Kebanyakan daripada jenis barah kulit mungkin terlihat seperti tahi lalat biasa sahaja. Namun, anda perlu berwaspada kerana tidak semua tahi lalat normal. Ia mungkin salah satu daripada 5 jenis tanda tanda kanser kulit ini.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Kebanyakan daripada jenis barah kulit mungkin terlihat seperti tahi lalat biasa sahaja. Namun, anda perlu berwaspada kerana tidak semua tahi lalat normal. Ia mungkin salah satu daripada 5 jenis tanda tanda kanser kulit ini.
Kita mungkin sering mendengar mengenai bahaya kanser seperti kanser paru-paru dan kanser payudara.
Begitu juga dengan kanser kulit, ia juga boleh membahayakan nyawa kita jika tidak dikesan dan dirawat lebih awal.
Berikut merupakan jenis barah kulit dan cara untuk anda mengenalinya.
Karsinoma sel basal merupakan antara jenis barah kulit yang paling kerap berlaku. Ia merupakan kes kanser kulit nombor satu yang paling kerap terjadi di dunia.
Karsinoma sel basal cenderung untuk terbentuk lebih lambat namun ia tidak boleh tersebar ke bahagian tubuh yang lain.
Barah kulit jenis ini boleh diubati secara keseluruhan jika anda mengesannya dengan lebih awal.
Pada awal pembentukannya, karsinoma sel basal akan muncul seperti benjolan kecil yang padat dan mendatar.
Anda mungkin akan melihatnya seperti jerawat pada ketika itu.
Kadangkala, ia mempunyai warna kekuningan yang hampir sama dengan warna bekas luka pada kulit.
Ia juga mungkin kelihatan seperti tahi lalat yang berwarna merah muda dengan keadaan sedikit bersisik.
Antara tanda tanda kanser kulit jenis ini ialah pertumbuhan kulit yang keras dan juga berlilin.
Ia mungkin terbentuk seperti luka terbuka yang tidak sembuh-sembuh.
Kanser kulit jenis ini boleh terbentuk di mana-mana bahagian tubuh, namun ia lebih cenderung untuk wujud di bahagian muka, telinga dan juga leher.
Karsinoma sel skuamosa merupakan jenis kanser kulit kedua yang paling kerap berlaku di seluruh dunia. Keadaannya lebih kurang sahaja dengan karsinoma sel basal.
Jenis barah ini boleh tumbuh sehingga ke lapisan kulit yang paling bawah dan juga boleh tersebar ke bahagian tubuh yang lain.
Seperti karsinoma sel basal, jenis kanser ini juga boleh dirawat dan disembuhkan jika dikesan lebih awal.
Tanda tanda kanser kulit ini mungkin kelihatan seperti tahi lalat atau kutil kulit yang timbul pada permukaan kulit, namun mempunyai lekuk yang lebih rendah pada bahagian tengahnya.
Jika karsinoma sel basal kelihatan lebih berwarna atau berkilat, jenis kanser ini pula kelihatan lebih pucat dan tidak berkilau.
Kawasan karsinoma sel skuamosa ini juga akan terasa gatal atau sakit sekiranya digaru.
Ia juga mungkin akan mengeluarkan darah apabila digaru atau disentuh dengan kasar.
Melanoma merupakan sejenis kanser kulit yang agak jarang berlaku, namun ia adalah kanser kulit yang paling bahaya.
Ini kerana ia mudah untuk merebak ke bahagian badan yang lain sekiranya tidak dikesan lebih awal.
Kanser kulit jenis ini timbul akibat daripada pertumbuhan sejenis sel kulit yang dipanggil melanosit secara tidak terkawal.
Melanosit bertanggungjawab untuk menghasilkan pigmen pada kulit kita.
Untuk menentukan jika ia adalah melanoma atau bukan, ada lima tanda tanda kanser kulit yang boleh anda lihat:
Keratosis aktinik merupakan gejala awal kanser kulit yang berpunca daripada sinaran matahari secara berlebihan.
Dalam beberapa kes, ia boleh berkembang menjadi kanser kulit sel skuamosa.
Ia berbentuk seperti luka kemerah-merahan yang biasa berlaku di bahagian muka, telinga, bibir, belakang tangan dan juga lengan.
Anda mungkin akan menyedari tompok yang bersisik, kering dan kasar pada kulit jika ia berlaku. Ia boleh wujud dalam keadaan yang mendatar atau sedikit tinggi daripada lapisan kulit anda.
Anda juga mungkin akan berasa gatal, pedih atau sakit pada bahagian tompok tersebut.
Karsinoma sel merkel merupakan antara jenis kanser kulit yang paling jarang berlaku, namun antara yang paling berbahaya.
Ia boleh tumbuh dan menyebar dengan pantas ke bahagian tubuh lain berbanding jenis-jenis kanser kulit sebelum ini.
Ia tumbuh dengan saiz yang kecil, tidak menyakitkan dan agak berkilat.
Ia mungkin mempunyai warna seperti merah, ungu atau merah jambu. Ia biasa tumbuh pada bahagian dahi, muka, lengan dan juga leher.
Jika anda mengesan sebarang tahi lalat yang tidak normal pada kulit anda, segeralah membuat pemeriksaan bersama doktor untuk mengesahkan jika ia kanser kulit atau tidak.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen