backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

4

Tanya Doktor
Simpan

9 Gejala Dan 7 Kesan Tonsil Bengkak (Tonsilitis) Yang Anda Perlu Beri Perhatian!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/02/2024

    9 Gejala Dan 7 Kesan Tonsil Bengkak (Tonsilitis) Yang Anda Perlu Beri Perhatian!

    Kebiasaannya, orang sering anggap sakit tekak adalah antara simptom umum ketika demam atau batuk dan ia memang benar. Apa yang lebih membimbangkan, ia juga mungkin merupakan tanda bahawa individu sedang mengalami kondisi tonsil bengkak!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang ENT, anda juga boleh klik di sini.

    Tonsil, organ kecil dengan fungsi besar?

    Untuk pengetahuan anda semua, tonsil merupakan sepasang organ kecil yang terletak di belakang kerongkong dan memainkan peranan penting di dalam sistem limfatik tubuh badan manusia.

    Menariknya, organ kecil ini mempunyai fungsi besar di mana ia mampu membantu melawan serta melindungi bahagian dalam tubuh badan daripada anasir bahaya yang wujud di luar.

    Tonsil berfungsi untuk mencegah benda asing dan mikrob terutama virus atau bakteria daripada masuk ke dalam organ utama seperti paru-paru yang membawa masalah pada sistem pernafasan.

    Tidak kurang penting, ia juga berfungsi bagi membantu menghasilkan sel darah putih dan antibodi tubuh badan lantas sekali gus menguatkan lagi sistem imunisasi untuk melawan jangkitan.

    tonsil bengkak
    Kedudukan tonsil.

    Menurut American Academy of Otolaryngology, organ ini akan bertindak seperti seorang penjaga gol yang menepis dan menghindar sebarang anasir buruk daripada masuk ke dalam gawang.

    Jadi, sudah tentu akan menjadi masalah jika tonsil tekak menjadi bengkak akibat anasir tertentu!

    Apa punca & gejala tonsil bengkak?

    Kebengkakan pada tonsil atau lebih popular dengan istilah tonsilitis adalah kondisi di mana organ kecil ini mula membengkak dan meradang akibat daripada jangkitan virus atau bakteria.

    Kondisi ini boleh berlaku kepada semua individu tanpa mengira usia namun lebih berisiko terjadi kepada golongan kanak-kanak dan remaja iaitu mereka di dalam lingkungan umur 5 ke 15 tahun.

    Gejala tonsil bengkak pula biasa muncul 2 ke 4 hari selepas jangkitan seperti di bawah:

    Terdapat 3 tahap utama tonsilitis iaitu akut, kronik dan berulang yang berbeza jangka masa untuk ia pulih – akut (kurang 10 hari), kronik (lebih 10 hari) atau berulang (berlaku banyak kali).

    Tidak kira anda menghidap tahap yang mana, kondisi tonsil bengkak sebelah ini perlu segera dibawa dan dirujuk dengan doktor dalam usaha bagi mengelak komplikasi atau implikasi negatif terhadap individu.

    tonsil bengkak
    Radang tonsil.

    Apa pula kesan tonsil bengkak kepada individu?

    Apabila ada virus atau bakteria yang menjangkiti tonsil, maka organ ini akan mula membengkak, meradang dan membawa kepada hampir separuh atau semua gejala-gejala seperti di atas tadi.

    Sekiranya dibiarkan tanpa sebarang ubat tonsil bengkak atau rawatan doktor, individu mungkin berisiko tinggi untuk mengalami kesan lebih buruk yang bukan hanya akan menjejaskan kawasan oral.

    Kondisi tonsil bengkak yang dibiarkan, berpotensi mengakibatkan beberapa impak negatif seperti:

  • Kepayahan untuk membuka atau menutup mulut
  • Kesukaran untuk menghirup atau menghembus nafas
  • Pernafasan terganggu ketika sedang tidur (sleep apnea)
  • Penyebaran jangkitan ke jaringan sekitar tonsil (selulitis tonsil)
  • Pembentukan kantung nanah pada sekitar tonsil (abses peritonsil)
  • Glomerulonefritis yang boleh membawa keradangan organ ginjal
  • Demam reumatik yang boleh membawa kegagalan jantung dan kehilangan nyawa
  • Dalam erti kata mudah, tonsil bengkak sebelah dan meradang itu mungkin berbahaya jika individu tidak langsung mengambil langkah perawatan serta perhatian daripada doktor.

    Sebaiknya, jangan pula menyangka bahawa tonsil bengkak sebelah adalah sakit tekak yang biasa dan akan pulih dengan hanya mengunyah lozeng, meminum air atau mengamalkan petua-petua tradisional lain.

    Bagaimana cara merawat tonsil bengkak?

    tonsil bengkak
    Rawatan tonsil yang bengkak.

    Bergantung kepada tahap kondisi ini, individu mungkin boleh mengambil ubat tonsil bengkak seperti antibiotik, acetaminopen, paracetamol, ibuprofen atau aspirin mengikut preskripsi doktor.

    Sekiranya perlu pula, prosedur pembedahan tonsilektomi mungkin wajar dibuat terutama apabila kebengkakan pada organ tonsil anda sudah berlaku dengan teruk dan berulang banyak kali.

    Dalam masa yang sama, anda juga disarankan untuk mengamalkan perawatan di rumah termasuk kumur air garam, kunyah lozeng, minum air, cukup rehat serta hindari daripada asap, debu, habuk, dan segala jenis atau bentuk pencemaran udara di luar.

    Fungsi tonsil

    • Mencegah benda asing dan mikrob terutama virus atau bakteria daripada masuk ke dalam organ utama seperti paru-paru yang membawa masalah pada sistem pernafasan
    • Membantu menghasilkan sel darah putih dan antibodi tubuh badan
    • Menguatkan lagi sistem imunisasi untuk melawan jangkitan

    Konklusinya, kondisi tonsil bengkak mungkin boleh jadi ringan, sederhana atau teruk. Agar lebih pasti, segera berjumpa dan berbincang dengan doktor jika anda mula perasan ada simptom pada tekak ya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan