Definisi
Apa itu Apnea tidur?
Apnea tidur adalah gangguan tidur serius di mana pernafasan berulangkali terganggu ketika tidur. Kesannya, organ mereka yang mengalami apnea tidur, terutamanya otak, mungkin tidak mendapat oksigen yang mencukupi serta tidur menjadi kurang berkualiti, yang juga menyebabkan pesakit penat ketika siang.
Ada dua jenis utama bagi apnea tidur:
- Apnea tidur obstruktif: bentuk paling biasa yang disebabkan oleh salur udara tersumbat.
- Apnea tidur sentral: tidak disebabkan oleh saluran udara yang tersumbat, tetapi diakibatkan oleh ketidakstabilan dalam kawalan pernafasan pusat (RCC). Kesannya, otak gagal untuk memberi signal kepada otot agar bernafas.
Apakah kebarangkalian Apnea tidur?
Apnea tidur sangat biasa berlaku. Ia biasanya berlaku lebih banyak pada lelaki berbanding wanita, kira-kira 2-3 lelaki dibandingkan dengan 1 wanita. Ianya boleh terjadi pada mana-mana usia, tapi kejadian adalah lebih biasa bagi dewasa dalam pertengahan umur. Ianya boleh diurus dengan mengurangkan faktor risiko. Bincangkan dengan doktor untuk maklumat lanjut.
Simptom-simptom
Apakah simptom-simptom Apnea tidur?
Simptom biasa bagi apnea tidur adalah:
- Dengkur yang kuat.
- Orang lain menyaksikan episod-episod gangguan pada pernafasan.
- Bangun secara tiba-tiba disertai sesak nafas.
- Bangun dengan mulut kering dan sakit tekak.
- Sakit kepala waktu pagi.
- Kesukaran untuk tidur (insomnia).
- Rasa mengantuk yang melampau ketika pagi (hipersomnia).
- Masalah untuk fokus.
- Senang terganggu.
Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen