backup og meta

Rasa Sangat Gatal Pada Vagina? Ini Mungkin Petanda Psoriasis Kemaluan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 05/04/2023

    Rasa Sangat Gatal Pada Vagina? Ini Mungkin Petanda Psoriasis Kemaluan!

    Penyakit psoriasis bukanlah satu perkara yang asing lagi dalam masyarakat, kulit yang bersisik dan kemerahan sering dikaitkan dengan masalah ini. Lebih bahaya lagi bila ia menyebabkan rasa gatal di kemaluan.

    Penyakit kulit ini boleh berlaku di banyak bahagian badan, namun bagaimana pula dengan bahagian intim?

    Bagi menjawab persoalan tersebut, ya, rasa gatal atau psoriasis di kemaluan turut berlaku. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit sila dapatkannya di sini.

    Rasa gatal di kemaluan petanda psoriasis kemaluan?

    Psoriasis adalah penyakit autoimun yang meradang dan mempengaruhi kulit di bahagian badan anda. 

    Psoriasis kemaluan terjadi di sekitar kawasan alat sulit anda. Ia boleh terjadi pada vulva mahupun zakar. 

    Ia juga sering muncul pada bahagian paha, lipatan kulit antara paha dan pangkal paha, atau di celahan punggung namun ia jarang berlaku pada bahagian dalam faraj.

    Sesiapa sahaja boleh mendapat penyakit psoriasis, tetapi punca terjadinya masih belum diketahui. Jadi, mungkinkah gatal di kemaluan petanda psoriasis?

    Gatal di kemaluan – Bagaimanakah rupa psoriasis ini? 

    gatal di kemaluan

    Psoriasis di kemaluan sering berwarna merah terang, halus, serta berkilat.

     Anda biasanya tidak melihat sisikan kulit kerana ia akan gugur semasa anda bergerak.

    Bagi para wanita yang mempunyai masalah ini, akan mempunyai gejala plaque berwarna kelabu dan bersisik pada bahagian vulva.

    Selain itu, lelaki akan mendapat tompok merah di bahagian zakar atau pada penghujung zakar.

    Psoriasis ini tidak hanya mampu muncul di bahagian intim anda. Anda mungkin juga akan melihat ia di:

    • Paha
    • Lipatan kulit di antara paha dan pangkal paha
    • Lipatan kulit punggung

    Bagaimana rasanya gatal di kemaluan? 

    Gejala psoriasis di bahagian intim mungkin kelihatan lebih teruk, tidak selesa, dan memalukan berbanding pada bahagian badan anda yang lain. 

    Ia juga cenderung mengubah perasaan anda berkaitan perihal seks dan keintiman.

    Gatal merupakan salah satu bahagian yang paling teruk dalam masalah ini. 

    Kawasan intim ini sangat sensitif, jadi keperluan untuk menggaru terasa lebih kuat dan lebih lama.

    Malahan, masalah gatal ini boleh menyebabkan anda menggaru sehingga berdarah dan membuatkan ia menjadi lebih teruk.

    Ia mungkin membuat anda berjaga pada waktu malam dan juga boleh menyukarkan pesakit untuk berhubungan intim.

    Selain itu, psoriasis pada kemaluan terasa seperti menyengat dan mempunyai burning sensation umpama meletakkan sesuatu yang panas pada kulit anda.

    Di samping itu juga, peluh, panas, dan geseran boleh menjadikannya lebih teruk.

    Jenis-jenis rawatan untuk gatal di kemaluan 

    gatal di kemaluan

    Sekiranya anda melihat ruam di kawasan kemaluan anda, tip berikut dapat membantu dalam mencegah perkara ini daripada menjadi lebih teruk:

  • Elakkan produk kebersihan diri dengan bahan kimia seperti wangian atau bahan keras lain
  • Sentiasa jaga kebersihan kawasan intim
  • Selepas mandi, gunakan tuala lembut dan lap perlahan-lahan ketika mengeringkan
  • Elakkan menggosok
  • Gunakan tisu tandas yang lembut dan senang menyerap
  • Pilih pakaian yang membolehkan kulit bernafas dan longgar
  • Sekiranya doktor mengesahkan anda mempunyai psoriasis di kemaluan, terdapat pelbagai rawatan yang boleh anda cuba.

    Krim topikal yang dipreskripsi oleh doktor dapat meredakan gatal dan rasa tidak selesa. 

    Dalam beberapa kes, doktor anda mungkin mengesyorkan krim steroid.

    Selain itu, sebilangan ubat atau pelembap juga boleh membantu, minta pandangan doktor anda sebelum menggunakannya.

    Mengubati psoriasis dengan rawatan oral atau suntikan sistemik turut dapat mengurangkan gejalanya.

    Perlu diingat bahawa mencari rawatan yang tepat untuk anda mungkin memerlukan tempoh trial and error yang tertentu tetapi dengan bantuan doktor, penemuan solusi yang terbaik tidak mustahil.

    Antara cara mengelakkan psoriasis bahagian intim

    Perkara-perkara berikut dapat membantu anda apabila mengalami gatal kemaluan, seperti:

    • Gunakan pembersih yang lembut tanpa sebarang wangian. Semasa mandi, anda harus mengelakkan sabun tertentu terutamanya yang berunsurkan antibakteria. Ini kerana ia boleh merengsakan kulit, menyebabkan masalah psoriasis menjadi lebih teruk dan gatal.
    • Sentiasa lembapkan kulit. Sapukan pelembap lembut bebas wangian pada bahagian kulit yang terkesan dengan psoriasis setelah mandi dan ketika kawasan tersebut terasa kering. Ini dapat mengurangkan kerengsaan dan kegatalan.
    • Gunakan tisu tandas yang berkualiti dan tidak keras. Ini dapat membantu dalam mengurangkan kegatalan kulit.
    • Elakkan terkena air kencing atau najis pada kawasan yang mempunyai psoriasis. Ini kerana boleh menyebabkan kesakitan dan burning sensation.
    • Pakai seluar dan pakaian dalam yang longgar. Pakaian yang ketat boleh menyebabkan geseran, yang boleh memburukkan lagi masalah psoriasis.
    • Ambil banyak serat dalam diet pemakanan. Makan makanan yang berserat tinggi atau ambil suplemen berunsurkan serat bagi membantu pergerakan usus.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 05/04/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan