backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Muka Banyak Bintik Putih? Ini 5 Cara Tradisional Hilangkan Whitehead Di Wajah!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/03/2024

    Muka Banyak Bintik Putih? Ini 5 Cara Tradisional Hilangkan Whitehead Di Wajah!

    Whitehead yang turut popular dengan nama jerawat nasi atau jerawat pasir, selalu sahaja singgah di wajah sekali gus menjejaskan imej dan emosi. Tetapi, adakah wujud sebarang produk atau cara hilangkan whitehead? Teruskan baca artikel ini untuk tahu!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

    Whitehead, sejenis komedo dengan warna putih

    Kenapa whitehead banyak di pipi? Bolehkah guna cara buang whitehead guna besi?

    Untuk pengetahuan anda semua, terdapat dua jenis komedo yakni:

  • terbuka (blackhead)
  • tertutup (whitehead)
  • Kedua-duanya adalah angkara liang pori di wajah yang tersumbat.

    Komedo terbuka itu terlihat hitam kerana liang pori tersumbat menjadi gelap dan besar, manakala yang tertutup pula terlihat putih kerana wujud kulit yang tumbuh di atas liang pori tersumbat.

    Penyumbatan di liang pori ini adalah akibat daripada sel-sel kulit mati, peluh, minyak atau sebum yang berlebihan pada kulit. Dalam erti kata mudah, punca komedo sama dengan jerawat.

    Mengulas tentang komedo jenis whitehead, ia turut akan berlaku disebabkan oleh beberapa faktor risiko lain termasuk jangkitan mikrob terutama bakteria di bawah permukaan kulit wajah anda.

    cara hilangkan whitehead
    Whitehead biasanya lebih banyak pada kulit hidung.

    Namun jangan pula keliru dengan satu lagi kondisi yang mengakibatkan bintik-bintik putih pada kulit muka iaitu milia – pengumpulan keratin secara berlebihan dan selalu terjadi pada bayi.

    Persoalannya, adakah wujud sebarang produk atau cara hilangkan whitehead dengan efektif?

    Apakah cara hilangkan whitehead yang efektif?

    Sebenarnya, wujud banyak cara tradisional yang anda boleh cuba untuk mengurangkan atau terus menghilangkan bintik-bintik putih di wajah. Berikut adalah antara petua anda boleh cuba:

    #1. Gunakan air batu

    Terkejut? Air batu adalah antara bahan yang selalu sahaja diletakkan di atas kulit terutama ketika ia sedang meradang atau membengkak dalam usaha bagi meredakan segala ketidakselesaan.

    Ajaibnya, ia turut boleh menjadi alternatif untuk membuang whitehead daripada kulit muka anda dengan cara menuam ais pada kawasan wajah yang bermasalah, biar sebentar sebelum bilas.

    Alasannya, komedo tertutup ini bakal jadi lebih ‘longgar’ lantas mudah untuk dicabut dan dibuang.

    #2. Sapukan jeli petroleum

    Menurut Pakar Dermatologi, Dr Judy dari negara Korea Selatan, jeli petroleum juga adalah antara cara hilangkan whitehead yang begitu berkesan selain tidak menimbulkan  kesan sampingan lain pada kulit.

    Ini kerana jeli petroleum akan bertindak sebagai ‘gam’ yang melekit dan melekat pada permukaan kulit muka khususnya komedo putih. Jadi, anda mampu untuk tarik ia keluar dengan mudah.

    cara hilangkan whitehead
    Bagi yang menghadapi masalah jeragat, boleh cuba cara ini.

    Cara hilangkan whitehead #3. Telur

    Wah! Siapa sangka telur turut boleh jadi cara menyelesaikan masalah ini? Namun bukan bahagian kuningnya tetapi putihnya yang perlu disapukan dan dijadikan masker. Bukan sahaja bagus untuk menanggalkan whitehead, malahan masalah wajah lain juga boleh selesai.

    #4. Lumurkan cuka epal

    Ada sebab kenapa cuka epal selalu digunakan sebagai bahan yang sesuai untuk menyelesaikan isu kulit muka termasuk masalah komedo tidak kira sama ada ia dari jenis terbuka atau tertutup.

    Dalam pada itu, ia juga mungkin boleh mendatangkan manfaat lain seperti mengecilkan liang pori, meningkatkan lagi keanjalan, menstabilkan tahap keasidan dan banyak lagi pada kulit wajah.

    #5. Letakkan ekstrak timun

    Timun sangat popular sebagai kaedah untuk merawat masalah lingkaran gelap bawah mata. Sayur ini memiliki banyak vitamin dan mineral serta zat antioksidan yang sangat bagus untuk kulit.

    Menariknya, ia turut boleh dijadikan antara cara bagi mengurangkan atau menghilangkan komedo tertutup dari kulit muka. Caranya, letakkan dan biarkan seketika pada bahagian wajah yang ada bintik putih sebelum bilas dengan bersih.

    cara hilangkan whitehead
    Gunakan plaster untuk tanggalkan whitehead.

    Wujudkah produk hilangkan whitehead yang boleh dicuba?

    Kenapa anda perlu pening kepala memikirkan kaedah tradisional sedangkan ada cara hilangkan whitehead moden? Bahkan, lambakan produk hilangkan whitehead sebegini juga sudah dijual di farmasi, klinik dan pusat kesihatan yang lain!

    Produk hilangkan whitehead pertama adalah di dalam bentuk plaster di mana ia hanya perlu dilekatkan seketika di kulit muka sebelum ditanggalkan. Selain whitehead dan blackhead, jerawat juga boleh tertanggal.

    Dalam pada itu, wujud juga produk hilangkan whitehead dalam bentuk krim, gel atau minyak yang boleh disapukan di kulit muka serupa fungsinya seperti masker selain mampu membantu merawat isu kulit lain.

    Konklusi

    Masalah ini mudah untuk diselesaikan sekiranya cara di atas tadi diamalkan dengan baik!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/03/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan