Penggunaan pelembap bibir atau turut disebut sebagai balsam bibir sangat bagus untuk melegakan bibir kering atau merekah. Ia turut membantu mengekalkan kesihatan bibir.
Tetapi dengan begitu banyak pilihan di pasaran, bagaimana untuk menentukan produk yang bersesuaian dengan keperluan diri?
Ayuh teruskan membaca untuk mengetahui kandungan wajib ada dalam lip balm mengikut keperluan anda!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.
Bahan dalam pelembap bibir
Bibir terdiri daripada kulit yang sangat lembut dan nipis, sehingga membolehkan kita melihat saluran darah – punca bibir berwarna merah.
Penggunaan balsam bibir amat disarankan untuk melembapkan bibir kerana ia tidak mempunyai sebarang kelenjar sebum atau peluh – berfungsi membekalkan kulit dengan minyak dan kelembapan yang diperlukan.
Berikut adalah 8 bahan yang perlu anda cari dalam balsam bibir terbaik:
Madu
Madu dianggap sebagai humektan, yang bermaksud bahawa ia menarik kelembapan.
Sebagai bahan dalam lip balm, madu boleh membantu mengelupaskan bibir dan menjadikan ia kekal terhidrat dan sihat.
Shea butter & Cocoa butter, bahan penting dalam pelembap bibir
Kedua-dua ini mungkin komedogenik – cenderung menyumbat liang pori – apabila disapu pada kulit, tetapi adakah anda tahu ia berfungsi dengan baik untuk bibir?
Manakala mentega koko kaya dengan vitamin A1, B1, C, D, E, zat besi dan magnesium. Semua vitamin ini adalah nutrien yang diperlukan untuk mengekalkan bibir lembut dan sihat.
Jeli petroleum, petrolatum & minyak mineral
Sebelum penemuan komersialnya sekitar tahun 1800-an, jeli petroleum atau petrolatum sememangnya telah digunakan sebagai salap.
Minyak mineral pula adalah salah satu bahan dalam jeli petroleum.
Kedua-dua jeli petroleum dan minyak mineral biasanya digunakan dalam balsam bibir kerana ia memerangkap kelembapan. Bahan ini dapat membantu menyembuhkan bibir merekah.
Bahan penting dalam pelembap bibir #Beeswax
Sama fungsinya seperti jeli petroleum, beeswax atau lilin lebah merupakan bahan semula jadi yang dapat melembapkan bibir dengan melindungi kelembapan dalam kulit.
Bahan ini juga berfungsi melindungi bibir anda daripada bahaya sinaran matahari. Di samping mempunyai bau yang sangat menyenangkan, ia turut boleh mencegah jangkitan dan kudis herpes (cold sore).
Lanolin
Merupakan produk semula jadi yang dituai daripada bulu biri-biri dan berfungsi menjadikan bibir lembut.
Apabila bulu biri-biri ini ditapis, ia menghasilkan occlusive yang menghalang air daripada menyejat kulit dan mengekalkannya lembap dan lembut.
Malangnya, bahan ini mungkin boleh menjadi alergen yang berpotensi merengsakan kulit. Ruam, kemerahan dan sensasi terbakar pada bibir merupakan simptom tindak balas alahan tersebut.
Kelebihan pelembap bibir dengan Vitamin E
Vitamin E adalah antioksidan yang telah digunakan dalam produk kecantikan selama lebih 50 tahun. Ia yang merupakan antioksidan, berfungsi melawan radikal bebas
Radikal bebas, akibat pendedahan kepada pencemaran dan sinaran ultraungu (UV) dari matahari – penyumbang terbesar kepada tanda-tanda penuaan.
Vitamin E juga meningkatkan peredaran darah dan menjana sel kulit baru, menjadikan bibir anda lebih lembut.
Minyak semula jadi
Minyak seperti kelapa, zaitun, jojoba, badam, bunga matahari dan minyak biji rami, mengandungi asid lemak penting – merupakan sumber antioksidan yang hebat.
Ia membantu melembapkan kulit secara mendalam pada bibir sambil membentuk halangan pelindung (protective barrier).
Zink oksida & titanium dioksida dalam balsam bibir
Sama seperti kulit, bibir juga sensitif kepada matahari dan pendedahan berlebihan kepada matahari boleh menyebabkan bibir pecah.
Zink oksida dan titanium dioksida adalah bahan dalam pelindung matahari untuk kedua-dua kulit dan bibir kerana ia membantu menghalang sinaran UV.
Fakta
Jika ada sebarang keraguan, berundinglah dengan doktor untuk mendapatkan lebih kepastian.
[embed-health-tool-bmi]