Aduh, sakitnya jerawat di kepala! Kalau tersalah garu, boleh berdarah dibuatnya. Tetapi, pernahkah anda tertanya-tanya, apa punca jerawat di kepala? Adakah ia tanda penyakit yang lebih serius?
Aduh, sakitnya jerawat di kepala! Kalau tersalah garu, boleh berdarah dibuatnya. Tetapi, pernahkah anda tertanya-tanya, apa punca jerawat di kepala? Adakah ia tanda penyakit yang lebih serius?

Selalunya, jerawat tumbuh di kawasan muka seperti dahi, dagu atau pipi.
Namun, itu tidak bermaksud jerawat tidak boleh tumbuh di kawasan lain, misalnya di kepala, belakang badan atau di mana-mana kawasan lain.
Penggunaan produk yang betul merupakan kunci untuk mengelakkan jerawat di kepala.
Bagaimanapun, jika masalah jerawat di kulit kepala kerap berlaku dan boleh menimbulkan rasa rendah diri, jangan takut untuk berjumpa doktor bagi sesi konsultasi.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

Sebenarnya, ada beberapa perbezaan antara jerawat biasa dan jerawat di kepala. Jerawat pada permukaan wajah selalunya bersaiz kecil. Warnanya kemerah-merahan disebabkan inflamasi.
Kadangkala, ia juga boleh dipenuhi cecair. Bukan satu perkara di luar kebiasaan jika sekali-sekala anda mempunyai masalah jerawat. Namun, punca jerawat di kepala selalunya disebabkan pori yang tersumbat.
Ia boleh menyebabkan kegatalan dan kesakitan, lebih-lebih lagi terhadap wanita yang bertudung atau lelaki yang gemar memakai topi. Jerawat pada permukaan wajah, dada dan belakang badan adalah satu perkara yang biasa. Namun, jerawat di kawasan kepala lebih jarang berlaku.
Masalah jerawat sangat lazim dalam kalangan individu berusia 11 hingga 30 tahun. Namun, jerawat kepala boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira masa. Ia lebih lazim dalam kalangan orang dewasa.
Siapa

Liang pori yang tersumbat merupakan salah satu punca jerawat di kepala. Liang tersebut boleh tersumbat disebabkan:
Selain itu, ia juga boleh berlaku disebabkan:
Jika anda ingin berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan jerawat di kepala, pakar mungkin akan bertanya beberapa soalan berkenaan sejarah kesihatan.
Selain itu, doktor juga mungkin akan bertanya mengenai produk-produk yang anda gunakan setiap hari. Cara terbaik untuk kenal pasti produk manakah yang menyebabkan jerawat adalah dengan mencatatkan penggunaannya.
Jika anda mengalami kegatalan selepas memakai satu-satu produk, hentikan penggunaannya secepat mungkin.
Sekiranya masalah jerawat itu berlaku secara tiba-tiba, pakar mungkin akan mencadangkan agar anda melakukan ujian darah untuk mengenal pasti masalah sebenar yang menyebabkan jerawat.

Langkah yang terbaik untuk mengurangkan jerawat di kulit kepada adalah dengan pemakaian syampu berubat. Syampu jenis ini boleh didapati melalui preskripsi doktor. Selalunya, produk tersebut mengandungi:
Selain itu, sebagai petua hilangkan jerawat di kepala, pastikan anda menjaga kebersihan diri. Cuba basuh segala objek yang menyentuh kepala bagi mengurangkan jerawat sekali seminggu, misalnya:
Selain itu, jerawat di kepala juga boleh berpunca daripada pemakanan. Bagi mendapatkan kulit kepala yang sihat, makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
Vitamin yang baik untuk rambut adalah vitamin A, B3, B5, B7, B8, B12, C, D, E dan zink. Kebanyakan vitamin ini boleh didapati dalam buah-buahan dan sayur-sayuran yang dijual di pasaran.

Selepas menerima rawatan, ia mungkin memakan masa selama beberapa minggu sebelum sembuh sepenuhnya.
Bagaimanapun, jerawat pada kulit kepala sepatutnya akan berkurangan selepas beberapa hari selepas memulakan rawatan.
Ikut nasihat doktor dan gunakan ubat-ubatan yang diberikan. Jangan sesekali guna semula produk lama yang boleh menyebabkan jerawat.
Selain itu, elakkan kopek jerawat yang tumbuh pada kulit kepala. Jerawat yang pecah dan berair bukan sahaja boleh menyebabkan kesakitan, ia juga boleh membuatkan jangkitan merebak ke bahagian kepala yang lain.
Kadangkala, jerawat pada kulit kepala mungkin adalah tanda penyakit lain yang lebih serius. Jika anda sudah mengenal pasti punca jerawat di kepala dan mendapatkan rawatan yang selanjutnya, namun jerawat tidak juga sembuh-sembuh, pastikan anda berjumpa pakar untuk mendapatkan diagnosis yang berbeza.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
03/04/2026
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid
Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa