backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Cara Mudah Nak Cegah Kanser Kulit, Rajinkan Diri Pakai 'Sunscreen'! Ini Sebabnya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/12/2022

Cara Mudah Nak Cegah Kanser Kulit, Rajinkan Diri Pakai 'Sunscreen'! Ini Sebabnya

Kalau keluar rumah, pakai tak krim pelindung matahari untuk muka dan kulit badan? Kebanyakan daripada kita tidak memakai sunscreen dan menganggap ia tidak penting.

Akan tetapi, menurut pakar, penggunaan pelindung matahari dapat membantu melawan risiko kanser kulit, adakah ia benar?

Jom ketahuinya dengan lebih lanjut.

Analisis kajian

Dalam satu kajian, penyelidik mendapati kadar penghidap melanoma menurun sebanyak 20% bagi remaja di Amerika Syarikat. Namun keadaan ini berbeza bagi kes kanser kulit dalam kalangan individu dewasa. 

Kajian analisis data ini melibatkan 988,000 kes melanoma pelbagai peringkat usia yang diperolehi daripada Centers for Disease Control and Prevention dan National Cancer Institute dari tahun 2001 hingga 2015. 

Kumpulan usia yang terlibat adalah kanak-kanak (usia 0 hingga 9), remaja (10 hingga 19), dewasa muda (20 hingga 29), dan individu dewasa dalam peningkatan 10 tahun dari usia 30 tahun dan ke atas.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam JAMA Dermatology ini menyatakan umumnya, kes melanoma – sejenis kanser yang berkembang dari sel yang mengandungi pigmen yang dikenali sebagai melanocytes dan menjadikan kulit berwarna coklat atau tan, meningkat 65%. 

pelindung matahari untuk muka

Jumlah peningkatan kes adalah daripada 50,272 kepada 83,362 antara tahun 2001 hingga 2015 dan ia berlaku dalam kalangan individu dewasa yang berusia lebih daripada 40 tahun. 

Penurunan kanser kulit & krim pelindung matahari

Walau bagaimanapun, untuk tempoh yang sama, penurunan sebanyak 4 peratus setahun dicatatkan dalam kalangan lelaki muda dan 4.5% setahun bagi wanita muda – sekali gus mencatatkan penurunan sehingga 20 peratus sejak tahun 2005. 

Penyelidik daripada University of Washington School of Medicine dan Fred Hutchinson Cancer Research Center di Seattle menyifatkan, penurunan dalam kalangan golongan muda ini disebabkan mereka mengikuti nasihat pemakaian krim pelindung matahari untuk muka dan badan serta topi.

Golongan ini juga dikatakan lebih memfokuskan aspek penjagaan kulit

Diagnosis kanser kulit

American Cancer Society menganggarkan lebih 96,000 individu akan didiagnosis dengan melanoma di Amerika Syarikat pada tahun 2019 dan lebih daripada 7,200 kes kematian dijangkakan akan berlaku.

Kanser kulit merupakan kanser yang paling biasa untuk berlaku dan barah melanoma hanya menyumbang 1 peratus daripada jumlah keseluruhan kanser ini. Namun ia menjadi punca banyak kes kematian melibatkan kanser kulit. 

pelindung matahari untuk muka

Guna krim pelindung matahari untuk muka dan badan

Mungkin di Malaysia, kanser kulit bukanlah satu kanser yang sering berlaku, tetapi itu tidak bermakna anda terlepas daripada risiko untuk mengalaminya.

Jadi kenapa tidak mengambil langkah melindungi diri anda daripada sekarang, bukan? Sebelum keluar rumah, pastikan anda memakai krim pelindung kulit untuk mengelakkan cahaya UV daripada matahari. Mencegah itu pastinya lebih baik daripada merawat.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/12/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan