brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Macam Mana Nak Tahu Jantung Kita Sihat? Ini Jawapannya!

Ramai yang sedar tentang kepentingan menjaga kesihatan jantung, tetapi masih mengabaikan amalan kecil yang boleh memberi impak besar dalam kehidupan seharian. Kesihatan jantung bukan sahaja melibatkan diet dan senaman, tetapi juga gaya hidup secara menyeluruh. Jika diabaikan, risiko penyakit jantung boleh meningkat tanpa disedari.

Macam Mana Nak Tahu Jantung Kita Sihat? Ini Jawapannya!

Bersempena World Heart Day pada 29 September, mari kita fahami mengapa jantung begitu penting untuk dijaga, apakah faktor risikonya, serta langkah mudah yang boleh diamalkan oleh semua.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

Kepentingan menjaga kesihatan jantung dalam kehidupan seharian

kepentingan menjaga kesihatan jantung
Berjoging boleh membantu meningkatkan kesihatan jantung.

Jantung adalah organ utama yang mengepam darah ke seluruh tubuh. 

Kepentingan menjaga kesihatan jantung dapat dilihat daripada peranan ini – tanpa fungsi jantung yang baik, tubuh tidak dapat menerima oksigen dan nutrien dengan sempurna.

Apabila gaya hidup tidak sihat diamalkan, jantung lebih terdedah kepada masalah seperti salur darah tersumbat, tekanan darah tinggi dan kegagalan jantung. 

Inilah sebabnya mengapa usaha menjaga jantung perlu dilakukan sejak usia muda, bukan hanya ketika gejala mula muncul.

Jenis penyakit jantung yang biasa berlaku

Ada beberapa jenis penyakit jantung yang kerap berlaku, antaranya:

  • Penyakit arteri koronari: penyumbatan saluran darah yang membekalkan oksigen ke jantung
  • Kegagalan jantung kongestif: keadaan apabila jantung tidak dapat mengepam darah dengan baik
  • Arrhythmia: gangguan degupan jantung yang terlalu cepat atau tidak teratur
  • Penyakit injap jantung: kerosakan pada injap yang mengawal aliran darah

Semua jenis ini boleh membawa risiko serius jika tidak dikesan awal.

Buah yang dilarang untuk penyakit jantung

Walaupun buah dianggap makanan sihat, ada sesetengah buah yang dilarang untuk penyakit jantung jika diambil berlebihan. 

Contohnya:

  • Buah tinggi natrium (jeruk buah): boleh meningkatkan tekanan darah
  • Buah dalam tin dengan sirap gula pekat: menambah risiko obesiti dan diabetes
  • Buah durian: tinggi lemak dan kalori, boleh menjejaskan jantung jika diambil terlalu kerap

Mengambil buah segar dengan kandungan serat tinggi seperti epal, oren dan beri jauh lebih baik untuk kesihatan jantung.

Cara nak tahu jantung sihat

kepentingan menjaga kesihatan jantung
Sentiasa periksa kadar degupan jantung anda.

Ada beberapa petunjuk yang boleh membantu kita mengenal pasti cara nak tahu jantung sihat, antaranya:

  • Tekanan darah stabil sekitar 120/80 mmHg
  • Degupan jantung dalam lingkungan normal (60–100 denyutan seminit)
  • Tidak mudah letih atau sesak nafas ketika melakukan aktiviti ringan
  • Paras kolesterol terkawal hasil pemeriksaan darah
  • Berat badan berada dalam julat sihat mengikut BMI

Pemeriksaan kesihatan berkala di klinik atau hospital adalah kaedah terbaik untuk mengesahkan tahap kesihatan jantung.

Tip mudah jaga kesihatan jantung

Bersempena World Heart Day, berikut antara langkah praktikal yang boleh diamalkan untuk menjaga jantung:

  • Amalkan senaman ringan 30 minit sehari, 5 kali seminggu
  • Kurangkan makanan bergoreng, tinggi garam dan lemak tepu
  • Perbanyakkan sayur, buah segar, bijirin penuh dan ikan
  • Kawal stres dengan teknik relaksasi atau meditasi
  • Elakkan merokok dan hadkan pengambilan alkohol
  • Tidur cukup antara 6–8 jam setiap malam
kepentingan menjaga kesihatan jantung
Antara mitos biasa tentang kesihatan jantung.

Langkah ini nampak mudah, tetapi konsistensi adalah kunci untuk memastikan kepentingan menjaga kesihatan jantung dapat diterjemahkan dalam kehidupan harian.

Kesimpulan

Kepentingan menjaga kesihatan jantung tidak boleh dipandang ringan kerana jantung adalah nadi kehidupan. 

Dengan memahami jenis penyakit jantung, mengenal pasti buah yang dilarang untuk penyakit jantung serta mengetahui cara nak tahu jantung sihat, setiap individu boleh mengambil tindakan lebih awal untuk melindungi diri. 

Mulakan dengan langkah kecil hari ini kerana pencegahan jauh lebih baik daripada merawat.
medical
Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid
Disemak secara perubatan oleh
Dokter Umum · Hello Health Group
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 10/12/2025