Retinoid topikal
Sinaran UV boleh merosakkan kolagen dan elastin, dua protein yang memastikan kulit tegang dan licin. Retinoid, sejenis sebatian semula jadi atau sintetik menyerupai vitamin A boleh meningkatkan jumlah kolagen dalam kulit anda. Ia juga dianggap sebagai rawatan utama untuk pesakit dengan masalah photoaging ringan hingga sederhana. Ahli dermatologi anda boleh menetapkan retinoid topikal untuk anda. Retinoid boleh mengurangkan penampilan garis halus, memperbaiki tekstur, tona kulit dan keanjalan, serta melambatkan penuaan. Anda juga boleh mencari jenis yang kurang kuat, retinol, dalam pelbagai produk penjagaan kulit antipenuaan.
Produk penjagaan kulit
Produk penjagaan kulit cosmeceutical, produk dengan gabungan kosmetik dan sifat farmaseutikal juga boleh memberi manfaat kepada anda. Selain daripada produk retinol, anda boleh mencuba produk penjagaan kulit lain dengan bahan bioaktif seperti antioksidan. Krim Cica, produk cosmeceutical yang mengandungi ekstrak cantella asiatica, yang dikenali sebagai pegaga atau gotu kola juga kini kian popular kerana sifatnya yang meremajakan kulit.
Prosedur meremajakan kulit
Prosuder penjagaan kulit dapat membantu menyingkirkan sel yang rosak daripada lapisan atas kulit anda. Pengelupasan kimia seperti alpha-hydroxy atau krim asid salisilik boleh digunakan sendiri sementara pengelupasan yang lebih mendalam memerlukan lawatan klinik.
Pilihan rawatan lain termasuk penggunaan teknologi laser, dermabrasion, microdermabrasion dan microneedling. Adalah penting untuk mendapatkan konsultasi profesional jika anda memilih untuk meremajakan kulit dan menjalani rawatan. Setiap pesakit adalah unik dan kerosakan matahari memberi kesan berbeza mengikut faktor genetik dan persekitaran. Oleh itu, kaedah rawatan perlu disesuaikan mengikut individu.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen