Beberapa fakta menarik tentang dagu terbelah!
Adakah lekuk pada dagu ada maksud serta manfaat yang tersendiri? Ini fakta menarik tentangnya:
#1. Dagu terbelah terjadi akibat faktor genetik
Pertama dan paling penting, kita semua sudah tentu mahu tahu punca yang menyebabkan garisan itu wujud pada dagu bukan? Semestinya tidak lain tidak bukan, ia adalah akibat faktor genetik.
Terbentuk sejak dari dalam kandungan ibu lagi akibat kedua sisi rahang bawah yang tidak bersatu dengan sempurna, ini adalah fitur pada wajah yang telah ditetapkan sebelum individu itu lahir.
Sekiranya anda atau pasangan memiliki dagu berlekuk, anak kalian juga punya potensi yang sama.
#2. Lebih umum dimiliki oleh orang Kaukasia

Lihat sahaja contoh selebriti popular Hollywood seperti Adele, Ben Affleck, Tobey Maguire, Henry Cavill dan ramai lagi, kebanyakan mereka mempunyai dagu seakan terbahagi kepada dua sisi.
Namun hasil perkahwinan campur di antara masyarakat Eropah dengan penduduk benua lain atau mutasi genetik, ciri khas ini juga telah mula dimiliki oleh lebih ramai orang di seluruh dunia.
#3. Ia boleh dibuat dengan prosedur kosmetik?
Anda juga ingin memiliki dagu yang berlekuk? Tiada masalah kerana ada prosedur kosmetik yang boleh membuat anda mencapai hasrat itu! Dengan operasi penyedutan lemak, pemotongan tulang atau pembedahan minor, dagu anda juga boleh terlihat seperti artis terkenal.
Memakan waktu yang lama, operasi ini memerlukan sekitar beberapa bulan sebelum ia sempurna.
Baca lagi artikel berkaitan:
#4. Ia boleh dibuang dengan prosedur kosmetik!
Pun begitu, tidak semua individu dengan fitur wajah khas itu menyukai apa yang mereka ada dan bakal membuat keputusan untuk membuang ia dengan prosedur kosmetik. Mereka akan mencuba operasi suntikan untuk mencipta jaringan bagi menutup garis pada dagu itu.
Namun ketahuilah sebarang operasi mungkin akan membawa komplikasi dan implikasi pada dagu.
#5. Dagu terbelah terlihat unik dan cantik

Hampir sama cerita dengan lesung pipit, fitur khas yang tidak dimiliki oleh semua orang dikatakan unik dan cantik. Hakikatnya, mungkin ini adalah benar jika diteliti dari kaca mata orang biasa.
Sesungguhnya, kecantikan itu sendiri adalah sesuatu perkara yang subjektif kerana mungkin untuk sesetengah orang dagu terbelah itu terlihat menarik namun sebaliknya pula bagi individu lain.
Dalam erti kata lebih mudah, semua ciptaan tuhan punya keunikan dan kecantikan yang tersendiri.
Benarkah bahawa lekuk pada dagu itu istimewa?
Memandangkan ia adalah satu fitur atau ciri khas yang tidak ada pada semua orang, jadi mungkin boleh dikatakan dagu berlekuk itu istimewa dan hanya segelintir orang ada keistimewaan ini.
Namun, sehingga kini pakar kulit dan tulang masih belum menemukan jika ada sebarang manfaat lain selain ia nampak unik dan cantik sekiranya anda turut memiliki jenis dagu yang sebegini.
Konklusinya, ia adalah satu anugerah dari tuhan buat anda. Maka, hargai dan cintai diri sendiri ya?
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen