backup og meta

Orang Ada Lesung Pipit Istimewa? Ini Keunikan Lekuk Di Pipi, Manis & Nampak Muda!

Orang Ada Lesung Pipit Istimewa? Ini Keunikan Lekuk Di Pipi, Manis & Nampak Muda!

Kadangkala, cemburu rasa hati bila lihat orang yang ada lekuk kecil di pipi kerana kecacatan kecil itu dilihat sebagai sebuah keistimewaan. Persoalannya, apa maksud serta jenis lesung pipit yang hanya dimiliki oleh sesetengah orang ini? Jom terus baca artikel untuk tahu!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

Apa maksud dan jenis lesung pipit?

Untuk pengetahuan anda semua, lekuk kecil di pipi adalah kesan daripada kecacatan genetik pada otot wajah Zygomaticus Major yang terbelah dua ketika sedang hidup dalam janin lagi.

Akibat pembelahan secara semula jadi pada otot wajah itu, proses ini membuatkan ia lebih pendek berbanding normal sekali gus mengakibatkan muncul lekuk kecil di bahagian pipi anda.

Ia boleh berlaku di sebelah pipi sahaja (kiri atau kanan) atau kedua-dua belah pipi secara serentak!

Tidak kira jika anda ada lesung pipit sebelah sahaja atau pada dua belah kiri dan kanan kerana ia masih lagi terlihat begitu unik, cantik dan menarik terutama ketika sedang tersenyum.

jenis lesung pipit

Apa yang lebih menarik, kecacatan kecil ini juga boleh menambah ‘seri’ pada wajah individu kerana ia tidak dimiliki oleh semua orang sekali gus membuat anda lebih unik dan diminati.

Bolehkah ia muncul atau hilang dengan tiba-tiba?

Seperti mana kami katakan di atas tadi, kesemua jenis lesung pipit merupakan kecacatan genetik pada otot wajah yang menunjukkan bahawa ia adalah ciri atau fitur keturunan keluarga individu.

Menurut laporan seliaan Daily Health Gen, hanya 20% manusia di dunia yang memiliki lekuk kecil pada pipi dan lebih 50% daripada jumlah itu mewarisi lesung pipit melalui ibu bapa mereka.

Ajaibnya, ia mungkin akan muncul ketika bayi tetapi hilang apabila mula masuk usia kanak-kanak, remaja atau dewasa bergantung kepada faktor seperti penambahan berat badan, perubahan struktur muka serta faktor penuaan tubuh badan secara semula jadi.

Jadi, memang benar kalau ia boleh muncul atau hilang dengan tiba-tiba atas faktor-faktor tertentu.

jenis lesung pipit

Wujudkah sebarang prosedur untuk lesung pipit?

Ramai orang yang mungkin ingin memiliki jenis lesung pipit laksana selebriti popular Syafiq Kyle, Aliff Aziz, Wawa Zainal, Izara Aishah, Neelofa dan ramai lagi namun hasrat tersebut tidak kesampaian.

Disebabkan itu pula, ada individu yang sanggup menjalani pembedahan minor bagi penstrukturan semula otot wajah Zygomaticus Major dalam usaha untuk mempunyai lesung pipit di pipi.

Selain pembedahan penstrukturan, turut wujud prosedur lain yang menggunakan sejenis alat bagi menimbulkan rupa lekuk kecil dengan cara menyedut atau mengubah lemak di pipi mereka.

Namun, The American Medical Association telah menyatakan bahawa prosedur di atas itu mampu mendatangkan bahaya yang lain terhadap kulit termasuk meningkatkan risiko kanser!

Baca lagi artikel berkaitan:

Mengapa perlu merencana dan mengubah sendiri ciptaan Tuhan yang semula jadi sudah baik? Kita semua wajar lebih bersyukur dengan setiap perkara yang telah dikurniakan secara percuma.

Apa keistimewaan ada lesung pipit?

Sebenarnya, mungkin tidak begitu banyak namun masih ada beberapa keuntungan serta kelebihan jika individu itu mempunyai satu atau dua lekuk kecil pada pipi mereka, seperti yang berikut:

jenis lesung pipit

  1. Hanya sekitar 20% manusia di dunia memiliki variasi jenis lesung pipit.
  2. Membuat individu kelihatan lebih muda daripada usia sebenar.
  3. Menarik perhatian orang ramai terutama ketika tersenyum.
  4. Mencipta persepsi bahawa anda seorang yang ceria dan ramah.
  5. Merupakan salah satu genetik dengan sifat yang dominan.

Namun, itu bukan bermakna bahawa orang yang tidak memiliki lekuk di pipi ini tidak mempunyai keistimewaan tersendiri kerana setiap manusia diciptakan ada keupayaan masing-masing.

Jika anda tidak memilikinya, mungkin tidak perlu untuk melakukan prosedur kosmetik kerana ia bukan sahaja mahal dan leceh malah boleh mendatangkan risiko buruk pada kesihatan kulit.

Buat anda yang memilikinya, sila hargai anugerah Tuhan ini dengan baik dan jangan pula individu cuba untuk membuangnya melalui prosedur kosmetik atas alasan serupa dengan di atas tadi.

Konklusinya, ada banyak jenis lesung pipit yang normal dan tiada sebab untuk anda mencipta atau membuang lekuk kecil di pipi ini kerana ciptaan Tuhan itu sudah sempurna secara semula jadi!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Are facial dimples determined by genetics?, https://medlineplus.gov/genetics/understanding/traits/dimples/, Accessed Nov 17 2022.
  2. All About Cheek Dimples: How they’re formed, https://www.allureplasticsurgery.sg/all-about-cheek-dimples-how-theyre-formed-and-how-to-get-them/, Accessed Nov 17 2022.
  3. Why Do We Have Dimples?, https://www.mcgill.ca/oss/article/did-you-know/why-do-we-have-dimples, Accessed Nov 17 2022.
  4. What genes cause cheek and chin dimples?, https://www.thetech.org/ask-a-geneticist/ask47, Accessed Nov 17 2022.
  5. Dimple Creation Surgery, https://msprs.org.my/aesthetic-surgery/dimple-creation-surgery/, Accessed Nov 17 2022.

Versi Terbaru

17/01/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

5 Cara Kuruskan Pipi Yang Tembam, Lakukan Ini Dan Wajah Akan Tampak Bentuk V!

5 Keunikan Dan Kelebihan Kulit Sawo Matang Yang Kita Semua Kena Tahu, Syukur!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan