#1. Jaga pola pemakanan anda
Pertama dan paling penting, anda sudah tahu bahawa pengambilan lemak, gula serta garam adalah antara punca utama pipi tembam. Jadi, cara pertama adalah menjaga pola pemakanan anda.
Meskipun ketiga-tiga unsur ini mungkin agak sukar untuk dielak ekoran makanan masyarakat kita cukup sinonim dengannya, namun anda masih boleh mengurangkan atau mengehadkan semua ini.
Apa yang anda boleh cuba adalah menggantikan lemak, gula atau garam dengan nutrien yang lebih sihat terutama protein, serat, vitamin dan mineral serta lain-lain yang ternyata menyihatkan.

Cara kuruskan pipi #2. Senaman ringan
Tidak perlu sehingga mengangkat besi di gimnasium setiap hari walaupun itu turut baik bagi anda, tetapi anda mungkin cuma perlu senaman ringan seperti berjalan, berjoging atau berbasikal sahaja.
Ataupun, anda boleh melakukan senaman pipi di rumah! Caranya, anda hanya perlu gerakkan pipi dengan cara kembungkan dengan angin, hembuskan dengan perlahan dan ulang banyak kali.
Cara kuruskan pipi #3. Urutan wajah
Selain cara kuruskan pipi melalui senaman, urutan juga mungkin akan membuahkan hasil yang baik. Apa yang anda perlukan cuma apa-apa jenis minyak seperti minyak zaitun atau gamat yang boleh melancarkan urutan.
Selepas pipi dilumurkan minyak, anda cuma perlu mengurut dengan perlahan daripada pipi, turun ke dagu, naik ke dahi dan ulang langkah-langkah ini semula beberapa kali dalam masa sehari.
Baca lagi artikel berkaitan:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen