidifier
  • Menurunkan berat badan tambahan
  • Berhenti merokok
  • Mengelakkan pengambilan alkohol
  • Mengelakkan pil tidur
  • Mengelakkan ubat penenang
  • Bersenam

Sebaik-baiknya, anda disarankan untuk bertemu dengan doktor bagi mengetahui rawatan sesuai buat masalah apnea tidur anda.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://health.clevelandclinic.org/why-sleep-apnea-raises-your-risk-of-sudden-cardiac-death/
  2. https://www.sleepapnea.org/carrie-fisher-yes-you-can-die-from-sleep-apnea/
  3. http://sleepeducation.org/news/2017/06/20/death-of-Carrie-Fisher-is-a-warning-about-sleep-apnea

 

Versi Terbaru

25/06/2021

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Degupan Jantung Laju Normal Ke? Ini Punca Dan Rawatannya

Ini Cara Yang Tepat Nak Tahu Tahap Keterukan Hipertensi, Baru Boleh Rawat!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 25/06/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan